Layari juga cikguzim.blogspot.com

Monday, September 13, 2021

Loghat Pahang pada perkataan DAN

 5 loghat Pahang menggunakan perkataan "DAN"

1. DAN = sempat

- Dan lagi ke kita nak balik kampung sebelum hujung taun ni?

2. TAK DAN = tak sempat 

- Eh, takkan tak dan kot? Kata ke aokme kalau 80% ambik vaksin, deme bagi rentas negeri dah.

3. DAN DAN = serta-merta

- Tu la... bukan apa... bini aku ni... cukup ja 14 hari dos kedua, dan dan ajak aku balik kampung dah.

4. TAK DAN DAN = tak sabar

- Amboi... nak cepat balik dah ka? Tak dan dan aih...

5. IKUT DAN = ikut suka

- Hmmm... ikut dan aok ja.


Tonton video di bawah ni untuk sebutan dan contoh loghat Pahang versi Temerloh 🤭

 

 P/S : Ada yang kata DAN ni digunakan loghat Kedah, Pahang pun pakai perkataan ni tahu 😀

No comments: