Friday, February 27, 2015

10 Kerja Yang Sebabkan Stress

Kerja sememangnya sukar dan boleh menyebabkan tekanan. Namun, antara satu kerja dengan satu kerja yang lain ianya mempunyai tekanan yang berbeza. Disini disenaraikan 10 kerja yang paling terdedah kepada tekanan dan boleh menyumbang kepada kemurungan mengikut kajian;
1. Pusat Asuhan Orang Tua /Penjagaan Kanak-kanak
Bidang pengasuhan adalah tertinggi daripada senarai tersebut. Kerja seharian mereka adalah seperti mamberi ubat, menberi makan dan menjaga orang yang terkadang sepertinya tidak dapat menghargaii apa yang telah dilakukan oleh perkerja bidang ini. Ini mungkin kerana mereka terlalu tua, terlalu sakit,terlalu muda atau sememangnya tidak tahu menghargaii. Ia adalah tekanan melihat orang yang sakit dan tidak memahami.

2. Pelayan restoren




Kedudukan hanya dibawah kerja profesional dan mereka adalah orang yang menghantar makanan dan minuman yang telah anda pesan ke meja. Pelayan selalunya mempunyai gaji yang rendah, tetapi kerja yang memenatkan hanya kerana setiap hari pelanggan akan menyuruh melakukan kerja-kerja yang berbeza(tempahan berbeza). Disamping berhadapan perangai pelanggan yang berbeza setiap hari, terkadang ada yang terlalu kasar. Kerja ini dikatakan memerlukan banyak tenaga untuk dilakukan.

3. Pekerja Sosial
Berhadapan dengan masalah-masalah sosial seperti penderaan dan krisis keluarga ditambah pula dengan karenah birokrasi antara agensi, tidak dinafikan mereka antara pekerja yang mempunyai risiko berhadapan tekanan. Kerana kerja mereka yang berhadapan dengan mangsa yang amat memerlukan, tidak dapat disangkal mereka terpaksa berkorban banyak semata-mata menyelamatkan atau menolong mangsa.

4. Sektor Kesihatan
Termasuk doktor,jururawat mahupun pakar dalam bidang kesihatan. Dengan kerja yang tidak mempunyai masa yang tetap dan nyawa orang sepertinya berada didalam tangan mereka. Tekanan harapan daripada keluarga atau saudara mara pesakit yang boleh dikira sebagai melampaui batas. Setiap hari kerjaya ini akan melihat orang sakit, trauma dan kematian, berhadapan dengan orang ramai yang menaruh harapan. Ini boleh menyebabkan mereka melihat dunia sebagai tempat yang penuh dengan kesedihan secara keseluruhan!

5. Artis, Penghibur dan Penulis
Kerja yang mempunyai gaji yang agak tidak menentu, masa yang tidak terjadual dan terkadang seperti terbiar dan tidak langsung diketahui terutamanya penulis. Pekerja yang kreatif dalam bidang ini dikatakan mempunyai risiko menghadapi kecelaruan Perasaan"Mood Disorder" kerana terlalu memikirkan bahan yang akan sampai kepada penonton, pembaca mereka. Berblog macam mana pulak?

6. Guru



Cabaran dalam bidang ini sepertinya semakin hari semakin meningkat! Kerja di sekolah boleh bersambung sebagai kerja di rumah. Banyak tekanan dari perbagai pihak untuk kerjaya ini. Antaranya murid-murid, ibu-bapa dan sekolah itu sendiri(pencapaian sekolah), semuanya mempunyai misi yang berbeza yang harus digalas oleh Guru.

7. Pekerja Pembantu Pentadbiran
Mereka selalu ditempatkan dibarisan hadapan, mengambil arahan dari pihak luar.Mereka juga dikatakan berada dalam barisan belakang organisasi kerana menerima setiap kerja dari pihak atasan. Mereka mungkin mempunyai hari yang tidak dijangkakan, dan mungkin juga tidak dihargai atas kerja-kerja yang memudahkan kerja orang lain.

8. Pekerja Penyelenggaraan
Kerja yang bergantung kepada panggilan telefon atau tawaran orang lain. Panggilan untuk mendapatkan khidmat membaikpulih. Kerja yang juga mempunyai gaji yang tidak tetap, tidak juga peduli siang dan malam. Kerja untuk membaiki kerosakan yang dilakukan oleh orang lain dengan hanya menerima gaji yang agak rendah. Terkadang kerja penyelenggaraan juga terlibat dalam keadaan yang merbahaya.

9. Penasihat Kewangan dan Akauntan
Pernah kehilangan wang keluarga atau rakan-rakan yang berada dalam pegangan anda? Bayangkan anda kehilangan wang yang berjuta bilion wang yang diamanahkan kepada anda? Apa perasaan anda sekarang? Tanggungjawab untuk menjaga keluar masuk wang adalah antara kerja yang mempunyai risiko yang tinggi dan boleh menyebabkan tekanan. Wang juga boleh diklasifikasikan sebagai kes sensitif untuk sesetengah orang.

