Thursday, June 30, 2016

Maut Akibat Airbag Honda

Lihatlah pada keadaan kereta ini. Siapa sangka kereta yang kelihatan begitu minor kerosakkannya boleh menyebabkan kematian?

Kehilangan nyawa dan kehilangan seorang ibu kepada dua orang anak yang masih di bangku sekolah. Yang sulung akan menduduki peperiksaan UPSR tidak alam lagi, menjadikan mereka anak yatim piatu dalam sekelip mata. 

Benar, ajal itu tidak dapat diduga dan tidak menunggu walaupun sesaat. Kami redha dengan pemergiannya. 
Tetapi, Honda Malaysia sepatutnya menjadikan kejadian ini sebagai iktibar agar dapat memperbesarkan kempen penukaran airbag yang dikatakan bermasalah dan kini telah terbukti sehingga menyebabkan kehilangan nyawa. 

Pihak forensik juga telah mengesahkan punca kematian mangsa adalah berpunca dari masalah airbag kereta tersebut. 

Saya petik dari laporan berkaitan faulty airbag ini:
  "Takata-made airbag inflaters can explode with too much force when the airbag deploys in a crash, sending SHRAPNEL SHOOTING into a vehicle's cabin."
Persoalannya sekarang ialah, apakah tindakan Honda yang menunjukkan bahawa pihak mereka mengambil serius aspek keselamatan pengguna Honda di Malaysia? 

Untuk makluman, arwah menerima appointment penukaran airbag selepas hari raya. Adakah ini menunjukkan bahawa Honda Malaysia mengambil serius akan perkara ini? Jika ianya sudah terbukti bermasalah, bukankah pihak Honda perlu bertanggungjawab dan mengambil tindakan segera dan lebih serius demi keselamatan semua pengguna Honda? 

Arwah kakak kami sudah pergi, tanah kuburnya masih basah. Tetapi tolonglah jangan biarkan insiden yang sama berulang lagi. 

Al-fatihah buath Allahyarham Azlin Haron. Mohon sahabat dan kenalan semua mendoakan arwah dan juga anak-anaknya yang masih hidup. 

Kepada pengguna Honda City, Accord, Civic, segeralah ke pusat servis Honda berdekatan untuk jalani pemeriksaan dan penukaran airbag jika perlu. - Roslinya Latip

Terdahulu, Harian Metro melaporkan mangsa yang berusia 44 tahun itu maut selepas kereta yang dipandunya hilang kawalan sebelum bergesel dengan sebuah kereta Mercedes Benz.

Bomba yang tiba di tempat kejadian mendapati mangsa tidak tersepit berikutan keretanya hanya bergesel dalam kemalangan itu.

Petugas perubatan Hospital Sungai Buloh yang tiba di tempat kejadian menjalankan pemeriksaan terhadap mangsa dan mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia.

P/S : Bersyukur aku tak pakai Honda, pakai EX5 ajer.. I love my VIOS

Sumber : http://www.beritapremium.com/2016/06/arwah-kakak-kami-maut-akibat-airbag.html

Wednesday, June 29, 2016

Tanda-Tanda Anak Anda Bakal Jadi Genius




1. Ketika dilahirkan:

Lahir dengan berat yang tinggi.


2. Ketika usia 12 - 24 bulan: 

Boleh memberi respon kepada dua jenis bahasa. Contoh Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.


3. Ketika Usia 3 tahun: 

Mereka lebih tinggi dari rata-rata sebayanya.


4. Ketika Usia 4 tahun: 

Boleh melukis gambar orang.


5. Ketika Usia 5 tahun:

Mula cuba berbohong, cuba membuat helah, adakalanya cuba mengenakan orang yang lebih tua.


6. Ketika Usia 6 tahun:

Mula meminati dan mahu diajar bermain alat muzik.


7. Ketika Usia 7 tahun:

Begitu tinggi minatnya membaca buku.


8. Ketika Usia 8 tahun:

Bermain hingga lewat malam, susah untuk disuruh masuk tidur.


