Saturday, August 20, 2016

Cerita 2 jaguh badminton, seorang Cina seorang Melayu

Cerita dua jaguh badminton negara. Seorang berketurunan Melayu, seorang berketurunan Cina.

Sekitar tahun 1999, pada usia 17 tahun, seorang mamat Cina yang bernama Lee Chong Wei terpilih menyertai latihan pusat skuad badminton negara. Antara tenaga jurulatih skuad negara ketika itu, mamat Melayu bernama Misbun Sidek.

Lebih tujuh tahun Misbun bimbing Chong Wei, dan dalam tempoh itu lah hubungan Misbun dan Chong Wei semakin erat.

Usai tamat final Sukan Olimpik 2012 yang lalu, meskipun tewas kepada Lin Dan, antara orang pertama yang Lee Chong Wei hubungi adalah Misbun Sidek.

Pernah juga, disebabkan rejim latihan Misbun yang rigid, Chong Wei sampai menangis kepenatan. Tetapi Chong Wei dengan bimbingan Misbun, tidak pernah berputus asa.

Chong Wei pada tahun 2011 pernah kata, "Misbun lebih daripada seorang jurulatih. Beliau umpama ayah saya".

Misbun selepas kemenangan All England 2010 pernah kata, "Chong Wei anak didik paling disiplin saya pernah jumpa. Kalau dia kalah, ia bukan sebab dia tidak berlatih, tapi sebab penat atau kecederaan."

Misbun berketurunan Melayu, Chong Wei berketurunan Cina. Tapi ini tidak menghalang mereka daripada menjadi "the dynamic duo". Tanpa Misbun, siapa Chong Wei. Tanpa Chong Wei, siapa Misbun.

Kita menang sama-sama.
Kita kalah sama-sama.
Kita bangkit semula sama-sama.

Ini semangat perpaduan, ini semangat satu Malaysia.

Well written about this great sportman: DARI KESAKITAN, KERINGAT DAN AIRMATA...

Untuk Datuk Lee Chong Wei sampai ke peringkat ini bukan mudah. Tergolek, terjatuh, tersembam, tertiarap atas gelanggang adalah 'makanannya'. Masuk keluar hospital dah macam 'percutiannya', dihina bila kalah dah jadi 'rutinnya'...malah sampai satu peringkat kena keji, kena kutuk bila gagal ujian doping hingga dikecam bagaikan dirinya tiada lagi maruah.

Sebab itu walau belum menggenggam emas, Chong Wei sebenarnya telah pun mendapat 'emas' untuk dirinya sendiri. Keazaman, semangatnya memang luar biasa...terlalu luar biasa. Walaupun sering kalah dengan Lin Dan, dia sanggup bertahun-tahun berusaha sehingga malam tadi akhirnya Lin Dan terpaksa akur...bukan saja terpaksa akur dengan taktikal permainan Chong Wei, tetapi terpaksa akur dengan kesungguhan sahabat baiknya itu.

Dan jangan terkejut seandainya Chong Wei kalah dalam final nanti, semua kehebatannya malam tadi akan terkubur dan tidak akan dikenang lagi.

Tetapi Chong Wei tetap Chong Wei, kalau dia mahu tunduk pada kebencian dan sikap hipokrit manusia, dia dah lama 'mati' di negara tercinta ini.

Salute untuk Chong Wei, emas yang diburunya itu sebenarnya jauh lebih kecil nilainya berbanding pengorbanannya selama ini.

Ini realiti!

