Cara Beli Tiket AirAsia dan Cara Dapat Tiket Murah

CARA BELI TIKET AIR ASIA
Memandangkan zaman sekarang sudah berubah, maka pengangkutan udara masa kini sudah menjadi pengangkutan yang sudah mesra rakyat. Tambahan pula ada syarikat airasia yang membawa tema “Now everyone can fly” atau ” Sekarang, semua boleh terbang” .
Ramai yang tengok harga tambang airasia kat web site dia tapi tak tahu atau takut nak beli, memikirkan macam-macam boleh terjadi. Pembayaran online tak selamat lah, tak de kad kredit la, dan seribu macam perspeksi yang negatif bila tak pernah membelinya.
Jadi, kali ini, saya nak kongsi cara membeli dan menaiki kapal terbang airasia, kenapa airasia, kerana saya pernah naik airasia, tu je la. Tambahan pula semuanya di hujung jari je dan saya rasa terpanggil nak bantu rakan dan anda semua yang memerlukan panduan mudah ni. 
Pertamanya, buka lah laman web airasia, www.airasia.com . Lepas tu, pilih negara Malaysia untuk orang malaysia dan pilih bahasa, kalau orang melayu yg x pandai bahasa inggeris tu, pilihlah bahasa melayu.
Kedua, bila masuk dalam website tu, tengok lah kat bahagian tepi kiri, 1- ada kotak pilih samada satu hala, atau dua hala.Pilih mana yang patut, dan 2- pilih lah destinasi dari mana, dan ke mana. 3- pilihlah tarikh untuk penerbangan. Sebagai contoh bawah ini, pilih satu hala, dari Kota Bharu, ke Kuala Lumpur LCCT, dan tarikh 14 NOV 2009. Juga pilih berapa orang, sbg contoh, 1.

Kalau tengok kepada laluan tu, biasanya kalau dari kota bharu, alor star ke, kuching ke biasanya hanya ke KLIA-LCCT.
Lepas pilih mana yang patut, tekan lah cari….
Ketiga, akan keluar jadual masa perjalanan pada tarikh yang dipilih. Sebagai contoh dibawah.


Akan keluar banyak masa berlainan utntuk penerbangan pada tarikh dipilih, dan ditunjukkan sekali harga dan jenis pakej.
Yang penting, orang tengok harga dan masa yang sesuai untuk penerbangan. Kalau ada yang tidak tahu, untuk naik kapal terbang, perlu datang ke airport seelok2 nya sejam setengah awal, kalau yang tak biasa, datang la 2 jam awal dari masa penerbangan, hihihi… Kena pandai lah budget masa, untuk sampai. Kalau x, terlepas la flight tu.
Lepas pilih flight mana yang berkenan, tekan button kat sebelah no. flight tersebut, kat dia tulis tetamu, macam kat gambar atas tu.
Keempat, bila dah pilih, tick kotak kat bawah jadual penerbangan, macam kat bawah ni. Dan tekan sambung.

Sebelum tu, tengok lah kat tepi kanan, ada jumlah keseluruhan yang kena bayar, biasanya, tambang + airport tax. Kalau dah berkenan, tekan je sambung.

Kelima, dia akan keluar beberapa kotak yang kena isi.
Pertama, kotak nama orang yang akan terbang, tulislah apa yang dia minta. Nama, tarikh lahir dan no kp. Juga pilih negara, Malaysia untuk orang malaysia.

Juga selepas dan dibawah kotak tersebut, ada dua kotak, pertama,yang atas tu, kotak untuk tempahan bagasi. Bagasi ni, apa2 barang yang kita nak dia letak kat perut kapal tu, beg yang besar tu, letak la kat situ. Kalau bawa yang biasa saja, tak payah la booking, nanti bawak naik atas kapal. Ada tempat letak barang macam atas bas. Kalau x nak, pilih - tiada bagasi berdaftar - , kalau nak, pilih la mana yang patut, yang up to 15 kg, + RM 10.
Yang satu lagi tu, Makanan, kalau nak makanan, pilih lah, ada harga kat situ. Kalau x, biar keluar makanan je.
Keenam, ada kotak lagi kat bawah tu, untuk detail. Isi apa yang dia minta. Dan ada kotak bawah sekali, untuk masukkan username dan password, masukkan lah, lain kali mudah untuk beli, login guna username tu je.
Ketujuh, pada bahagian bawah sekali, ada dua butang, PILIH TEMPAT DUDUK SAYA, dan SAMBUNG TANPA PILIH TEMPAT DUDUK SAYA. Kalau nak pilih tempat duduk, tekan lah pilih, talau x, tekan yang satu lagi. harga untuk pilih seat, RM 5 untuk seat biasa dan RM 25 untuk seat special, ada tulis kat situ.

