Cara Mudah Supaya Anak Mudah Dengar Cakap

5 Cara Betul Bercakap Dengan Si Kecil Supaya Lebih Dengar Cakap

#HASNITAPaMa.

Bercakap dengan anak kecil bukan boleh sebarangan. Mereka bukan macam orang dewasa atau kanak-kanak yang sudah besar iaitu boleh mendengar cakap dan arahan dengan sekali lalu.

Anda sebagai ibu bapa perlu ada skil yang betul untuk bercakap dengan anak supaya mereka faham dengan apa yang hendak disampaikan.

1. Rendahkan badan

Cara terbaik untuk bercakap dengan anak kecil ialah merendahkan badan kita sama tinggi dengannya. Kalau anda tidak membongkokkan badan ketika bercakap dengan si kecil agak sukar mesej hendak sampai kepada mereka. Secara psikologi apabila badan kita sama paras dengan orang yang diajak bercakap maka mudahlah untuk memberi fokus dan perhatian.

2. Fokus pada mata anak

Pandang mata anak anda apabila bercakap dengannya. Dengan cara ini segala fokus dan perhatian dapat diterima daripadanya. Apa yang anda cakap juga akan terus masuk dalam minda anak. Janganlah anda di dapur dan anak di ruang tamu, tetapi anda terjerit-jerit memberi nasihat. Memang alamatnya masuk teling kanak keluar telinga kirilah. Apatah lagi kalau masa itu anak tengok khusyuk tengok tv.

3. Beri perhatian 100% bila anak bercakap

Kita sendiri tak suka kalau sedang bercakap orang tak bagi perhatian. Sama juga dengan si kecil. Walaupun mereka masih lagi bercakap dalam bahasa yang pelat, jangan sekali-kali buat tak tahu atau tak beri perhatian apabila dia cuba bercakap dengan anda. Walaupun mungkin anda kurang faham bahasanya, cuba untuk memberi perhatian dan respon sebagai galakan kepadanya untuk bercakap dan memberikan pendapat.

4. Jangan tergesa-gesa bila bercakap

Anak kecil bukannya orang dewasa yang sudah matang dan boleh faham apa yang disampaikan dalam masa yang singkat. Elakkan daripada bercakap secara tergesa-gesa dengan si kecil. Mereka mungkin akan kurang faham apa yang ingin disampaikan. Apabila mesej tidak sampai sudah tentulah tiada tindak balas yang akan diberikan.

5. Ajar adab giliran bercakap

Adab ketika bercakap terutama dengan orang yang lebih tua perlu diajar kepada si kecil. Mereka perlu tahu tentang giliran bercakap dengan orang dewasa. Jangan nanti dikatakan kurang ajar sebab menyampuk perbualan orang dewasa.

Banyak perkara yang perlu kita pelajari tentang pendidikan anak-anak apabila bergelar ibu bapa termasuklah cara bercakap dengan mereka. Nampak mudah tetapi sebenarnya ia pembelajaran asas yang mempengaruhi perilaku anak anda juga.
Azim Aris

Setiap orang ada pendapat tersendiri. Apa pula pendapat anda? Kongsikan artikel ini untuk manfaat serta layari juga blog utama saya : CIKGUZIM

Post a Comment

Previous Post Next Post