#LCW #leechongwei #dlcw

Friday, August 19, 2016

7 Perangai ‘Annoying’ Anak Kecil Yang Sebenarnya Baik Untuk Mereka

“Tengok, dia buat hal dah… Dahlah tengah orang ramai ni nak meraung-raung pulak. ‘Annoying’ betul… Puas aku cuba tips dan cara atasi anak mengamuk. Tapi dia tak serik-serik. Bilalah dia nak faham agaknya?”
Budak-budak ni memang kreatif, lebih-lebih lagi bab mengusik, mengamuk, dan buat orang rasa ‘annoying’. Bukannya mereka sengaja, tapi itulah salah satu cara mereka bergembira atau menyuarakan kemahuan masing-masing.
Walaubagaimanapun, tahukah anda. Sesetengah perkara yang ‘menyakitkan hati’ ini sebenarnya ada juga manfaatnya tau. Tak percaya?
7 PERANGAI ‘ANNOYING’ ANAK KECIL YANG SEBENARNYA BAIK UNTUK MEREKA1. BUAT SEPAH
Foto Kredit: thevapingmilitia.org
2. ULANG BACA BUKU SAMA
3. ASYIK JAWAB ‘TAK NAK!’
8 Cara Mengatasi Anak Mengamuk
4. SUKA ‘BERKEPIT’
cara atasi anak mengamuk
5. MENGAMUK (TANTRUM)
tanda anak terlalu manja
6. TAK BOLEH DUDUK DIAM
cara atasi anak mengamuk
7. TERHEGEH-HEGEH
anak terlalu manja
CARA ATASI ANAK MENGAMUK & ‘BUAT PERANGAI’ ADALAH DENGAN MENJADI CONTOH TERBAIK
Bila duduk rumah dengan anak, memang susah nak dapat ruang yang kemas dan lapang tanpa permainan mereka di sana sini.
Tahu tak, memang ada sebuah kajian Developmental Science yang membuat kajian terhadap 70 orang anak kecil berumur 3 tahun. Jurnal tersebut melaporkan bahawa anak yang paling banyak buat sepah adalah yang paling cepat mengetahui semua perkataan berkaitan ‘makanan’.
Lepas ini, kita bolehlah biar mereka sepah puas-puas. Nanti suami dah nak dekat balik, barulah kita ajak mereka kemas. Bagus untuk otak mereka tu!
Foto Kredit: thevapingmilitia.org
Jangan ingat mereka bosan apabila meminta kita membaca buku yang sama setiap hari, ya.
Sebenarnya perlakuan ini membantu mereka mudah mengingat, menambah perbendaharaam kata, dan mendorong anak lebih konfiden untuk menyambung cerita.
Ini kerana proses ini membantu anak kecil menjadi selektif untuk mengingat perkara penting dalam sesebuah cerita seperti yang dilaporkan oleh ReadBrightly.
Bagaimana menggalakkan anak membaca
“Nak makan tak?” “Tak nak.”
“Jom kita mandi?” “Tak nak.”
“Nak pakai baju ni tak?” “Tak nak.”
Geram betul kalau anak buat macam ni kan? Dia ingat dia bos ke?
Sabar ya. Sebenarnya apabila anak anda buat begini, ia bermaksud mereka sedang dalam mod ‘independence’. Maksudnya, mereka belajar untuk membuat keputusan dan sedang mengenal apa yang mereka suka atau tidak suka.
Ia juga membantu mereka sedar bahawa kita tidak semestinya ‘bergaduh’ walaupun berbeza pendapat.
Foto Kredit: seethatdad.com
Anak yang suka ‘berkepit’ ini memang merimaskan juga, lebih-lebih lagi kalau tak kena tempat. Pantang tinggal kejap, menangis!
Tetapi, kajian menunjukkan bahawa ibu bapa yang paling cepat ‘melayan’ anak kecil apabila menangis adalah lebih gembira dan lebih berdikari.
Apabila kepercayaan ini kukuh, barulah mereka akan belajar untuk menjadi lebih bijak mengawal emosi.
Foto Kredit: huffingtonpost.com
Hentak kaki, baling barang, atau meraung-raung atas lantai pasaraya, siapa boleh sabar?
Mereka sebenarnya sedang belajar untuk mengenalpasti cara berkomunikasi yang terbaik. Kita pun kenalah tunjukkan contoh dan bertegas.
Yang penting, kita tahu bahawa cara atasi anak mengamuk bukanlah dengan menurut kemahuan mereka sesenangnya apabila mereka menangis. Mungkin akan mendapat mesej bahawa mengamuk adalah cara yang terbaik untuk mendapatkan sesuatu.
Seeloknya, kita bertenang dan bercakap dengan mereka seperti ‘manusia biasa’. Mereka juga akan mengikut cara kita.
Foto Kredit: parents.com
“Jangan lompat-lompat boleh tak?”
“Jalan perlahan-lahan cukuplah, kenapa nak lari?”
Tenaga anak kecil memang luar biasa. Bergerak aktif adalah salah satu cara mereka belajar dan menyihatkan badan.
Dalam sebuah kajian melalui Mayo Clinic, mereka yang tak boleh duduk diam inilah yang paling terselamat daripada masalah obesiti.
(Jangan tak tahu, Astro Awani melaporkan pada tahun 2014, rakyat Malaysia adalah yang paling gemuk di Asia!)
Foto Kredit: huffingtonpost.com
Tension betul kan, kalau anak kita bukan main lambat lagi nak bersiap. Siap dia boleh nak menari-nari lagi sebelum masuk ke kereta?
Sebenarnya, dalam dunia yang serba ‘instant’ ini, bagus juga kalau ada mereka yang bersikap begini.
Ia membantu si anak seorang yang realistik dan fokus pada perkara yang paling berharga – iaitu ‘moment’ tersebut.
Janganlah kita cenderung menyuruhnya cepat, cepat, dan cepat, hingga mereka tiada masa untuk menghargai setiap perkara kecil dalam kehidupan.
Foto Kredit: huffingtonpost.com
Puas nasihat macamana pun, mereka lebih senang memerhatikan gerak-geri anda sebagai ibu bapa.
Sebab itulah, ada perkara yang kita tak nasihatkan pun, mereka masih buat keranaterikut-ikut dengan perangai kita.
Oleh itu, jangan anggap semuanya negatif. Cuba fahami anak dan bercakaplah ‘bahasa’ mereka.
Anak kecil ini sangat kreatif sebenarnya!