Lepas tu, keluar page yang last sekali. Pertama, ada bahagian atas sekali. Bahagian GoIncure, ini adalah insuran, tak pasti, tapi biasanya saya x ambik, kalau nak, + RM 6 sahaja. Ada trick di sini, kalau anda tak mahu insurance, klik cancel dan 'no' maka kos insurance tu tak dimasukkan lah. Tawakal kepada Allah sj lah hihihihi..
Kedua, bahagian Skybus. Kalau perlukan pengangkutan dari LCCT ke KL Sentral, atau sebaliknya, boleh ambil, + RM 6.50, kalau ambil di airport, biasanya RM 9. Untung RM 2.50…
Yang last but not list, Pembayaran. Akan keluar harga akhir semua sekali harga untuk pembayaran tiket kita…… kat bahagian bawah skybus tadi. Itulah yang kita kita kena bayar.
Cara bayar pula, airasia sediakan banyak cara. Pertama, bayar guna kad kredit. Biasanya yang ada kad kredit, tahu apa yang perlu diisi untuk pembayaran. Kedua, bayar melalui online banking. Cth: maybank2u, cimb click dan sebagainya.
Mudah saja, sebagai contoh maybank2u, pilih direct payment, pilih maybank2u, tekan proseed @ teruskan, akan keluar satu tetingkap untuk login maybank2u, akan keluar detail bayaran yang akan dibayar, dan terus dengan pembayaran. Selesai saja pembayaran, akan keluarlah konformasi tiket yang kita beli. Selesai. Itu saja.
Untuk mudah, ada cetak laman airasia tersebut yang mempunyai no. booking, tarikh penerbangan dan yang penting no flight. Cth: AK 4658
Untuk naik kapal terbang, hanya datang ke airport sejam setengah sebelum masa berlepas, budget masa, tengok board kat airport, tengok no flight kita tempah..
Contoh: ( AK 3456 masa: 1200 no kauter: R45 kaunter:open ), bila dah open, kita pergi ke kaunter yang dia tunjuk, bagi Kad pengenalan, dia akan proses. Dia akan tanya jika kita ada barang untuk bagasi. Kalau setakat beg galas dan beg balik kampong yang kecik biasa tu, tak payah masuk bagasi tu, bawak naik kapal je. Kalau tak de, kata tak de.
Pastu, dia bagi boarding pass (pas berlepas), dapat pass tu, kita kena masuk balai berlepas selewat-lewatnya 30 minit sebelum masa berlepas. Cari lah mana balai berlepas. Masuk dalam tu, bawak sekali barang2 kita. Kita akan lalu kat pemeriksaan polis, nak lalu tu, barang masukkn dalam tempat x-ray dia tu. Tanya pak cik polis jika tak tahu.
Lepas tu, masuk lah dalam balai berlepas. Tunggu dekat pintu kita yang dia bagi. Kalau mcm kota bharu, ada satu pintu je. Tunggu dia buat pengumuman. Kalau orang beratur kat pintu tu, pergi la beratur, jika dia dah panggil. Kalau konfius, tanya sape2.
Dia akan mintak boarding pass tadi dengan KP. Tunjuk kat dia. Pas tu, jalan lah ke kapal terbang, tak tahu, ikut orang lain.
Ada yang bertanya, kapal terbang airasia ni turun kat KLIA ke ? Untuk menjimatkan kos, airasia akan mendarat di Kuala Lumpur LCC-T (low cost carrier – terminal, kalau tak silap), iaitu airport atau lapangan terbang untuk kapal terbang airasia sahaja tapi berkongsi landasan yang sama dengan KLIA. Berada bersebelahan KLIA, dan airport tersebut tidaklah secanggih KLIA, sebab tu murah.
Kalau nak ke pusat bandar Kuala lumpur, boleh naik Skybus atau lain2 bus ke KL Sentral.


MACAM MANA CARA DAPAT TIKET MURAH AIRASIA?




Mudah sahaja cara2nya adalah :

- Selalu buka web airasia terutama tengah malam atau awal pagi. Biasanya ada promo waktu tu

- Beli tiket awal sekurangnye sebulan sebelum. Harga tiket sebulan sebelum atau 2 bulan sebelum adalah jauh lebih murah daripada beli seminggu sebelum. Tapi ada jugak kes dimana sehari sebelum pun ade tiket promosi murahh. Sebab tu kena buka web AirAsia selalu

- Subscribe ke laman web AirAsia, bukalah akaun dengannya. Alah macam korang buka akaun FB tu lah. Kemudian selalu cek email

- Pilih tarikh selain hari Jumaat, Sabtu Ahad dan selain cuti umum

- Like fanpage mereka seperti FB, Twitter dll supaya sentiasa dapat update news mereka

- Tidak mengambil makanan, bagasi dan insuran. Kalau tak amik insuran tu tawakkal sahajalah kepada Allah SWT

- Pergi ke lokasi yang terdekat (Cthnya dari Terengganu ke Kuantan) keh3

- Jadi staf AirAsia seperti pramugari/pramugara atau pilot. Hari2 dapat naik flight free, gaji jalan.