9. Ketika Usia 9 tahun:

Suka atau Senang atau Tiada masalah untuk makan pagi (sarapan).


10. Ketika Usia 10 tahun:

Senang untuk diajak berbual-bual


Kajian Asal di sini: http://bit.ly/1Tu00Bq



Jenis-jenis Gemuk

GEMUK AIR
■Badan mengelambir dan lembik disebabkan oleh kandungan air yang tidak diperlukan berlebihan di dalam badan.
■Badan akan terasa cepat letih mengah apabila melakukan aktiviti harian.


GEMUK ANGIN
■Perut terasa sebu adakalanya sukar untuk membuang angin keluar.
■Mudah mendapat sakit kepala.


GEMUK AIR dan GEMUK ANGIN : Picit bahagian lengan tangan, anda akan merasai lengan tangan mengelambir dan lembik.


GEMUK DAGING
■Badan berasa berat dan pejal.
■Mudah penat apabila melakukan tugas harian.
■Proses penurunan agak lambat berbanding mereka yang gemuk air atau gemuk angin, ini kerana lemak di dalam badan menjadi tepu dan bergumpal bersama daging.
■Proses penurunan melalui perpeluhan dan mengikut pantang yang disarankan.


GEMUK DAGING : Picit bahagian lengan tangan, anda merasa pejal dan padat.
Gemuk air dan gemuk angin mudah untuk turun berat badan. Gemuk daging mengambil sedikit masa untuk turun. Gemuk daging berpunca dari lemak yang berkumpul menjadi tepu dan bergumpal bersama daging.

Tuesday, June 28, 2016

Raya Nanti Elakkan Orang Sekeliling Cium Anak Anda

Disebabkan pelbagai wabak dah ada, raya nanti kalau boleh elakkan orang sekeliling mencium anak anda. Terutamanya di bahagian muka. Geram, geram juga, cium nak bau baby ke apa ke, fikirlah 3-4 kali. Tahap keimunan baby masih lemah. Kalau boleh tak payahlah cium-cium. Cukuplah sekadar dukung main cak-cak sudah.
HIGHLIGHT

1. Terutama kepada yang memakai gincu. Jangan sesekali cium bayi. Bayi ini sangat-sangat sensitif kulitnya.

2. Tak pakai gincu pun tak boleh cium sangat. Ingat!

3. Yang tak sihat, tak perlulah cium mahupun dukung. Kalau boleh, jangan dekat dengan baby. Lambai-lambai saja dari jauh.

4. Salam dengan baby pun takkan tak boleh? Itu kena tanya atau minta izin ibu bapa dia dulu.

5. Paling penting, minta izin. Jangan main cium, gomol terus bagai.

TIPS

1. Elak selepas ini korang buat baju, "No Kiss" untuk bayi korang atau pakaikan bibs "No Kiss!"

2. Tengah dah lama sangat dukung dan gomol-gomol, bolehlah minta izin nak menyusukan anak ke, nak tidurkan anak ke.

3. Terus terang sahaja, "Kulit baby sensitif, jangan cium-cium ye." Yang penting, senyum, jangan muka mencuka bila berkata begitu.

Ibu bapa ini bukanlah kedekut atau poyo sangat tak nak bagi orang gomol-gomol anak dia. Cuma sebagai langkah berjaga-jaga. Terutamanya orang dewasa lebih-lebih lagi yang tidak sihat dan tiada simptom pun. Jadi, susah kita nak mengesan penyakitnya.

Orang lain jangan jeling-jeling atau berkata-kata pula bila ada ibu bapa yang tak bagi gomol anak-anak mereka. Sebab itu anak mereka dan mereka ada hak untuk menegah. Jika anak mereka sakit, mereka yang terpaksa bersengkang mata, bukannya anda.

Hormatilah pilihan mereka dan cara mereka. - Arahaz Naluz

Lapor Free Malaysia Today, wabak demam campak meningkat sebanyak 340% berikutan ramai kanak-kanak yang tidak mendapat imunisasi.