"Salah seorang daripada kami tidak pernah mati kerana tidak mempunyai telefon bimbit."

Terjumpa pasal entri ini dalam laman sosial yang dikongsi oleh rakan, cukup berguna untuk panduan mendidik anak di jaman sekarang, kredit kepada tuan punya blog...


1. SOLAT 

Solat adalah perkara yang paling dititikberatkan. Abi pernah sekali memotong wayar televisyen apabila kami lewat mengerjakan solat maghrib kerana leka menonton kartun Doraemon. Ya, Abi juga yang membaikinya tetapi kami tidak lagi menonton televisyen pada waktu maghrib semenjak peristiwa itu. 

Che pula tidak pernah bosan bertanyakan kami tentang solat sebanyak lima kali sehari.

2. WAKTU MENONTON TV TERHAD

Televisyen hanya boleh ditonton apabila sudah solat dan kerja sekolah telah disiapkan. Biasanya kami boleh menonton televisyen selama sejam atau sejam setengah sehari. 

Astro dipasang di rumah kami agak lewat. Apa pun, kami lebih enjoy menonton televisyen beramai-ramai cerita P. Ramlee misalnya. 

Oh ya, televisyen diletakkan di dalam bilik Che dan Abi. Jadi yang tidak selesaikan kerjanya tidak boleh masuk semasa orang lain menonton. Tidak ada juga yang berpeluang curi-curi menonton televisyen pada waktu tengah malam.

3. KOMPUTER

Begitu juga dengan komputer, kami hanya dibenarkan bermain komputer apabila semua kerja telah diselesaikan. Satu kerjas jadual masa untuk kami bermain komputer akan dibuat. 

Setiap orang yang ingin bermula bermain komputer perlu menulis jam berapa dia mula dan apabila selesaj sejam, kertas akan ditanda, menandakan masa untuk hari itu sudah habis. 

4. TIADA KOMIK & GAME

Kami tidak pernah merasa membeli komik seperti Kreko, Doraemon atau yang sewaktu dengannya. Kalau Abi terjumpa komik seperti itu di mana-mana, akan dibuang serta merta. 

PS1, PS2, PS3, PSP? Hanya terjumpa dalam mimpi sahaja. Sedangkan televisyen pun kadang-kadang perlu dipegang aerialnya untuk mendapatkan siaran yang elok ketika Astro belum dipasang. 

Che dan Abi juga cukup tidak suka jika kami pergi ke rumah kawan untuk bermain permainan di atas. 

5. TIADA TELEFON BIMBIT 

Kami tidak diberikan telefon bimbit sehinggalah masuk ke sekolah menengah. Itu pun telefon turun temurun daripada generasi sebelah atas. Telefon yang diberi biasanya kerana kami tinggal di asrama. Itu bagi memudahkan kami menghubungi Che dan Abi di rumah. Bukan telefon mahal, tetapi yang tiada warna jauh sekali yang boleh melayari internet. 

Oh ya, salah seorang daripada kami tidak pernah mati kerana tidak mempunyai telefon bimbit. 

6. HUBUNGAN ADIK BERADIK AKRAB

Hubungan sesama adik beradik amat dijaga. Yang bergaduh akan cepat disuruh berpeluk dan bermaafan. Biasanya kami akan tergelak apabila disuruh berpelukan begitu. Acah-acah gelilah katakan. 

