Sunday, October 24, 2010

Komik Malaysia Klasik - Wak Dojer

Wak Dojer - Hilang Gelap Timbul Terang



Tiba-tiba teringat komik ini. Komik ini popular bagi mereka yang lahir pada awal 80an. Dalam simpanan saya hanya ini sahaja yang masih elok. Saya uploadkan salah satu komik bersiri keluaran Mediaseni yang popular ketika dahulu ialah Wak Dojer. Wak Dojer adalah hasil karya Hussain Sa'ad. Wak Dojer mengisahkan kehidupan suami isteri iaitu Wak Dojer dan isterinya, Kundur menjalani kehidupan seharian dengan pelbagai dugaan. Komik ini berunsur komedi tetapi setiap siri komik memberi mesej yang amat berguna kepada pembaca. watak utamanya mempunyai persamaan hampir serupa dengan watak Pak Pandir. Semoga anda terhibur dengan komik yang diuploadkan ini.(klik pada gambar untuk diperbesarkan)



Tuesday, October 12, 2010

Mengapa Yahudi Bijak?

Mengapa Yahudi Bijak?

(Kisah Copy Paste) Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani

housemanship dibeberapa hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik

dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu "Mengapa Yahudi

Bijak?". Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi,

dari segala bidang, Engineering, musik, saintis dan yang paling hebat ialah

bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan

di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan,

senjata, perhotelan, perfileman diHollywood dan sebagainya.

Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang

saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebab

nya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada

mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak

boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran?

Maka saya pon tergerak membuat tesis untuk Phd saya,

disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni.

Saturday, October 9, 2010

Cara scan virus yg berkesan

1- install mana2 anti virus yg korang suka... (suggestion - e-scan, kas, bidefender)

2- restart pc n masa tgh loading sblm masuk window tu, press F8...

3- select safe boot - safe boot ni tuk tutup certain files

4- dah masuk safe boot, scan pc korang ngan anti virus yg korang ade la.. make sure anti virus korang tu dah ade updte latest

5- delete la virus yg korang jumpa.. kalu xde hiddien files, guna regedit.. (REGEDIT ni boleh dilakukan semasa boot windows secara normal)

6- semoga berjaya...

Wednesday, October 6, 2010

Koleksi Penguat Tenaga Batin

Dicatatkan berikut ini senarai-senarai ubat bagi menguatkan semula tenaga batin yang lemah dan ubat-ubat ini terdiri daripada jenis yang dimakan dan ada juga yang disertai dengan urutan. Kesemua yang disenaraikan di bawah adalah dari pengetahuan pengubatan bangsa Melayu, pilih satu untuk dijadikan usaha pengubatan.

1. Sediakan ramuan-ramuan ini iaitu seulas halia sebesar ibu jari, 3 sudu madu lebah asli, 1 gram lada hitam, 1 gram lada putih, 1gram kismis kuning, 1 biji telur ayam kampung diambil kuningnya sahaja.

Tumbuk halia, lada hitam dan lada putih sehingga lumat dan masukkan ke dalam satu bekas bersih. Campurkan bahan-bahan ini dengan ramuan-ramuan lain sehingga sebati, amalkan makan jamu ini 2 kali sehari dikala pagi dan petangselama 21 hari berturut-turut.

2. Makan 7 ekor bubuk jawa hidup-hidup sekali diwakti pagi dan sekali diwaktu petang selama 7 hari berturut-turut. ( Nota: Ada catatan yang menyatakan bahawa amalan ini membahayakan )

3. Ambil 7 ulas cekur atau kencur, 1 ulas bawang putih, 1 gram lada hitam dan 1 sudu minyak sapi tulin. Bersihkan semua cekur itu dan tumbuk sehingga lumat. Begitu juga dengan bawang putih dan lada hitam. Campurkan kesemua ramuan dan gaulkan sehingga sebati. Amalkan memakannya sebelum sarapan pagi selama 7 hari berturut-turut.

Semasa mahu memakannya ambil seulas cekur yang lain dan kunyah hingga lumat. Lumurkan kunyahan cekur itu ke seluruh bahagian zakar sambil mengurutnya perlahan-lahan setiap pagi dan malam sebelum tidur. Urutan dari bahagian pangkal dan membawa ke bahagian kepala zakar dengan lembut.