10. Jurujual
Gaji kebanyakan berdasarkan komisen jualan dengan kata lain, anda tidak mungkin mengetahui apakah gaji yang akan diterima pada hujung bulan. Kerja ini memerlukan mereka untuk pergi dari satu tempat ke tempat yang lain untuk meningkatkan hasil jualan. Jauh dari rumah, keluarga dan rakan-rakan. Kerja dengan pendapatan yang tidak tentu, masa yang panjang, orang yang berbeza dan sasaran hasil jualan yang tinggi. Kerja yang amat memenatkan dengan faktor tekanan yang amat tinggi.

Friday, February 13, 2015

Hebatnya Tok Guru Nik Aziz Menjaga Amanahnya...

📒Semasa Lutfi Othman.. Pengarang Majalah Detik ketika itu ingjn mewawancara.. Tok Guru sign dokumen seakan melayangkan pen sahaja.. Lutfi berseloroh.."Tekan kuat sikit mata pen tu tok guru baru clear.." Sambil tersenyum tok guru membalas,"Ambo guno pen pejabat..Hok rakyat.. Tekan kuat takut membazir.. Kito tok buleh wat mudoh harto rakyat nih".. Dakwat pen pun jd perhitungan untung rugi...itulah Tok Guru Nik Aziz..
📒Husam Musa bekas s.u politik tok guru pernah bercerita.. Setiap kali tidur di hotel sama tok guru, tok guru tidur atas lantai dgn alas sejadah dan membiarkan katilnya kosong.. Husam berkata, "Tido atah katil Tok Guru, sejuk tubuh tu.." Tok Guru membalas, "Tido atas katil...tempat sedap..takut jenegho tok bgn tahajud..tido atas lata..tempat tok seleso..mudoh sedar nak buat tahajud".. Begitu sekali beliau merancang ibadatnya..
📒"Cuba beritahu saya mana satu yg Nik Aziz punya.. Harta saya malah tubuh saya hak Allah.. Saya pinjam jah.. Jd kita ni jgn sombong sgt dgn brg pinjam.. Kita atas muka bumi jgn bermewah sgt, Nok senang sentiasa.. Belajar hidup susah.. Takut kita dlm kubur terkejut bila mari susah (bergurau).. Jd berlatih susah dulu atas muka bumi ni.. (TG Nik Aziz, Majalah Tamadun)
Allahuakbrrrr..hebatnya almarhum TGNA dalam menjaga amalan seharian..


Syurgalah pasti tempatnya..

Thursday, February 12, 2015

Datuk Nik Aziz Nik Mat Meninggal Dunia Di Malam Jumaat


Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat meninggal dunia kira-kira jam 9.45 malam tadi. Bekas Menteri Besar Kelantan menghembuskan nafas terakhir kira-kira satu jam sebaik tiba di rumahnya, selepas keluar daripada Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM).


Sumber : Bharian Online


Saya : Orang terpilih meninggal pada malam/hari Jumaat. Semoga beliau tenang di sana. Tokoh Islam yang terbilang. Al-Fatihah






Dengan izin Allah, para malaikat datang menyempurnakan tugas mengiringi ruh Tuan Guru Nik Aziz menuju penciptanya pada malam Jumaat yang agung ini.
Satu kehilangan yg besar.Hampir semua group whassapp,telegram brrtubi menghantar perkhabaran duka ini.Ini tanda ramainya yg syg n kasih kan beliau.
Moga Tuan Guru ditempatkan dlm kalangan para syuhada'.Amin ..
Al Fatihah

Wednesday, February 11, 2015

Presiden Zimbabwe Terjatuh, Pegawai Pula Kena Gantung Tugas

Antara aksi Mugabe ketika terjatuh - Foto sumber AP

HARARE - ZIMBABWE. Seramai 27 pengawai pengiring digantung tugas kerana gagal menyelamatkan Presiden Zimbabwe, Robert Mugabe daripada terjatuh.

Menurut Dailymail UK, kejadian berkenaan menyebabkan beberapa gambar Mugabe terjatuh dijadikan bahan jenaka di internet.

Foto-foto tersebut yang telah diubah dan ditambah dengan elemen-elemen jenaka tersebar di dunia maya, dikenali sebagai 'meme' dan disertai oleh hashtag #MugabeFalls.

Sementara itu, portal berita Zimbabwe, The Standard melaporkan, kejadian tersebut membuktikan pengawal 'tidur', tidak memahami asas pengawalan dan gagal berada tiga kaki dari kedudukan Presiden.


Sumber : Sinar Harian Online

P/S : Jatuh bangun lah sendiri, jangan salahkan orang lain..

Monday, February 2, 2015

Jackie Chan Dapat Anugerah Datuk Di Malaysia

Jackie Chan datang ke Malaysia lagi, bukan buat filem lagi tapi untuk menerima anugerah Datuk. Siap pakai songkok lagi. Macam apek Cina tokey kedai ubat.Hahaha.



Ustaz Kazim Elias selfie bersama Datuk Jackic Chan

P/S : Masih teringat cerita Police Story 3 yang buat pembikinan kat Malaysia 1992/1993. Lakonan aksi babak ngeri yang paling berani dalam sejarah perfileman.

Santai Azim Aris

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...