Panggilan abang atau kakak kepada adik beradik yang lebih tua adalah diwajibkan. Kalau hanya panggil nama saha, anda tidak akan dilayan. Malah dari dulu hingga sekarang, kami 8 beradik tidak pernah menggunakan kata ganti nama "aku, kau' sesama kami. 

7. BALIK RUMAH SEBELUM WAKTU 7 MALAM

Kami bebas bermain di luar bermula selepas waktu asar dan wajib berada di rumah sebelum jam 7 malam. Jika balik pada jam 7.01 malam, Che atau Abi akan menunggu di depan pintu dengan rotan. Atau lebih teruk, kami akan duduk di luar sehingga dibenarkan masuk. Biasanya selepas isyak. Oh ya, keesokkannya kami akan grounded. 

Grounded atau denda tidak boleh keluar rumah sehingga dimaklumkan adalah perkataan yang paling ngeri keluar dari mulut Che suatu ketika dahulu. Sesiapa yang rounded hanya mampu melihat adik beradik yang lain keluar bermain dari celahan pagar. 

Taktut akan grounded juga menyebabkan kami banyak berhati-hati untuk tidak membuat kesilapan di dalam kehidupan seharian. 

8. MINTA IZIN SEBELUM KELUAR

Sebelum keluar rumah kami wajib minta izin terlebih dahulu. Tak kiralah nak ke mana-mana. Kami akan ditanya nak pergi ke mana, dengan siapa, apa yang akan dilakukan di sana dan bila akan balik. Jadi dengan cara itu Che dan Abi tahu dengan siapa yang kami berkawan. 

Terbiasa meminta izin sebelum keluar ini kekal sehingga sekarang. 

9. WAJIB IKUT CHE DAN ABI PULANG

Sesiapa saja wajib ikut apabila Che dan Abi pulang ke kampung atau ke rumah saudara mara yang lain. Tak kira sama ada balik raya atau sekadar open house. Hasilnya, kami adik beradik mengenali dengan baik hampir kesemua waris, baik di sebelah Abi atau sebelah Che. 

Nak duduk di rumah juga? Silakan tetapi kad Astro akan dibawa atau disorok. 

10. DIAJAR BERSEDEKAH

Kami diajar untuk memberi sejak dari kecil lagi. Abi tak pernah lupa memberi aku seringgit dua pada setiap hari Jumaat untuk dimasukkan ke dalam tabung. Che dan Abi tidak pernah gagal untuk memberi  kami syiling di pasar malam untuk diberi kepada peminta sedekah. Malah kucing yang datang ke meja makan, kami sekeluarga biasanya akan mendapat rezeki. 

Kucing hanya akan dihalau jika kedua kakinya sudah naik ke atas kerusi. Kakak sulung yang takut dengan makhluk tersebut. 

11. HORMAT

Kami diajar untuk menghormati sesiapa sahaja. Kami diajar untuk berterima kasih kepada pakcik-pakcik yang bekerja mengutip sampah. Menutup hidung apabila nampak mereka adalah satu perbuatan yang tidak sopan.

Penjual karpet atau makcik jual keropok tidak pernah dihalau. Malah sesiapa sahaja yang datang mengetuk pintu rumah biasanya akan disediakan air selepas seharian mereka berpanas mencari rezeki. Tidak kira sama ada yang datang adalah pemotong rumput atau kanak-kanak yang bekerja meletakkan kertas iklan di rumah-rumah. 

Cuma sekarang perlu lebih berhati-hati akibat manusia semakin ramai yang berpura-pura.

12. JAGA SILATURRAHIM SESAMA JIRAN

Abi dan Che sangat menjaga hati jiran. Ada sahaja lauk yang dibungkus ole hChe dan kami akan bergilir-gilir mengetuk pintu rumah memberi kepada jiran-jiran. 

Biasanya juga akan ada orang yang datang ke rumah kami mengadu masalah. Kami akan curi-curi dengar dari sebelah dalam. Che dan Abi akan cuba juga untuk membantu semampu yang mungkin. 

13. TAK DIAJAR HIDUP MEWAH

Abi tidak pernah mengajar kami hidup mewah walaupun Abi boleh dikatakan bergaji besar. Abi boleh saja memilih untuk bertukar-tukar kereta mewah atau membeli rumah idamannya. Tetapi Abi lebih suka menggunakan kereta Proton Satria atau Mercedes lamanya untuk membawa kami berjalan-jalan. Dan kadangkala kami sepuluh anak beranak bergerak menaiki dua kereta kerana tak muat. 