4. Ambil madu lebah asli 4 sudu teh, sebiji kuning telur ayam kampung dan lada hitam 5 biji. Makan ubat ini diwaktu pagi sebelum atau selepas sarapan.

5. Sembelih seekor itik nila jantan yang tua, keluarkan semua isi perut itik, bersihkan dan masukkan semula kecuali usus itik. Ambil 4 biji keledek merah yang elok dan panjang, bersihkan tanpa membuang kulitnya. Ambil ramuan rempah yang sesuai.

Kukus itik itu bersama-sama ramuan tadi. Kukusan itu mampu untuk menghasilkan segelas kecil air pati. Ambil air pati itu dan minum ketika ia suam-suam kuku.

6. Tumbuk 3 batang kayu manis lebih kurang 2 inci panjangnyatiap satunya hingga lumat, campurkan serbuk itu dengan sebiji kuning telur ayam kampung. Kacau hingga sebati. Minum ramuan setiap pagi dan petang selama 7 hari berturut-turut. Untuk hari seterusnya, minum pada masa 1 jam sebelum jima’.

Selain dari meminum ramuan itu, ambil sedikit campuran ramuan dan sapukan pada seluruh bahagian batang zakar sehingga rata. Lakukan 2 hingga 5 minit sebelum jima’.

7. Ambil seekor burung merpati biasa, 3 ulas bawang putih dan merah, 6 inci petula ular dan 1 sudu jintan manis serta lain-lain rempah sup. Giling kesemua bahan itu sehingga mendidih, hangatkan seketika sebelum diminum untuk berikutnya.

8. Ambil 1 otak kambing yang dikeringkan, 1 inci halia, kunyit dan lengkuas dan 3 ulas bawang putih. Rebus kesemua bahan itu sehingga mendidih, hangatkan seketika sebelum diminum untuk berikutnya.

9. Akar Tunjang Bumi, Kayu Pedu Beruang, Akar Serai Kayu, kayu Manis, Kayu Lawan, Akar Tongkat dan Janggut Ali, Akar Buluh Duri dan Akar Bunga Cempaka. Semua ramuan dicampurkan. Setiap kali penggunaan, masukkan segenggam ramuan yang dicampurkan dengan 3 gelas air. Didihkan sehingga tinggal 1/3 bahagian air sahaja. Minum air tersebut.

10. Pasir timbul ( pasir yang timbul dipermukaan air sewaktu air sungai pasang ), kayu hidup ( sebarang kayu atau akar yang yang bergerak akibat laluan air yang mudah didapati di kawasan jeram atau hulu sungai ), air pasang ( air sungai yang sedang pasang ). Semua bahan ini direbus bersama dengan tiga gelas air dan didihkan sehingga tinggal 1/3 bahagian air sahaja untuk diminum.

11. 400 gram gula batu, 200 gram lada putih, 100 gram serbuk halia dan satu sudu makan minyak sapi tulin. Kesemua gula batu dan lada putih ditumbuk hingga lumat seperti tepung. Setelah diayak, gaulkan kesemua ramuan ini, panaskan di atas api yang agak sederhana panasnya sambil mengacau sehingga sebati. Kacau sehingga ianya lekit seperti dodol.

Makan sekadar sebesar ibu jari sekurang-kurangnya ½ jam sebelum jima’. Lebihnya disimpan dan jangan biarkan dimasuki angin. Bagi kesan yang lebih baik, makan majun ini setiap pagi sebelum sarapan.

12. 3 ulas halia sebesar ibu jari setiap satu, 27 biji lada hitam, 27 biji lada putih, 1 sudu teh minyak sapi tulin dan sebiji telur ayam kampung bahagian kuningnya sahaja. Tumbuk kesemua lada hitam, lada putih dan halia sehingga lumat. Sebaiknya halia itu diparut, diperah dan diambil airnya sahaja. Gaul semua ramuan di dalam bekas yang bersih hingga sebati. Minum ramuan ini sekurang-kurangnya 1 jam sebelum jima’. Ambil sedikit dari ramuan, sapu pada zakar 2 hingga 5 minit sebelum jima’.

Ramuan itu jangan diminum ketika lapar atau perut kosong. Semasa menyapu pada ramuan pada zakar, jangan menyapu terlalu banyak, memadai sedikit sahaja.

