Sunday, January 15, 2017

Cara Mudah Supaya Anak Mudah Dengar Cakap

5 Cara Betul Bercakap Dengan Si Kecil Supaya Lebih Dengar Cakap

#HASNITAPaMa.

Bercakap dengan anak kecil bukan boleh sebarangan. Mereka bukan macam orang dewasa atau kanak-kanak yang sudah besar iaitu boleh mendengar cakap dan arahan dengan sekali lalu.

Anda sebagai ibu bapa perlu ada skil yang betul untuk bercakap dengan anak supaya mereka faham dengan apa yang hendak disampaikan.

1. Rendahkan badan

Cara terbaik untuk bercakap dengan anak kecil ialah merendahkan badan kita sama tinggi dengannya. Kalau anda tidak membongkokkan badan ketika bercakap dengan si kecil agak sukar mesej hendak sampai kepada mereka. Secara psikologi apabila badan kita sama paras dengan orang yang diajak bercakap maka mudahlah untuk memberi fokus dan perhatian.

2. Fokus pada mata anak

Pandang mata anak anda apabila bercakap dengannya. Dengan cara ini segala fokus dan perhatian dapat diterima daripadanya. Apa yang anda cakap juga akan terus masuk dalam minda anak. Janganlah anda di dapur dan anak di ruang tamu, tetapi anda terjerit-jerit memberi nasihat. Memang alamatnya masuk teling kanak keluar telinga kirilah. Apatah lagi kalau masa itu anak tengok khusyuk tengok tv.

3. Beri perhatian 100% bila anak bercakap

Kita sendiri tak suka kalau sedang bercakap orang tak bagi perhatian. Sama juga dengan si kecil. Walaupun mereka masih lagi bercakap dalam bahasa yang pelat, jangan sekali-kali buat tak tahu atau tak beri perhatian apabila dia cuba bercakap dengan anda. Walaupun mungkin anda kurang faham bahasanya, cuba untuk memberi perhatian dan respon sebagai galakan kepadanya untuk bercakap dan memberikan pendapat.

4. Jangan tergesa-gesa bila bercakap

Anak kecil bukannya orang dewasa yang sudah matang dan boleh faham apa yang disampaikan dalam masa yang singkat. Elakkan daripada bercakap secara tergesa-gesa dengan si kecil. Mereka mungkin akan kurang faham apa yang ingin disampaikan. Apabila mesej tidak sampai sudah tentulah tiada tindak balas yang akan diberikan.

5. Ajar adab giliran bercakap

Adab ketika bercakap terutama dengan orang yang lebih tua perlu diajar kepada si kecil. Mereka perlu tahu tentang giliran bercakap dengan orang dewasa. Jangan nanti dikatakan kurang ajar sebab menyampuk perbualan orang dewasa.

Banyak perkara yang perlu kita pelajari tentang pendidikan anak-anak apabila bergelar ibu bapa termasuklah cara bercakap dengan mereka. Nampak mudah tetapi sebenarnya ia pembelajaran asas yang mempengaruhi perilaku anak anda juga.

