Wednesday, April 27, 2011

Kematian Osama Penuh Teori Konspirasi dan Pembohongan.

ABBOTTABAD, Pakistan - Pendedahan bahawa pengganas paling dikehendaki dunia, Osama bin Laden dibunuh dalam satu operasi komando Amerika Syarikat (AS) kelmarin menimbulkan pelbagai teori konspirasi terutamanya dalam kalangan profesional di bandar ini.Malah mereka menyifatkan pembunuhan Osama itu yang disaksikan sendiri oleh Presiden AS, Barack Obama secara langsung menerusi kaca televisyen dari White House di Washington sebagai pembohongan semata-mata.

Tiada kematian dilaporkan dalam insiden helikopter tentera AS yang terhempas dalam operasi tersebut turut menimbulkan persoalan sama ada Osama berada dalam helikopter itu atau tidak. Teori konspirasi menjadi semakin berleluasa di Pakistan dan di seluruh dunia berikutan kegagalan AS menunjukkan bukti mayat Osama yang didakwa mereka telah dibuang ke laut.

Rakyat Pakistan memang gemar dengan pelbagai teori konspirasi, ditambah rasa tidak percaya terhadap hubungan kerajaan dengan sekutunya dalam perang menentang keganasan.Operasi tentera AS di bumi Pakistan yang berdaulat dan jaraknya hanya dua jam memandu dari ibu pejabat kerajaan serta tentera di Islamabad juga menjadi satu perkara yang memalukan.

Penduduk tempatan pula memberitahu wartawan bahawa mereka tidak pernah berjumpa dengan orang Arab apatah lagi pemimpin tertinggi Al-Qaeda itu yang berasal dari Arab Saudi. - Kosmo

Wednesday, April 20, 2011

Mykad Kini Boleh Diganti Secara Online

MyKad anda rosak? eh..sekarang buat gantian secara online la..kenapa tak percaya?? Perkara ini di nyatakan oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusop.Permohonan gantian MyKad secara online ini boleh di lakukan secara talian di portal rasmi Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Cuma tiga jenis gantian sahaja yang dibenarkan atau di sediakan melalui secara online ini iaitu disebabkan cip dan kad rosak, gantian MyKad biasa dan gantian MyKad hilang yang tidak melebihi lima kali.

pemohon boleh memohon gantian MyKad melalui portal JPN pada jam 8 pagi hingga 11 malam pada Isnin hingga Jumaat, jam 8 pagi hingga 2 petang (Sabtu) dan 8 pagi hingga 9 malam pada Ahad.
Cara pembayaran bayaran permohonan secara dalam talian boleh dilakukan dengan menggunakan kad kredit Visa dan Master Card.

Portal rasmi JPN
Semakan Status Permohonan myKad DISINI

Tuesday, April 19, 2011

Nuffnang Memang Best

Aku nak ucapkan banyak-banyak terima kasih pada pengiklan Nuffnang ni di atas keberkesanannya dalam menyumbangkan earning kepada blogger-blogger kita ni.

Bermula dengan hanya sekadar mencuba-cuba register, tak sangka tak sampai seminggu earning dah ada (berapa jumlahnya dirahsiakan). Walaupun dah ada blog lebih setahun, baru nak letak iklan huhuhu. Ini maknanya ada incomelah tu. Itu yang membuatkan aku nkberblogging dengan lebih keras dan sampai lebam lagi disamping membantu syarikat-syarikat pengiklanan mempromosikan produk diorang sambil-sambil jugak menyebarkan perkara yang baik dengan blog, tak gitu geng?

Ye lah, klu ade earning dalam blogging ni la akan membuatkan kita lebih motivated untuk menulis. Yang penting adalah kepuasan berblog, income tu yang kedua..huhu. Ok minta diri dulu jumpa lagi pada masa akan datang. Akhir kata, jom join nuffnang dafta di sini

Saturday, April 16, 2011

Kemas Kini Blog azimaris

Salam sejahtera dan selamat malam. Alhamdulillah masih lagi diberi kesempatan untuk menulis dalam blog yang tidak sepertinya ini walaupun jarang aku nak post entri terbaru dalam blog ni.