13. Sebiji telur ayam, 1 sudu minyak sapi dan 7 biji buah kurma iaitu bijinya yang telah ditumbuk lumat. Campurkan semua bahan ramuan dan makan setiap hari selama 10 hari berturut-turut. Paling baik makan sebelum berakhirnya waktu subuh. Boleh juga memakannya ½ jam sebelum jima’.

14. Campurkan 3 ulas halia yang telah diparut bersama segelas susu kibas/ kambing mentah dan sedikit kismis. Gaul semua bahandam minum setiap pagi selama 10 hari berturut-turut. Selepas tempoh itu tamat, boleh diamal menurut kesempatan dan boleh diminum sebelum jima’.

15. 2 sudu teh minyak sapi tulin, 2 sudu teh pati samtan, 2 sudu teh madu lebah dan sebiji kuning telur ayam kampung. Campurkan semua ramuan dan kacau hingga sebati. Amalkan meminum sehingga 14 hari berturut-turut. Untuk hari-hari selepas itu, amalkan memakannya ½ jam sebelum jima’.

16. Sekiranya pemburu mendapat sang kancil atau pelanduk, maka ambil ekornya, goreng kering dan makan.

17. Amalkan makan sup ekor lembu atau sup kambing dicampurkan dengan hati kambing jantan.

18. Satu daripada petua mudah ialah meminum madu lebah asli bercampur kuning telur 2 atau 3 kali seminggu.

19. Satu ubat yang agak ganjil ialah memakan hempedu beruang yang telah dikeringkan tanpa dimasak.

20. Memakan kemenyan sebesar jari kelingking dengan sedikit guls seminggu sekali.

21. Satu petua yang ganjil ialah minum air yang direndam dengan zakar buaya yang telah dikeringkan sebelum jima’. Rendam zakar buaya itu satu jam sebelum meminumnya. Bila sudah digunakan, maka keringkan semula bagi kegunaan akan datang.

Demikian jenis-jenis ubat tradisional yang diketahui oleh orang Melayu berkaitan berkaitan dengan penguatan tenaga batin, yang memberikan penekanan terhadap pengubatan zakar yang lemah atau tidak mampu untuk menegang dengan cukup untuk menegang dengan cukup bagi membolehkan jima’. Ada diantara ubat itu berasal dari keturunan jawa, ada yang diambil dari pengajaran bangsa Siam, dan ada pula dari bangsa Arab. Memakan bubuk Jawa itu didapati bahaya dan eloklah dielakkan, sebaiknya pilihlah ubat yang bersih dan halal dimakan serta senang untuk disediakan. Berubat dengan doktor atau tabib jika telah gawat!

Sunday, October 3, 2010

12 barisan di akhirat

> >12 Barisan di Akhirat Suatu ketika, Muaz b Jabal ra mengadap Rasulullah SAW
> >dan bertanya: "Wahai Rasulullah, tolong huraikan kepadaku mengenai firman
> >Allah SWT:
> >
> >"Pada sangkakala ditiup,maka kamu sekalian datang berbaris-baris" Surah
> >an-Naba':18
> >
> >Mendengar pertanyaan itu, baginda menangis dan basah pakaian dengan air
> >mata.Lalu menjawab:
> >
> >"Wahai Muaz, engkau telah bertanyakan kepada aku, perkara yang amat besar,
> >bahawa umatku akan digiring, dikumpulkan berbaris-baris menjadi 12 barisan,
> >masing-masing dengan pembawaan mereka sendiri... ." Maka dinyatakan apakah
> >12 barisan tersebut :-
> >
> >BARISAN PERTAMA
> >
> >Di iring dari kubur dengan tidak bertangan dan berkaki. Keadaan mereka ini
> >dijelaskan melalui satu seruan dari sisi Allah Yang Maha Pengasih:
> >
> >"Mereka itu adalah orang-orang yang sewaktu hidupnya menyakiti hati
> >jirannya, maka demikianlah balasannya dan tempat kembali mereka adalah
> >neraka... "
> >
> >BARISAN KEDUA
> >
> >Diiring dari kubur berbentuk babi hutan. Datanglah suara dari sisi Allah
> >Yang Maha Pengasih:
> >
> >"Mereka itu adalah orang yang sewaktu hidupnya meringan-ringankan solat,
> >maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka... "
> >
> >BARISAN KETIGA
> >
> >Mereka berbentuk keldai, sedangkan perut mereka penuh dengan ular dan kala
> >jengking.
> >
> >"Mereka itu adalah orang yang enggan membayar zakat, maka inilah balasannya
> >dan tempat kembali mereka adalah neraka... "
> >
> >BARISAN KEEMPAT
> >
> >Diiring dari kubur dengan keadaan darah seperti air pancutan keluar dari
> >mulut mereka.
> >
> >"Mereka itu adalah orang yang berdusta di dalam jualbeli, maka inilah
> >balasannya dan tempat mereka adalah neraka... "
> >
> >BARISAN KELIMA
> >
> >Diiring dari kubur dengan bau busuk daripada bangkai. Ketika itu Allah SWT
> >menurunkan angin sehingga bau busuk itu mengganggu ketenteraman di Padang
> >Mahsyar.
> >
> >"Mereka itu adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka takut
> >diketahui oleh manusia tetapi tidak pula rasa takut kepada Allah SWT, maka
> >inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka... "
> >
> >BARISAN KEENAM
> >
> >Diiring dari kubur dengan keadaan kepala mereka terputus dari badan.
> >
> >"Mereka adalah orang yang menjadi saksi palsu, maka inilah balasannya dan
> >tempat kembali mereka adalah neraka... "
> >
> >BARISAN KETUJUH
> >
> >Diiring dari kubur tanpa mempunyai lidah tetapi dari mulut mereka mengalir
> >keluar nanah dan darah.
> >
> >"Mereka itu adalah orang yang enggan memberi kesaksian di atas kebenaran,
> >maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka... "
> >
> >BARISAN KELAPAN
> >
> >Diiring dari kubur dalam keadaan terbalik dengan kepala ke bawah dan kaki
> >ke atas.
> >
> >"Mereka adalah orang yang berbuat zina, maka inilah balasannya dan tempat
> >kembali mereka adalah neraka... "
> >
> >BARISAN KESEMBILAN
> >
> >Diiring dari kubur dengan berwajah hitam gelap dan bermata biru sementara
> >dalam diri mereka penuh dengan api gemuruh.
> >
> >"Mereka itu adalah orang yang makan harta anak yatim dengan cara yang tidak
> >sebenarnya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah
> >neraka... "
> >
> >BARISAN KESEPULUH
> >
> >Diiring dari kubur mereka dalam keadaan tubuh mereka penuh dengan penyakit
> >sopak dan kusta.
> >
> >"Mereka adalah orang yang derhaka kepada orang tuanya, maka inilah
> >balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka... "
> >
> >BARISAN KESEBELAS
> >
> >Diiring dari kubur mereka dengan berkeadaan buta mata-kepala, gigi mereka
> >memanjang seperti tanduk lembu jantan, bibir mereka melebar sampai ke dada
> >dan lidah mereka terjulur memanjang sampai ke perut mereka dan keluar
> >beraneka kotoran.
> >
> >"Mereka adalah orang yang minum arak, maka inilah balasannya dan tempat
> >kembali mereka adalah neraka... "
> >
> >BARISAN KEDUA BELAS
> >
> >Mereka diiring dari kubur dengan wajah yang bersinar-sinar laksana bulan
> >purnama. Mereka melalui titian sirat seperti kilat. Maka,datanglah suara
> >dari sisi Allah Yang Maha Pengasih memaklumkan:
> >
> >
> >
> >
> >"Mereka adalah orang yang beramal salih dan banyak berbuat baik. Mereka
> >menjauhi perbuatan derhaka, mereka memelihara solat lima waktu, ketika
> >meninggal dunia keadaan mereka sudah bertaubat, maka inilah balasannya dan
> >tempat kembali mereka adalah syurga,mendapat keampunan, kasih sayang dan
> >keredhaan Allah Yang Maha Pengasih... "
> >
> >Jika engkau mahukan kemesraan dengan Allah, maka garanglah terhadap dirimu
> >sendiri. Jika engkau merasakan manisnya berhubung dengan Allah, tahulah
> >engkau betapa peritnya berpisah denganNya... ..Wallahua'alam.
> >
> >WASSALAM.

