“Tengok, dia buat hal dah… Dahlah tengah orang ramai ni nak meraung-raung pulak. ‘Annoying’ betul… Puas aku cuba tips dan cara atasi anak mengamuk. Tapi dia tak serik-serik. Bilalah dia nak faham agaknya?”
Budak-budak ni memang kreatif, lebih-lebih lagi bab mengusik, mengamuk, dan buat orang rasa ‘annoying’. Bukannya mereka sengaja, tapi itulah salah satu cara mereka bergembira atau menyuarakan kemahuan masing-masing.
Walaubagaimanapun, tahukah anda. Sesetengah perkara yang ‘menyakitkan hati’ ini sebenarnya ada juga manfaatnya tau. Tak percaya?
Bila duduk rumah dengan anak, memang susah nak dapat ruang yang kemas dan lapang tanpa permainan mereka di sana sini.
Tahu tak, memang ada sebuah kajian Developmental Science yang membuat kajian terhadap 70 orang anak kecil berumur 3 tahun. Jurnal tersebut melaporkan bahawa anak yang paling banyak buat sepah adalah yang paling cepat mengetahui semua perkataan berkaitan ‘makanan’.
Lepas ini, kita bolehlah biar mereka sepah puas-puas. Nanti suami dah nak dekat balik, barulah kita ajak mereka kemas. Bagus untuk otak mereka tu!
Jangan ingat mereka bosan apabila meminta kita membaca buku yang sama setiap hari, ya.
Sebenarnya perlakuan ini membantu mereka mudah mengingat, menambah perbendaharaam kata, dan mendorong anak lebih konfiden untuk menyambung cerita.
Ini kerana proses ini membantu anak kecil menjadi selektif untuk mengingat perkara penting dalam sesebuah cerita seperti yang dilaporkan oleh ReadBrightly.
“Nak makan tak?” “Tak nak.”
“Jom kita mandi?” “Tak nak.”
“Nak pakai baju ni tak?” “Tak nak.”
Geram betul kalau anak buat macam ni kan? Dia ingat dia bos ke?
Sabar ya. Sebenarnya apabila anak anda buat begini, ia bermaksud mereka sedang dalam mod ‘independence’. Maksudnya, mereka belajar untuk membuat keputusan dan sedang mengenal apa yang mereka suka atau tidak suka.
Ia juga membantu mereka sedar bahawa kita tidak semestinya ‘bergaduh’ walaupun berbeza pendapat.
Anak yang suka ‘berkepit’ ini memang merimaskan juga, lebih-lebih lagi kalau tak kena tempat. Pantang tinggal kejap, menangis!
Tetapi, kajian menunjukkan bahawa ibu bapa yang paling cepat ‘melayan’ anak kecil apabila menangis adalah lebih gembira dan lebih berdikari.
Apabila kepercayaan ini kukuh, barulah mereka akan belajar untuk menjadi lebih bijak mengawal emosi.
Hentak kaki, baling barang, atau meraung-raung atas lantai pasaraya, siapa boleh sabar?
Mereka sebenarnya sedang belajar untuk mengenalpasti cara berkomunikasi yang terbaik. Kita pun kenalah tunjukkan contoh dan bertegas.
Yang penting, kita tahu bahawa cara atasi anak mengamuk bukanlah dengan menurut kemahuan mereka sesenangnya apabila mereka menangis. Mungkin akan mendapat mesej bahawa mengamuk adalah cara yang terbaik untuk mendapatkan sesuatu.
Seeloknya, kita bertenang dan bercakap dengan mereka seperti ‘manusia biasa’. Mereka juga akan mengikut cara kita.
“Jangan lompat-lompat boleh tak?”
“Jalan perlahan-lahan cukuplah, kenapa nak lari?”
Tenaga anak kecil memang luar biasa. Bergerak aktif adalah salah satu cara mereka belajar dan menyihatkan badan.
Dalam sebuah kajian melalui Mayo Clinic, mereka yang tak boleh duduk diam inilah yang paling terselamat daripada masalah obesiti.
(Jangan tak tahu, Astro Awani melaporkan pada tahun 2014, rakyat Malaysia adalah yang paling gemuk di Asia!)
Tension betul kan, kalau anak kita bukan main lambat lagi nak bersiap. Siap dia boleh nak menari-nari lagi sebelum masuk ke kereta?
Sebenarnya, dalam dunia yang serba ‘instant’ ini, bagus juga kalau ada mereka yang bersikap begini.
Ia membantu si anak seorang yang realistik dan fokus pada perkara yang paling berharga – iaitu ‘moment’ tersebut.
Janganlah kita cenderung menyuruhnya cepat, cepat, dan cepat, hingga mereka tiada masa untuk menghargai setiap perkara kecil dalam kehidupan.
Puas nasihat macamana pun, mereka lebih senang memerhatikan gerak-geri anda sebagai ibu bapa.
Sebab itulah, ada perkara yang kita tak nasihatkan pun, mereka masih buat keranaterikut-ikut dengan perangai kita.
Oleh itu, jangan anggap semuanya negatif. Cuba fahami anak dan bercakaplah ‘bahasa’ mereka.
Anak kecil ini sangat kreatif sebenarnya!