Thursday, January 12, 2017

Kelebihan Derma Darah

Ramai yang percaya menderma darah adalah amalan yang mulia; dapat menolong menyelamatkan nyawa orang lain. Ada yang menderma sebab mereka kenal seseorang yang ada masalah sakit kronik, yang perlukan sumbangan darah dari orang lain. Ada segelintir yang mencubanya hanya untuk mencari pengalaman dan memenuhi rasa ingin tahu.
Tak kiralah apa sahaja sebab-sebab anda menderma darah. Sebenarnya, banyak faedah pada kesihatan yang boleh kita dapat dari usaha kemanusiaan yang tak seberapa ini. Cuba lihat.
Sesuatu yang PER-CU-MA
Teruja bila nampak perkataan percuma? Haa, sebenarnya, seseorang itu hanya boleh menderma kalau dia sihat secara keseluruhannya. Jadi, sebelum proses menderma, akan ada satu siri pemeriksaan kesihatan yang akan dijalankan secara percuma.
Dengan pemeriksaan tersebut, kita boleh tahu kalua-kalau ada yang tak normal dalam tekanan darah atau kolestrol kita. Ataupun, ada sebarang penyakit yang kita tak tahu lagi, kemungkinan penyakit itu masih diperingkat awal. Seperti sedia maklum, rakyat Malaysia sangat ‘prihatin’ dengan kesihatan sendiri; bila dah sakit baru nak jumpa doktor. Sebelum ia bertambah teruk lagi, sekurang-kurangnya kita dapat mengetahui dan merawatnya dengan segera, dan pelbagai lagi masalah kesihatan yang lain boleh dielakkan.
ima Kelebihan Menderma Darah
Selepas itu, darah yang diderma tadi ditapis untuk kenalpasti kalau ada sebarang jangkitan virus, seperti HIV, sifilis, hepatitis dan sebagainya. Pemeriksaan kesihatan berjadual sangat bermanfaat kepada penderma; membantu kita untuk menyemak perkembangan kesihatan kita, terutama sekali jika penderma kerap menderma darah.
Tingkat tahap kesihatan
Sebenarnya, sesiapa yang kerap menderma darah boleh mengurangkan perasaan bimbang mengenai kesihatan. Ujian kesihatan yang tadi dibuat boleh memberitahu mengenai tahap kesihatan kita. Hilangnya perasaan bimbang, boleh melahirkan perasaan positif dan seterusnya membina dan menambahkan keyakinan diri serta kesejahteraan hidup seseorang secara umumnya.
Buang yang kotor, ambil yang jernih
Jangan tak tahu, darah kita akan digantikan dengan sel-sel darah baru yang segar selepas menderma. Ia memaksa badan menggantikan darah yang hilang, membantu badan penderma kekal sihat, berfungsi dengan lebih cekap, dan bekerja dengan lebih produktifnya.
Membakar kalori
Tak disangka-sangka, menderma darah boleh juga mengurangkan kalori si penderma hanya dengan berbaring diatas kerusi. Walaupun ramai yang diberitahu berat badan penderma akan bertambah selepas menderma, itu sama sekali tak benar.
Kajian mendapati menderma darah dapat membakar 650 Kal seseorang dalam satu sesi; membantu penderma mengurangkan berat badan, kekal sihat dan ramping, serta mencegah obesiti. Sekarang, tentu lebih ramai yang ingin menderma darah, bukan?
Tetapi, menderma darah ada hadnya. Penderma hanya boleh menderma sekali dalam dua atau tiga bulan, bergantung kepada status kesihatan, hemoglobin darah dan tahap zat besi seseorang.
Mengurangkan risiko sakit jantung
Walaupun zat besi adalah elemen yang penting untuk memastikan badan berfungsi dengan baik, jika ia berlebihan akan membawa kepada stres oksidatif – penyumbang utama kepada serangan jantung, strok, percepatan proses penuaan serta lain-lain penyakit. Jika seseorang itu menderma darah dengan kerap, ia dapat membantu menyeimbangkan tahap zat besi dalam badan. Mereka yang menderma darah setahun sekali mempunyai risiko 88% lebih rendah mendapatkan serangan jantung berbanding mereka yang tidak menderma.
Mengurangkan risiko kanser
Ramai sebenarnya tak tahu, menderma darah secara konsisten dapat mengurangkan risiko pelbagai jenis kanser seperti kanser paru-paru, kanser hati, kanser kolon, kanser perut dan kanser tekak. Siapa yang tak mahu mengurangkan risiko kanser?
ima Kelebihan Menderma Darah
Oleh itu, jadikanlah aktiviti menderma darah suatu rutin, lebih baik lagi kalau kita dapat mengajak ramai teman-teman dan kaum keluarga untuk sama-sama menderma. Aktiviti yang dilakukan bersama-sama membantu mengeratkan perhubungan, malah menyumbang kepada komuniti bagi menyelamatkan nyawa orang lain, pada masa yang sama memperolehi manfaat kesihatan.

Santai Azim Aris

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...