Sedar tak sedar dah setahun lebih aku buat blog nih..huhu. Tapi aku bukan macam penulis lain yang suka sangat cerita pasal diri sendiri (kira syok sendiri la tu hahaha). Ntah ler aku ikut mood jugak nak menulis dalam blog ni. Apa-apa hal pun aku tulis entri yang menarik dalam blog lain. Kiranya blog azimaris ni kira aku akan nak tulis lepas ni perkara berkaitan dengan diri aku je itupun tak banyak. Bukan ape sebabnya kehidupan yang agak statik ni buat aku malas nak duk cerita benda merapu macam blog orang lain. Bace dan post pasal ceramah lagi baik hehehe.

Sebenarnya aku nak kemaskini kan lagi blog ni supaya nampak lebih kemas dan profesional, al-maklum la dah jadi orang berpangkat sekarang. Cewah bangga diri plak. Maknanya entri-entri sebelum ni yang ntah ape-ape aku post dan kurang kemas yang membuatkan kurangnya pelawat akan didelete atau di pindah ke blog lain yang mempunyai niche yang spesifik. Macam ni baru la nampak profesional kan?

Oklah aku pun dah ngantuk ni kena tido dulu maklum la esok nak kene pergi sekolah. Lambat masuk sekolah karang jatuh taraf kat anak murid hohoho. Sampai berjumpa lagi! Jumpa anda disana..disana...disana....

Sunday, April 10, 2011

Cara Beli Tiket AirAsia dan Cara Dapat Tiket Murah

CARA BELI TIKET AIR ASIA
Memandangkan zaman sekarang sudah berubah, maka pengangkutan udara masa kini sudah menjadi pengangkutan yang sudah mesra rakyat. Tambahan pula ada syarikat airasia yang membawa tema “Now everyone can fly” atau ” Sekarang, semua boleh terbang” .
Ramai yang tengok harga tambang airasia kat web site dia tapi tak tahu atau takut nak beli, memikirkan macam-macam boleh terjadi. Pembayaran online tak selamat lah, tak de kad kredit la, dan seribu macam perspeksi yang negatif bila tak pernah membelinya.
Jadi, kali ini, saya nak kongsi cara membeli dan menaiki kapal terbang airasia, kenapa airasia, kerana saya pernah naik airasia, tu je la. Tambahan pula semuanya di hujung jari je dan saya rasa terpanggil nak bantu rakan dan anda semua yang memerlukan panduan mudah ni. 
Pertamanya, buka lah laman web airasia, www.airasia.com . Lepas tu, pilih negara Malaysia untuk orang malaysia dan pilih bahasa, kalau orang melayu yg x pandai bahasa inggeris tu, pilihlah bahasa melayu.
Kedua, bila masuk dalam website tu, tengok lah kat bahagian tepi kiri, 1- ada kotak pilih samada satu hala, atau dua hala.Pilih mana yang patut, dan 2- pilih lah destinasi dari mana, dan ke mana. 3- pilihlah tarikh untuk penerbangan. Sebagai contoh bawah ini, pilih satu hala, dari Kota Bharu, ke Kuala Lumpur LCCT, dan tarikh 14 NOV 2009. Juga pilih berapa orang, sbg contoh, 1.

Kalau tengok kepada laluan tu, biasanya kalau dari kota bharu, alor star ke, kuching ke biasanya hanya ke KLIA-LCCT.
Lepas pilih mana yang patut, tekan lah cari….
Ketiga, akan keluar jadual masa perjalanan pada tarikh yang dipilih. Sebagai contoh dibawah.


Akan keluar banyak masa berlainan utntuk penerbangan pada tarikh dipilih, dan ditunjukkan sekali harga dan jenis pakej.
Yang penting, orang tengok harga dan masa yang sesuai untuk penerbangan. Kalau ada yang tidak tahu, untuk naik kapal terbang, perlu datang ke airport seelok2 nya sejam setengah awal, kalau yang tak biasa, datang la 2 jam awal dari masa penerbangan, hihihi… Kena pandai lah budget masa, untuk sampai. Kalau x, terlepas la flight tu.
Lepas pilih flight mana yang berkenan, tekan button kat sebelah no. flight tersebut, kat dia tulis tetamu, macam kat gambar atas tu.
Keempat, bila dah pilih, tick kotak kat bawah jadual penerbangan, macam kat bawah ni. Dan tekan sambung.

