Blog kini menjadi medium utama dalam pemasaran di internet. Usahawan internet dan produk fizikal sudah mula menyedari kepentingan blog dalam pemasaran online. Usahawan blog mempunyai kaitan dengan pemilik blog itu dan bagaimana ia menjadikan blognya sebagai alat pemasaran.
Saya ingin takrifkan usahawan blog sebagai pengendali blog yang berjaya menarik ramai pelawat datang ke blognya membaca artikel yang bermutu dan berinfomasi. Ia berjaya menarik pelawat yang banyak kerana kemampuannya menulis, secara ilmiah, mampu menyediakan servis yang terbaik kepada pelawat blognya.
Blognya semestinya mempunyai Niche yang menarik, penuh artikel menarik, tajuk post yang mudah dicapai search engine, ciri-ciri seo yang menarik, katakunci yang kena dengan carian pengguna internet, serta themes yang kemas dan cepat loading. Usahawan bllog yang berjaya juga seorang yang rajin, kreatif dan mampu membina blog berkualiti.
Pendapatan Usahawan Blog
Semestinya iklan menjadi punca utama usahawan blog. Iklan boleh melalui adsense, Nuffnang, Iklan Syarikat, Iklan Affiliate, Iklan personal (produk sendiri). Usahawan blog juga tidak akan berjaya dalam sekelip mata, malah ia ambil masa serta perlu komitmen dalam penulisan dan membuat promosi blognya serta meningkat mutu blognya.
Bagaimana menjadi blog anda yang terbaik
- Faham dan tahu membina blog sendiri pada domain sendiri, dengan domain sendiri anda akan lebih berkalibar, ada imej, boleh pasang theme wordpress yang sangat power berbanding blogspot.
- Mempunyai basic dalam pemasaran internet
- Tahu memasang plugin yang mesra search engine
- Tahu selok belok kata kunci dan topik yang menarik perhatian
- Rajin membaca artikel di majalah, akhbar dan pandai membuat ulasan sendiri
- Mempunyai kreadibiliti dalam penulisan