Tatacara Pembelian Oleh Sekolah

 PEROLEHAN

Pengurus sekolah dan pegawai yang diberi kuasa bertanggungjawab sepenuhnya terhadap semua perolehan dan perbelanjaan yang dilakukan daripada Kumpulan Wang Sekolah.  Mereka juga hendaklah memahami dan mematuhi peraturan-peraturan yang ada bagi:-

(a)        Menentukan satu system perolehan yang teratur dan sempurna.
(b)        Memastikan pengurusan perbelanjaan dibuat dengan cekap dan
                        Berkesan.
(c)        Memastikan pengurusan perolehan mematuhi kehendak undang-
             undang dan peraturan-peraturan sedia ada.
(d)        Mengelakkan daripada dikenakan tindakan surcaj akibat kecuaian dan kelemahan dalam urusan perolehan

  ASPEK PENTING DALAM PROSES PEROLEHAN

            1.2.1     Perancangan
Perancangan perolehan yang baik  dengan mengambilkira peruntukan yang di perolehi  oleh pihak sekolah akan dapat mengelakkan pembaziran. Sebelum membuat pembelian Pengurus Sekolah dinasihatkan:-

                        (a)        Memastikan baki peruntukan di Buku Tunai adalah mencukupi dengan
                                 mengambil kira tanggungan yang belum dibayar sebelum membuat pesanan.
                        (b)        Menentukan kuantiti yang hendak dibeli dengan mengambilkira keperluan
                                    murid, guru dan kakitangan sekolah berdasarkan perkara berikut:-
                                    (i)         Stok yang masih ada.
                                    (ii)         Kegunaan purata sebulan                                                                                                                                      (iii)        Kekerapan penggunaan
                                    (iv)        Tarikh barangan akan dibekalkan                                                                                                (c)        Pembelian akan memberi faedah kepada sekolah.
                        (d)        Memastikan Jawatankuasa Pengurusan Kewangan dan Akaun memainkan
                                    peranan yang aktif dalam membuat perancangan perolehan sekolah.
                        (e)        Ketua bidang/panitia mata pelajaran perlu membuat permohonan  pembelian
                                    kepada Pengurus Sekolah menggunakan borang Nota Minta uantuk tujuan
                                 kawalan pembelian yang lebih berkesan seperti Lampiran 6-1.
                        (f)         Mematuhi pekeliling pembelian harta modal yang sedang berkuatkuasa:-

                                    (i)         Menggunakan peruntukan LPBT/LPK sekolah
                                                -           Tidak melebihi RM10,000 adalah dibenarkan di peringkat sekolah.
 Amaun melebihi RM10,000 perlu mendapat kelulusan Ketua PTJ.
                                    (ii)         Menggunakan peruntukan PCG
-               Sekolah Menengah- nilai keseluruhan harta modal  yang dibeli tidak melebihi RM10,000 setahun atau 30% daripada jumlah peruntukan keseluruhan PCG matapelajaran dan bukan mata pelajaran(tidak termasuk LPBT/LPK) yang mana lebih rendah.


1.3        PERATURAN PEROLEHAN DAN PEMBELIAN

            Bekalan/perkhidmatan yang terdapat dalam kontrak pusat hendaklah dibeli terus
            daripada pembekal yang disenaraikan dalam kontrak pusat.  Walaubagaimanapun,
            sekolah dibenarkan membeli di luar daripada kontrak Pusat sekiranya jumlah pesanan
            itu adalah tidak mencapai had pesanan minima yang ditetapkan dalam Pekeliling
            Kontrak Perbendaharaan bagi barangan berkenaan.
            Bekalan/perkhidmatan yang tidak disenaraikan dalam kontrak pusat, pembelian
            hendaklah dibuat daripada pembekal yang mengenakan harga yang berpatutan dan
            berkualiti tertakluk kepada nilai bekalan/perkhidmatan tersebut.
           Pengurus sekolah hendaklah mematuhi peraturan yang dinyatakan di bawah ini:-

           (rujuk  Tatacara Pengurusan Kewangan Dan perakaunan Kumpulan Wang
           Sekolah- m/s89-91 )



 Kata kunci: tatacara pembelian pentadbiran sekolah, tatacara pembelian sekolah, cara sekolah membeli, tatacara membeli oleh sekolah


Azim Aris

Setiap orang ada pendapat tersendiri. Apa pula pendapat anda? Kongsikan artikel ini untuk manfaat serta layari juga blog utama saya : CIKGUZIM

Post a Comment

Previous Post Next Post