Sebelum tu, tengok lah kat tepi kanan, ada jumlah keseluruhan yang kena bayar, biasanya, tambang + airport tax. Kalau dah berkenan, tekan je sambung.

Kelima, dia akan keluar beberapa kotak yang kena isi.
Pertama, kotak nama orang yang akan terbang, tulislah apa yang dia minta. Nama, tarikh lahir dan no kp. Juga pilih negara, Malaysia untuk orang malaysia.

Juga selepas dan dibawah kotak tersebut, ada dua kotak, pertama,yang atas tu, kotak untuk tempahan bagasi. Bagasi ni, apa2 barang yang kita nak dia letak kat perut kapal tu, beg yang besar tu, letak la kat situ. Kalau bawa yang biasa saja, tak payah la booking, nanti bawak naik atas kapal. Ada tempat letak barang macam atas bas. Kalau x nak, pilih - tiada bagasi berdaftar - , kalau nak, pilih la mana yang patut, yang up to 15 kg, + RM 10.
Yang satu lagi tu, Makanan, kalau nak makanan, pilih lah, ada harga kat situ. Kalau x, biar keluar makanan je.
Keenam, ada kotak lagi kat bawah tu, untuk detail. Isi apa yang dia minta. Dan ada kotak bawah sekali, untuk masukkan username dan password, masukkan lah, lain kali mudah untuk beli, login guna username tu je.
Ketujuh, pada bahagian bawah sekali, ada dua butang, PILIH TEMPAT DUDUK SAYA, dan SAMBUNG TANPA PILIH TEMPAT DUDUK SAYA. Kalau nak pilih tempat duduk, tekan lah pilih, talau x, tekan yang satu lagi. harga untuk pilih seat, RM 5 untuk seat biasa dan RM 25 untuk seat special, ada tulis kat situ.

Lepas tu, keluar page yang last sekali. Pertama, ada bahagian atas sekali. Bahagian GoIncure, ini adalah insuran, tak pasti, tapi biasanya saya x ambik, kalau nak, + RM 6 sahaja. Ada trick di sini, kalau anda tak mahu insurance, klik cancel dan 'no' maka kos insurance tu tak dimasukkan lah. Tawakal kepada Allah sj lah hihihihi..
Kedua, bahagian Skybus. Kalau perlukan pengangkutan dari LCCT ke KL Sentral, atau sebaliknya, boleh ambil, + RM 6.50, kalau ambil di airport, biasanya RM 9. Untung RM 2.50…
Yang last but not list, Pembayaran. Akan keluar harga akhir semua sekali harga untuk pembayaran tiket kita…… kat bahagian bawah skybus tadi. Itulah yang kita kita kena bayar.
Cara bayar pula, airasia sediakan banyak cara. Pertama, bayar guna kad kredit. Biasanya yang ada kad kredit, tahu apa yang perlu diisi untuk pembayaran. Kedua, bayar melalui online banking. Cth: maybank2u, cimb click dan sebagainya.
Mudah saja, sebagai contoh maybank2u, pilih direct payment, pilih maybank2u, tekan proseed @ teruskan, akan keluar satu tetingkap untuk login maybank2u, akan keluar detail bayaran yang akan dibayar, dan terus dengan pembayaran. Selesai saja pembayaran, akan keluarlah konformasi tiket yang kita beli. Selesai. Itu saja.
Untuk mudah, ada cetak laman airasia tersebut yang mempunyai no. booking, tarikh penerbangan dan yang penting no flight. Cth: AK 4658
Untuk naik kapal terbang, hanya datang ke airport sejam setengah sebelum masa berlepas, budget masa, tengok board kat airport, tengok no flight kita tempah..
Contoh: ( AK 3456 masa: 1200 no kauter: R45 kaunter:open ), bila dah open, kita pergi ke kaunter yang dia tunjuk, bagi Kad pengenalan, dia akan proses. Dia akan tanya jika kita ada barang untuk bagasi. Kalau setakat beg galas dan beg balik kampong yang kecik biasa tu, tak payah masuk bagasi tu, bawak naik kapal je. Kalau tak de, kata tak de.
Pastu, dia bagi boarding pass (pas berlepas), dapat pass tu, kita kena masuk balai berlepas selewat-lewatnya 30 minit sebelum masa berlepas. Cari lah mana balai berlepas. Masuk dalam tu, bawak sekali barang2 kita. Kita akan lalu kat pemeriksaan polis, nak lalu tu, barang masukkn dalam tempat x-ray dia tu. Tanya pak cik polis jika tak tahu.
Lepas tu, masuk lah dalam balai berlepas. Tunggu dekat pintu kita yang dia bagi. Kalau mcm kota bharu, ada satu pintu je. Tunggu dia buat pengumuman. Kalau orang beratur kat pintu tu, pergi la beratur, jika dia dah panggil. Kalau konfius, tanya sape2.
Dia akan mintak boarding pass tadi dengan KP. Tunjuk kat dia. Pas tu, jalan lah ke kapal terbang, tak tahu, ikut orang lain.
Ada yang bertanya, kapal terbang airasia ni turun kat KLIA ke ? Untuk menjimatkan kos, airasia akan mendarat di Kuala Lumpur LCC-T (low cost carrier – terminal, kalau tak silap), iaitu airport atau lapangan terbang untuk kapal terbang airasia sahaja tapi berkongsi landasan yang sama dengan KLIA. Berada bersebelahan KLIA, dan airport tersebut tidaklah secanggih KLIA, sebab tu murah.
Kalau nak ke pusat bandar Kuala lumpur, boleh naik Skybus atau lain2 bus ke KL Sentral.