- Buka syarikat penerbangan sendiri (yang ni tiket free pun bole)

Jom tengok di bawah ni trick dan tips beli tiket flight murah!!!
Itu saja yang sempat tulis, kalau ada sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi airasia sendiri atau mana2 yang patut…. Nak Tanya saya pon boleh kalau ada masa.
Selamat terbang……………..
Kata kunci: Cara beli tiket airasia, cara beli tiket airasia online, cara beli tiket airasia murah, cara naik kapal terbang, macam mana nak beli tiket airasia, cara tukar tiket airasia, cara naik kapal terbang, prommosi airasia, airasia, cara beli tiket airasia dengan murah, cara nak check in airasia, cara beli tiket airasia online dengan murah, beli tiket airasia dengan maybank2u, Cara beli tiket Airasia online dengan murah, Panduan Dan Tips Membeli Tiket Kapal Terbang Air Asia, Jom pergi melancong, cara beli tiket flight dengan cara yang murah.
Azim Aris

Setiap orang ada pendapat tersendiri. Apa pula pendapat anda? Kongsikan artikel ini untuk manfaat serta layari juga blog utama saya : CIKGUZIM

27 Comments

  1. sangat2 membantu sbb saye first time nak beli online..nak beli kat kiosk dia charge rm30 sorang..
    terima kasih

    ReplyDelete
  2. slm.nk tnya abg lau kte dh bli tiket online tu da check in skali atau kena check in lg di airport..first time sy nk bli tiket online mtk info sket dr abg..tq

    ReplyDelete
  3. kpd nana : tak perlu check in dah..smpai je aport dh leh trus naik flight.

    ReplyDelete
  4. salam nak tnya.. kalau nak guna debit card melalui Maybnak2u ada cas tersembunyi tak ? :)

    ReplyDelete
  5. salam..nk tanya ni.. saya 1st time nak beli yg skybus tu..pergi balek utk 2 org..
    dah web cek in sume..
    n blurr, kat mana yg menunjukkan kita dah beli skybus return trip tu? sy ada jumpa kat itinery..bhgn bwh skali, bhgn payment.. dia tulis
    2XSKYB..
    pastu bila nk naek bus, kena tjk yg ni ke? 2XSKYB tu? cmtu je? xde pun gtau return ke tak..

    ReplyDelete
  6. nice info..1st time nk bli tiket on9..nape sy nk wat payment xde pon tk maybnk2u yg ad cm visa,master kad dll..

    ReplyDelete
  7. Saya tak pernah pilih tempat duduk dalam flight, boleh jimat sikit.
    Anyway bagus info nih :)

    ReplyDelete
  8. assalam.

    apa maksud BIG SHOT LOGIN
    kalau tak isi..boleh x?

    ReplyDelete
  9. Nak tanya.. sy beli tiket pergi dan balik.. pada 29hb -31hb.. 14hri sblm brlepas bole bt chekin online kan utk boarding pass?? Yg sy nk tahu utk waktu balik perlu bt chekin online lagi ke?

    ReplyDelete
  10. kpd nurpalestina : boleh

    kpdnordiana : xperlu buat cek in lgi klu dh buat skali mse mula2 naik, make sure 14 hri sbelum bru leh cek in

    ReplyDelete
  11. Salam..tumpang jp ye..ok td sy ada book flight online airasia untuk bln 2 ni..semua dah clear cuma blm buat bayaran kt kaunter la..sy just book je byr kemudian..dpt pengsahan kt email je no book tu..so skg ni my husbnd nk tukar tarikh flight contohny sy amik 24hb nak tukarkn ke 23hb..boleh ke ek..dan kena bayar lg ke..huhuhu sy cri no talian airasia x jumpe2 tq3..

    ReplyDelete
  12. kpd cciah iskandar : boleh tukar sbb xbyr lgi, utk kes ni puan bleh isi form hntr ke http://www.airasia.com/my/en/contactus.html utk mkluman mreka...nk telefon customer servis airasia mmg xde mngkin nk elak serabut kot...email je diorg akn reply

    ReplyDelete
  13. nak tnya kalau bawak 1 beg bawah 20kg kena caj checked bag tak?

    ReplyDelete
  14. Kalau nk tukar time fly brape charges dia ek

    ReplyDelete
  15. boleh tak booking dulu bayar kemudian ?

    ReplyDelete
  16. Nak tanya, kalau salah tarikh dan bulan lahir lepas book ticket air asia, dapat tukar tak? Macam mana nak tukar?

    ReplyDelete
  17. Kalau book lepas tu cancel macam mana?

    ReplyDelete
  18. Kalau book lepas tu cancel macam mana?

    ReplyDelete
  19. Zuzu wani: rasanya burn lah nnti duit tu...tukar tarikh lain boleh

    ReplyDelete
  20. Zuzu wani: rasanya burn lah nnti duit tu...tukar tarikh lain boleh

    ReplyDelete
  21. kenapa bila dah siap sume,nak buat pembayaran guna maybank2u xdpt,sebab sy bkn pakai card kredit,Guna card visa biasa

    ReplyDelete
  22. Hi. Nak tanya. Kalo beli tiket AA atas 12pagi. Bole guna online banking ke? Contoh maybank2u, sb kan kalo pukul 12am ke atas tak bole nak wat ape2 transaction. Kalo nak beli tiket AA bole ke? Sb sy tak oenah lg beli ape2 guna online bnking atas jam 12am. Tq jwb soalan sy. 😊

    ReplyDelete
Previous Post Next Post