Tuesday, August 14, 2012

Norman Pelawa Abby Sambut Raya di Kuantan


Norman Pelawa Abby Sambut Raya di Kuantan : Norman dikatakan telah mempelawa Abby Abadi untuk beraya di Kuantan.
Norman Pelawa Abby Sambut Raya di Kuantan
Walaupun sudah tidak lagi mempunyai ikatan perhubungan suami isteri, Norman Hakim mengajak  Abby Abadi untuk menyambut Aidilfitri bersama dia dan Memey serta anak-anak di Kuantan, Pahang.
Ajakan itu disahkan sendiri oleh Abby menerusi laman Twitternya.
Dia antara lain menulis, “En Norman Hakim tahun ini ambil anak-anak balik Kuantan dari 16 (Ogos) sampai (Hari) Raya pertama. Saya diajak, tapi memang… tidak apa kan? Buat ganggu sahaja, huhu sekarang dah sedih.”
Sebelum ini, umum mengetahui mengenai hubungan kurang baik dan mesra antara Abby dan Memey sejak tiga tahun lalu.
Kedatangan Ramadan telah menjernihkan hubungan selebriti itu.
Memetik kenyataan Norman sebelum ini, “sekarang hubungan kedua Abby dan Memey sudah baik dan menjadi semakin mesra sejak 7 Ramadan lalu.”
“Seperti ramai sedia maklum sebelum ini, hubungan kami tidak begitu baik dan jikalau bertemu pun hanya untuk tujuan mengambil dan menghantar anak dan komunikasi terbatas di antara kami bertiga,” katanya.
“Tetapi mungkin disebabkan berkat bulan Ramadan serta doa yang selama ini tidak putus-putus saya dan masyarakat sekeliling mendoakan, akhirnya tercapai juga impian itu,” katanya yang mendirikan rumah tangga dengan Abby pada 8 Januari 2002 dan bercerai pada 2008.

No comments:

Santai Azim Aris

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...