MACAM MANA CARA DAPAT TIKET MURAH AIRASIA?




Mudah sahaja cara2nya adalah :

- Selalu buka web airasia terutama tengah malam atau awal pagi. Biasanya ada promo waktu tu

- Beli tiket awal sekurangnye sebulan sebelum. Harga tiket sebulan sebelum atau 2 bulan sebelum adalah jauh lebih murah daripada beli seminggu sebelum. Tapi ada jugak kes dimana sehari sebelum pun ade tiket promosi murahh. Sebab tu kena buka web AirAsia selalu

- Subscribe ke laman web AirAsia, bukalah akaun dengannya. Alah macam korang buka akaun FB tu lah. Kemudian selalu cek email

- Pilih tarikh selain hari Jumaat, Sabtu Ahad dan selain cuti umum

- Like fanpage mereka seperti FB, Twitter dll supaya sentiasa dapat update news mereka

- Tidak mengambil makanan, bagasi dan insuran. Kalau tak amik insuran tu tawakkal sahajalah kepada Allah SWT

- Pergi ke lokasi yang terdekat (Cthnya dari Terengganu ke Kuantan) keh3

- Jadi staf AirAsia seperti pramugari/pramugara atau pilot. Hari2 dapat naik flight free, gaji jalan.

- Buka syarikat penerbangan sendiri (yang ni tiket free pun bole)

Itu saja yang sempat tulis, kalau ada sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi airasia sendiri atau mana2 yang patut…. Nak Tanya saya pon boleh kalau ada masa.
Selamat terbang……………..
Kata kunci: Cara beli tiket airasia, cara beli tiket airasia online, cara beli tiket airasia murah, cara naik kapal terbang, macam mana nak beli tiket airasia, cara tukar tiket airasia, cara naik kapal terbang, prommosi airasia, airasia, cara beli tiket airasia dengan murah, cara nak check in airasia, cara beli tiket airasia online dengan murah, beli tiket airasia dengan maybank2u, Cara beli tiket Airasia online dengan murah, Panduan Dan Tips Membeli Tiket Kapal Terbang Air Asia, Jom pergi melancong, cara beli tiket flight dengan cara yang murah.

Santai Azim Aris

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...