Sunday, August 7, 2011

Cara Jadi Usahawan Blog


Blog kini menjadi medium utama dalam pemasaran di internet. Usahawan internet dan produk fizikal sudah mula menyedari kepentingan blog dalam pemasaran online. Usahawan blog mempunyai kaitan dengan pemilik blog itu dan bagaimana ia menjadikan blognya sebagai alat pemasaran.

Saya ingin takrifkan usahawan blog sebagai pengendali blog yang berjaya menarik ramai pelawat datang ke blognya membaca artikel yang bermutu dan berinfomasi. Ia berjaya menarik pelawat yang banyak kerana kemampuannya menulis, secara ilmiah, mampu menyediakan servis yang terbaik kepada pelawat blognya.

Blognya semestinya mempunyai Niche yang menarik, penuh artikel menarik, tajuk post yang mudah dicapai search engine, ciri-ciri seo yang menarik, katakunci yang kena dengan carian pengguna internet, serta themes yang kemas dan cepat loading. Usahawan bllog yang berjaya juga seorang yang rajin, kreatif dan mampu membina blog berkualiti.

Pendapatan Usahawan Blog

Semestinya iklan menjadi punca utama usahawan blog. Iklan boleh melalui adsense, Nuffnang, Iklan Syarikat, Iklan Affiliate, Iklan personal (produk sendiri). Usahawan blog juga tidak akan berjaya dalam sekelip mata, malah ia ambil masa serta perlu komitmen dalam penulisan dan membuat promosi blognya serta meningkat mutu blognya.

Bagaimana menjadi blog anda yang terbaik

  1. Faham dan tahu membina blog sendiri pada domain sendiri, dengan domain sendiri anda akan lebih berkalibar, ada imej, boleh pasang theme wordpress yang sangat power berbanding blogspot.
  2. Mempunyai basic dalam pemasaran internet
  3. Tahu memasang plugin yang mesra search engine
  4. Tahu selok belok kata kunci dan topik yang menarik perhatian
  5. Rajin membaca artikel di majalah, akhbar dan pandai membuat ulasan sendiri
  6. Mempunyai kreadibiliti dalam penulisan

Wednesday, August 3, 2011

Ambil Pil Khayal Ketika Cikgu Mengajar

Jangan kata rokok, dadah pun dah masuk sekolah. Makin menjadi-jadi pulak sekarang nie. Berita menyebut, ketika guru sedang sibuk mengajar, seorang pelajar lelaki dengan selamba mengambil pil khayal di belakang kelas dalam satu kejadian di sebuah sekolah menengah.

Pelajar tingkatan dua itu kantoi apabila guru terbabit dapat mengesan sikap peliknya yang ketika itu sedang khayal dalam kelas itu.

Pelajar itu dipercayai mendapatkan bekalan pil khayal itu daripada beberapa pengedar yang bergiat cergas di bandar ini. Pil khayal difahamkan dijual dengan harga antara RM1 hingga RM2 sebiji sehingga menjadi alternatif kepada golongan muda terutama pelajar sekolah.

Sumber Berita Harian Online

Tuesday, August 2, 2011

Kesan Buruk Jika Selalu Makan Makanan Segera

Makanan segera memang sebati ngan hidup sebagai seorang student. tapi kalau selalu sangat makan makanan segera takut jugak bagi kesan buruk kat badan. macam-macam makanan segera ada kat pasaran. tapi pengguna cuma tahu beli tapi tak tahu apa kesan yang akan diorang dapat kalau selalu sangat makan benda-benda camni. so cikgu pun menggoogle untuk mencari kesan buruk yang berlaku kat badan kalau selalu sangat makan makanan segera. dan jumpa lah artikel kat bawah ni :-

Makanan segera banyak aditif / bahan campuran

Salah satu sebab mengapa makanan segera kurang baik untuk kesihatan ialah kerana kandungan aditifnya yang berlebihan. Aditif adalah bahan kimia yang dicampurkan ke dalam makanan dan ubat-ubatan bagi tujuan meningkatkan kualiti, menambahkan keenakan dan memantapkan kesegaran. Penggunaan aditif sebenarnya bermula sejak ratusan tahun lalu. Aditif yang bertindak sebagai pewarna telah digunakan untuk memberi warna kuning kepada mentega sejak kurun ke-14 lagi.