Sebanyak 837 (340%) kes demam campak dilaporkan sehingga minggu pertama bulan ini, berbanding 197 kes untuk tempoh sama tahun 2015.

Majoriti wabak membabitkan rumah persendirian (63.6%), diikuti institusi (28.8%) dan komuniti (7.6%).

Demam campak adalah penyakit cegahan vaksin yang sangat mudah berjangkit melalui udara dan sentuhan langsung kepada titisan cecair pesakit. Gerakan antivaksin juga turut memberi kesan kepada liputan imunisasi sehingga menyebabkan liputan itu boleh menurun sehingga kurang daripada 95%.

Sumber : http://www.beritapremium.com/2016/06/raya-nanti-elakkan-orang-sekeliling.html

Monday, June 27, 2016

Jutawan dan Kita


Fareeda kena kutuk satu Malaysia
Sikit pun tak nangis.😃
Dato' Vida kena gelak sana sini
Sikit pun dia tak heran.😃
Dato Aliff kena cemuh di FB,
tetap makan durian kat KLIA.😅
PM kita kena maki hamun hari hari,
dia tetap naikkan jari 1 Malaysia😂
Ahmad Maslan kena boo,
dia tetap buat lawak untuk rakyat senyum.😅
Kita,
Baru sorang customer maki,
Baru sorang kawan kutuk,
Baru sorang kawan buat kau down,
Baru sorang kawan tekan kau masa tengah sakit,
Dah masuk tandas menangis.
Kental tak kental hati tu
Boleh laaa jadikan kayu ukur
Tebal tak tebal poket kot?
Korang pernah tengok citer DOREMI time Mi gi mintak keje ?
Kebolehan tahan maki. Itulah mesej dia nak sampaikan. Berapa orang yang nak berjaya ada kebolehan tahan maki ? Setakat tahan kentut okay lagi lah.
Orang kutuk ke, maki ke, tahan je janji kau cari makan cara halal. Mulut orang ni kalau boleh, time mati tu pun dia nak bercakap lagi.
Dapat sesuatu?? ‪#‎Motivasi‬
Sumber (Copy Paste): Shakira Sahbudin

Thursday, June 23, 2016

Kucing dan Bulan Ramadhan


Deep...

Cara Tambah Rezeki

Salah satu cara utk tambah rezeki adalah dgn berinfak..ape itu berinfak?
Infak adalah membelanjakan harta ke jalan Allah..yakni bersedekah...
Di bulan yg mulia ni, korbankn sedikit wang utk brsedekah..insyaAllah Allah angkat darjat kite di akhirat kelak..infak juge slah satu cara utk menyucikan dosa2 kite yg lalu..dose yg kite buat sjak dri baligh smpai skrg tidak terkira...niat yg baik di bulan yg penuh rahmat ni,moge Allah menerima amalan kite..

‪#‎tidak‬ ada manusia yg baik tidak melakukan dosa
#tidak ada pendosa yg akan kekal sbgai pendosa

Wallahualam

Wednesday, June 22, 2016

Sebab Kenapa Kita Malas Baca Quran

Fasa Pertengahan Ramadhan

Assalamualaikum semua. Dah masuk fasa kedua Ramadhan dan Nuzul Quran. Tingkatkan amalan jauhkan kelalaian. Dah beli tiket raya lum? Kalau belum pergi la beli....Ape la korang nih.


Saturday, June 18, 2016

Kursus KiDT Dalam Talian Ditangguh

Berita baik buat guru-guru yang sedang pening kepala loading kidt siang malam pagi petang, yang dh isi nak sampai habis kemudian kena buat semula. Boss besar kementerian dah bagi arahan penangguhan..


Moga dengan penangguhan ini kurang la sedikit keluhan dan rintihan guru terutama yang di pedalaman kasihan sungguh..Selamat berpuasa

Santai Azim Aris

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...