Masa Abi juga banyak dihabiskan dengan anak-anak walaupun Abi sibuk. Jarang atau rasanya tidak pernah Abi keluar melepak di kedai mamak sehingga lewat malam. Selepas solat, biasanya kami sekeluarga akan bersembang. Juga semasa makan. Bahkan jika keluar makan di luar juga kami banyak berkomunikasi. 

Aku tahu, ini mungkin hanya 10% daripada keseluruhan yang Che dan Abi terapkan kepada kami. Tetapi ini adalah antara yang aku ingat dan aku akan cuba untuk terus berkongsi. InshaAllah. 

Aku tidak tahu sama ada ianya masih relvean untuk generasi hari ini tetapi apa yang pasti, inilah didikan yang menjadikan kami 8 adik beradik menjadi manusia berisi. Didikan luar biasaakan menghasilkan generasi yang luar biasa dan begitu juga sebaliknya. - Musa Nuwayri | PIXEL MEDIA

Thursday, August 18, 2016

Cara Turunkan Peratusan Lemak Badan Bawah 10%

Mencari teknik yang sesuai untuk mendapatkan bentuk badan yang mantap? Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut lagi, anda wajib membaca artikel ini sehingga ke penghujungnya.
shutterstock_187584344
Sebelum itu, anda haruslah tahu bahawa diet yang berkualiti adalah pemangkin utama untuk menggugurkan lemak badan. Anda perlu berhenti daripada mengambil makanan tertentu dan mengambil supplement tambahan supaya anda menjadi semakin bertenaga dan mencapai tahap terbaik ketika anda sedang workout.
Menggabungkan seberapa banyak makanan yang padat dengan nutrien (protein tanpa lemak, sayur-sayuran dan buah-buahan rendah gula) dan berhenti daripada mengambil gula tambahan dan makanan yang diproses.
malebodyfat11
Pergerakan juga adalah penting bagi memastikan lemak terbakar dalam kadar maksima. Untukworkouts, anda perlu meningkatkan ‘the level of intense activity’ tetapi dalam masa yang sama pastikan ia tidak keterlaluan.
Disini terdapat 5 teknik yang amat berkesan untuk merealisasikan impian anda.
Sprint Circuit
Sprinter leaving on the running track.
Anda perlu berlari atau berbasikal dalam keadaan pecut selama 30 saat. Latihan ini lebih efektif dilakukan di atas bukit. Mengambil masa selama 3-4 minit berehat kemudian ulang 6-10 kali.

Barbell Complex
580x348-wk31-gs-male-content-usa-august-2
Tetapkan berat yang sewajarnya bagi jumlah maksimum yang mampu anda lakukan dengan betul untuk 8 ulangan setiap teknik. Setiap selang teknik haruslah mengambil masa 60 saat untuk berehat.
8 Deadlift
8 Bent-over Row
8 Push Press
8 Squats
8 Lunges (each leg)

Cycling Sprint
maxresdefault
Pecut basikal dalam tempoh 8 saat dan berehat selama 12 saat setiap selang ulangan. Ulang selama 20 minit.

Hill Workout
Hill-Running
Pecutan dengan jarak yang berbeza. Mulakan dengan mengambil 90 saat untuk tempoh berehat di antara ulangan (90 saat diantara 5×40 meter) dan 2 minit tempoh berehat di antara setiap set (2 minit rehat selepas anda melengkapkan set 5×40 meter). Apabila badan anda sudah mampu bertahan dalam tempoh rehat tersebut, anda haruslah mengurangkan dari 90 saat kepada 60 saat tempoh berehat setiap selang ulangan.
Set yang harus dilakukan:
5×40 meter
4×30 meter
3×30 meter
2×20 meter


“Deadmill Sprint” Workout
maxresdefault1
Meletakkan treadmill pada kedudukan yang sederhana condong atau pun menukarkan mood kepada “Dynamic” atau “off”. Pecut selama 15 saat dan berehat selama 45 saat dan ulang kembali dalam 10-15 kali.
Apabila anda sudah mampu menyesuaikan diri, rendahkan nisbah kepada 1:2 kadar workout dan rehat.

Sumber : https://mesotropin.com/5-teknik-untuk-mendapatkan-badan-yang-mempunyai-lemak-bawah-10/

Santai Azim Aris

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...