Contoh lain aditif ialah bahan-bahan campuran yang diberi nama huruf awal "E", seperti E101 (Riboflavin), E123 (Amaranth), E211 (Natrium Benzoate), E249 (Kalium Nitrit), E322 (Lesitin) dan sebagainya. Selain itu, makanan segera ini lazimnya banyak mengandungi perasa seperti monosodium glutamate (MSG). Pada asalnya, bahan ini diasingkan daripada sejenis rumpai laut. Sekarang MSG boleh diperoleh daripada kanji, gula, jagung, tebu atau lobak bit. Kesan sampingan yang sering dikaitkan dengan MSG adalah pelbagai. Tanda-tanda sindrom ini termasuk panas badan di bahagian tengkuk dan belakang tubuh, serta perasaan tertekan di bahagian dada dan muka. Walaupun demikian, kajian saintifik gagal membuktikan bahawa kesemua gangguan-gangguan ini disebabkan secara langsung oleh MSG. Sebaliknya kajian tersebut mendapati kesan sampingan buruk hanya dialami segelintir pengguna yang alah terhadap MSG. Justeru itu MSG tetap dianggap selamat dan sesuai digunakan sebagai aditif makanan.

Lemak Berlebihan

Selain itu, makanan segera sangat terkenal dengan kandungan lemaknya yang berlebihan. Sebagai contoh, sebiji burger mengandungi sebanyak 35% atau mungkin lebih lemak. Manakala, kentang goreng dikatakan lebih baik dari segi khasiat daripada ban yang diperbuat daripada tepung putih halus tetapi ia direndam dalam lemak, biasanya lemak tepu yang menggalakkan penyakit jantung di antara 11 dan 16 g lemak. Bagi keju yang dihiaskan di atas makanan, ia bermakna lebih banyak lemak. Malahan ia bukanlah keju sebenar tetapi cebisan-cebisan keju bercampur garam, gula, pengemuisi, asid laktik, pengawet, pewarna dan bahan penambah lain. Lemak dan garam yang berlebihan pula boleh menyebabkan tekanan darah tinggi dan penyakit-penyakit lain yang berkaitan dengannya.

Tiada Zat

Ramai yang tidak menyedari bahawa makanan segera hanya mengandungi hanya sedikit kalori dan tiada zat. la mampu mengenyangkan perut dan memberi bahan bakar untuk digunakan oleh tubuh. Bagi kanak-kanak, pengambilan kalori kosong sebagai makanan snek boleh menyebabkan kurang selera terhadap makanan lain yang mempunyai khasiat yang banyak dan sangat diperlukan oleh badan. Kanak-kanak perlu dielakkan memakan makanan yang manis seperti kek, gula-gula dan air sirap, air berkarbonat kerana ia tidak mengandungi kalori. Makanan begini hanya mengisi ruang perut mereka sahaja dan ini menyebabkan mereka menolak manakan berkhasiat lain.

Untuk menunjukkan kepada anda kandungan sebenar makanan segera, di sini disenaraikan makanan ringan (snek) yang biasa anda pesan di sesebuah restoran:

Burger daging

Mengandungi 4 gram lemak tulen. la membekalkan protein, zat besi, vitamin B12. Sedikit serat tetapi banyak penambah kimia.

Ayam goreng

Kaya dengan lemak (hampir 60% kalori diperoleh dari lemak). Banyak garam. la membekalkan protein, niasin dan vitamin B6. Bahan yang menyalutkannya mengandungi MSG dan pewarna kimia.

Kentang goreng

Ubi kentang membekalkan protein dan vitamin C. Terlalu banyak lemak dan garam. Warna keemasannya adalah tiruan.

Susu kocak

Susu ini bercampur udara dan air. Proses ini memerlukan bahan pemekat kimia, penstabil dan pengemuisi. la juga mengandungi perisa dan pewarna kimia. Susu membekalkan protein dan kalsium dan lapan sudu teh gula di dalam bekas yang sederhana besarnya.