Friday, October 1, 2010

100 langkah kesempurnaan islam

100 Langkah Menuju Kesempurnaan Islam
------------------------------------
> > > >> 01. Bersyukur apabila mendapat nikmat;
> > > >> 02. Sabar apabila mendapat kesulitan;
> > > >> 03. Tawakal apabila mempunyai rencana/program;
> > > >> 04. Ikhlas dalam segala amal perbuatan;
> > > >> 05. Jangan membiarkan hati larut dalam kesedihan;
> > > >> 06. Jangan menyesal atas sesuatu kegagalan;
> > > >> 07. Jangan putus asa dalam menghadapi kesulitan;
> > > >> 08. Jangan asyik dengan kekayaan orang;
> > > >> 09. Jangan hasad dan iri atas kesuksesan orang;
> > > >> 10. Jangan sombong kalau memperoleh kesuksesan;
> > > >> 11. Jangan tamak kepada harta;
> > > >> 12. Jangan terlalu ambisius akan sesuatu kedudukan;
> > > >> 13. Jangan hancur karena kezaliman;
> > > >> 14. Jangan goyah karena fitnah;
> > > >> 15. Jangan bekeinginan terlalu tinggi yang melebihi
> > > >> kemampuan diri;
> > > >> 16. Jangan campuri harta dengan harta yang haram;
> > > >> 17. Jangan sakiti ayah dan ibu;
> > > >> 18. Jangan usir orang yang meminta-minta;
> > > >> 19. Jangan sakiti anak yatim;
> > > >> 20. Jauhkan diri dari dosa-dosa yang besar;
> > > >> 21. Jangan membiasakan diri melakukan dosa-dosa kecil;
> > > >> 22. Banyak berkunjung ke rumah Allah (masjid);
> > > >> 23. Lakukan shalat dengan ikhlas dan khusyu;
> > > >> 24. Lakukan shalat fardhu di awal waktu, berjamaah dan
> > > >> di masjid;
> > > >> 25. Biasakan shalat malam;
> > > >> 26. Perbanyak dzikir dan do'a kepada Allah;
> > > >> 27. Lakukan puasa wajib dan puasa sunat;
> > > >> 28. Sayangi dan santuni fakir miskin;
> > > >> 29. Jangan ada rasa takut kecuali hanya kepada Allah;
> > > >> 30. Jangan marah berlebih-lebihan;
> > > >> 31. Cintailah seseorang dengan tidak
> > > >> berlebih-lebihan;
> > > >> 32. Bersatulah kerana Allah dan berpisahlah kerana
> > > >> Allah;
> > > >> 33. Berlatihlah konsentrasi pikiran;
> > > >> 34. Penuhi janji apabila telah diikrarkan dan mintalah
> > > >> maaf apabila karena sesuatu sebab tidak dapat
> > > >> dipenuhi;
> > > >> 35. Jangan mempunyai musuh, kecuali dengan iblis/
> > > >> syaitan;
> > > >> 36. Jangan percaya ramalan manusia;
> > > >> 37. Jangan terlampau takut miskin;
> > > >> 38. Hormatilah setiap orang;
> > > >> 39. Jangan terlampau takut kepada manusia;
> > > >> 40. Jangan sombong, takabur dan besar kepala;
> > > >> 42. Berlakulah adil dalam segala urusan;
> > > >> 43. Biasakan istighfar dan taubat kepada Allah;
> > > >> 44. Bersihkan rumah dari patung-patung berhala;
> > > >> 45. Hiasi rumah dengan bacaan Al-Quran;
> > > >> 46. Perbanyak silaturahmi;
> > > >> 47. Tutup aurat sesuai dengan petunjuk Islam;
> > > >> 48. Bicaralah secukupnya;
> > > >> 49. Beristri/bersuami kalau sudah siap segala-galanya;
> > > >> 50. Hargai waktu, disiplin waktu dan manfaatkan waktu;
> > > >> 51. Biasakan hidup bersih, tertib dan teratur;
> > > >> 52. Jauhkan diri dari penyakit-penyakit bathin;
> > > >> 53. Sediakan waktu untuk santai dengan keluarga;
> > > >> 54. Makanlah secukupnya tidak kekurangan dan tidak
> > > >> berlebihan;
> > > >> 55. Hormatilah kepada guru dan ulama;
> > > >> 56. Sering-sering bershalawat kepada nabi;
> > > >> 57. Cintai keluarga Nabi saw;
> > > >> 58. Jangan terlalu banyak hutang;
> > > >> 59. Jangan terlampau mudah berjanji;
> > > >> 60. Selalu ingat akan saat kematian dan sadar bahwa
> > > >> kehidupan dunia adalah kehidupan sementara;
> > > >> 61. Jauhkan diri dari perbuatan-perbuatan yang tidak
