Raya Nanti Elakkan Orang Sekeliling Cium Anak Anda

Disebabkan pelbagai wabak dah ada, raya nanti kalau boleh elakkan orang sekeliling mencium anak anda. Terutamanya di bahagian muka. Geram, geram juga, cium nak bau baby ke apa ke, fikirlah 3-4 kali. Tahap keimunan baby masih lemah. Kalau boleh tak payahlah cium-cium. Cukuplah sekadar dukung main cak-cak sudah.
HIGHLIGHT

1. Terutama kepada yang memakai gincu. Jangan sesekali cium bayi. Bayi ini sangat-sangat sensitif kulitnya.

2. Tak pakai gincu pun tak boleh cium sangat. Ingat!

3. Yang tak sihat, tak perlulah cium mahupun dukung. Kalau boleh, jangan dekat dengan baby. Lambai-lambai saja dari jauh.

4. Salam dengan baby pun takkan tak boleh? Itu kena tanya atau minta izin ibu bapa dia dulu.

5. Paling penting, minta izin. Jangan main cium, gomol terus bagai.

TIPS

1. Elak selepas ini korang buat baju, "No Kiss" untuk bayi korang atau pakaikan bibs "No Kiss!"

2. Tengah dah lama sangat dukung dan gomol-gomol, bolehlah minta izin nak menyusukan anak ke, nak tidurkan anak ke.

3. Terus terang sahaja, "Kulit baby sensitif, jangan cium-cium ye." Yang penting, senyum, jangan muka mencuka bila berkata begitu.

Ibu bapa ini bukanlah kedekut atau poyo sangat tak nak bagi orang gomol-gomol anak dia. Cuma sebagai langkah berjaga-jaga. Terutamanya orang dewasa lebih-lebih lagi yang tidak sihat dan tiada simptom pun. Jadi, susah kita nak mengesan penyakitnya.

Orang lain jangan jeling-jeling atau berkata-kata pula bila ada ibu bapa yang tak bagi gomol anak-anak mereka. Sebab itu anak mereka dan mereka ada hak untuk menegah. Jika anak mereka sakit, mereka yang terpaksa bersengkang mata, bukannya anda.

Hormatilah pilihan mereka dan cara mereka. - Arahaz Naluz

Lapor Free Malaysia Today, wabak demam campak meningkat sebanyak 340% berikutan ramai kanak-kanak yang tidak mendapat imunisasi.

Sebanyak 837 (340%) kes demam campak dilaporkan sehingga minggu pertama bulan ini, berbanding 197 kes untuk tempoh sama tahun 2015.

Majoriti wabak membabitkan rumah persendirian (63.6%), diikuti institusi (28.8%) dan komuniti (7.6%).

Demam campak adalah penyakit cegahan vaksin yang sangat mudah berjangkit melalui udara dan sentuhan langsung kepada titisan cecair pesakit. Gerakan antivaksin juga turut memberi kesan kepada liputan imunisasi sehingga menyebabkan liputan itu boleh menurun sehingga kurang daripada 95%.

Sumber : http://www.beritapremium.com/2016/06/raya-nanti-elakkan-orang-sekeliling.html
Azim Aris

Setiap orang ada pendapat tersendiri. Apa pula pendapat anda? Kongsikan artikel ini untuk manfaat serta layari juga blog utama saya : CIKGUZIM

Post a Comment

Previous Post Next Post