Minuman berasaskan Kola

Amat kaya dengan gula (bekas besar mengandungi 14 sudu teh gula. Pewarna kimia dan kafein. Nilai makanannya kosong.

Garam

Secara purata seseorang itu memeriukan tidak lebih daripada lima gram atau satu sudu teh sehari. Kebanyakan jumlah ini terdapat di dalam makanan secara semula jadi. Menurut satu kajian oleh Suruhanjaya Makanan London, sebiji burger boleh mengandungi dua hingga tiga gram garam.

Gula

Kebanyakan makanan segera amat manis. Bahan pemanis berkalori rendah aspartam, pernah dilaporkan membawa kesan sampingan mudarat

kepada pengguna. Tetapi pemerhatian berterusan pihak Pentadbiran Makanan dan Dadah Amerika Syarikat selama lebih sepuluh tahun gagal memperoleh bukti kukuh tentang kesan bahaya bahan ini. Demikian juga halnya dengan sesetengah aditif makanan yang dicampurkan ke dalam makanan ringan untuk kanak-kanak dan remaja.

Serat

Serat terkandung di dalam buah-.buahan, sayur-sayuran, bijirin dan kekacang yang memainkan peranan penting di dalam perut. Sesetengah serat melegakan sembelit atau baik dalam penyerapan kolesterol, dengan itu membantu mengurangkan kolesterol di dalam darah. la juga membantu mencegah penyakit jantung dan sesetengah kanser terutamanya usus. Makanan segera begitu banyak diproses dan ia hampir tidak mengandungi serat. Serat tidak terdapat di dalam burger ikan dan ayam. Ban biasanya kurang serat, jika ia berwarna putih dan manis. Hanya ban yang mengandungi kepingan-kepingan salad sahaja yang mengandungi sedikit serat.

Vitamin dan zat galian

Jangan terpedaya dengan dakwaan tentang vitamin dan zat galian di dalam makanan segera. Memang benar bahan-bahan itu terdapat di dalamnya tetapi tidak mencukupi memandangkan sejumlah besar lemak, garam dan kalori anda makan pada masa yang sama. Terdapat sedikit zat besi di dalam burger, kalsium di dalam keju dan susu, vitamin C di dalam kentang goreng. Namun, kandungan semua zat pemakanan ini tidak mencukupi dan terlalu sedikit.

Kesimpulannya, makanan segera bukanlah pilihan makanan yang terbaik kerana kandungannya yang tidak berkhasiat. Sebaliknya, kita semua digalakkan memakan makanan yang segar seperti buah-buahan dan sayur-sayuran yang tidak dimasak lama. Ini lebih menyihatkan dan baik untuk kesihatan manusia dalam jangka masa yang panjang.

Monday, August 1, 2011

Petua Paling Berkesan...

Ahaa di sini cikgu ada beberapa petua bagus untuk diamalkan..



1.Petua untuk pinggang ramping - makan kerengga sehari 3kali selepas makan..

2.Petua untuk pipi gebu - tampal kapas di pipi kiri dan kanan dan atas dan bawah..

3.Petua putihkan gigi - cat dengan warna putih..kalau nak gigi kuning cat la warna kuning..

4.Petua hilangkan jerawat - potong bahagian pipi yang ada jerawat..

5.Petua elakkan rambut gugur - cukur kepala hingga botak licin..

6.Petua atasi tumit pecah - jalan guna tangan..tangan dibawah,kaki diatas..

7.Petua elakkan digigit nyamuk - tidur diwaktu pagi..pukul 8pagi - 12tengahari..

8.Petua turunkan berat badan - jogging 24jam sehari dan 7hari seminggu..

9.Petua tinggikan badan - berdiri atas kerusi ataupon tangga..

10.Petua menghilangkan bau mulut - makan durian banyak`banyak..bau mulut akan digantikan dengan bau durian..

peribahasa : bagai orang tua memberi petua,tapi tak sedar dia dah tua..

Santai Azim Aris

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...