> > > >> bermanfaat seperti mengobrol yang tidak berguna;
> > > >> 62. Bergaullah dengan orang-orang shaleh;
> > > >> 63. Sering bangun di penghujung malam, berdoa dan
> > > >> beristighfar;
> > > >> 64. Lakukan ibadah haji dan umrah apabila sudah mampu;
> > > >> 65. Maafkan orang lain yang berbuat salah kepada kita;
> > > >> 66. Jangan dendam dan jangan ada keinginan membalas
> > > >> kejahatan dengan kejahatan lagi;
> > > >> 67. Jangan membenci seseorang karena paham dan
> > > >> pendirian;
> > > >> 68. Jangan benci kepada orang yang membencikita;
> > > >> 69. Berlatih untuk berterus terang dalam menentukan
> > > >> sesuai pilihan;
> > > >> 70. Ringankan beban orang lain dan tolonglah mereka
> > > >> yang mendapatkan kesulitan;
> > > >> 71. Jangan melukai hati orang lain;
> > > >> 72. Jangan membiasakan berkata dusta;>
> > > >> 73. Berlakulah adil, walaupun kita sendiri akan
> > > >> mendapatkan kerugian;
> > > >> 74. Jagalah amanah dengan penuh tanggungjawab;
> > > >> 75. Laksanakan segala tugas dengan penuh keikhlasan
> > > >> dan kesungguhan;
> > > >> 76. Hormati orang lain yang lebih tua dari kita;
> > > >> 77. Jangan membuka aib orang lain;
> > > >> 78. Lihatlah orang yang lebih miskin daripada kita,
> > > >> lihat pula orang yang lebih berprestasi dari kita;
> > > >> 79. Ambilah pelajaran dari pengalaman orang-orang arif
> > > >> dan bijaksana;
> > > >> 80. Sediakan waktu untuk merenung apa-apa yang sudah
> > > >> dilakukan;
> > > >> 81. Jangan minder karena miskin dan jangan sombong
> > > >> karena kaya;
> > > >> 82. Jadilah manusia yang selalu bermanfaat untuk
> > > >> agama, bangsa dan negara;
> > > >> 83. Kenali kekurangan diri dan kenali pula kelebihan
> > > >> orang lain;
> > > >> 84. jangan membuat orang lain menderita dan sengsara;
> > > >> 85. Berkatalah yang baik-baik atau tidak berkata
> > > >> apa-apa;
> > > >> 86. Hargai prestasi dan pemberian orang;
> > > >> 87. Jangan habiskan waktu untuk sekedar hiburan dan
> > > >> kesenangan;
> > > >> 88. Akrablah dengan setiap orang, walaupun yang
> > > >> bersangkutan tidak menyenangkan;
> > > >> 89. Sediakan waktu untuk berolahraga yang sesuai
> > > >> dengan norma-norma agama dan kondisi diri kita;
> > > >> 90. Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan fisik atau
> > > >> mental kita menjadi terganggu;
> > > >> 91. Ikutilah nasihat orang-orang yang arif dan
> > > >> bijaksana;
> > > >> 92. Pandai-pandailah untuk melupakan kesalahan orang
> > > >> dan pandai-pandailah untuk melupakan jasa kita;
> > > >> 93. Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan orang lain
> > > >> terganggu,dan jangan berkata sesuatu yang dapat
> > > >> menyebabkan orang lain terhina;
> > > >> 94. Jangan cepat percaya kepada berita jelek yang
> > > >> menyangkut teman kita, sebelum dipastikan kebenarannya;
> > > >> 95. Jangan menunda-nunda pelaksanaan tugas dan
> > > >> kewajiban;
> > > >> 96. Sambutlah uluran tangan setiap orang dengan penuh
> > > >> keakraban dan keramahan dan tidak berlebihan;
> > > >> 97. Jangan memforsir diri untuk melakukan sesuatu yang
> > > >> di luar kemampuan diri;
> > > >> 98. Waspadalah akan setiap ujian, cobaan, godaan dan
> > > >> tantangan.Jangan lari dari kenyataan kehidupan;
> > > >> 99. Yakinlah bahwa setiap kebajikan akan melahirkan
> > > >> kebaikan dan setiap kejahatan akan melahirkan
> > > >> kerusakan;
> > > >> 100.Jangan sukses di atas penderitaan orang dan jangan
> > > >> kaya dengan memiskinkan orang;

Santai Azim Aris

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...