Friday, November 30, 2012

Jom Lawat Rumah Dato' Siti Nurhaliza

Kamu orang mane? Pahang ye? laa dekat la dengan Siti Nurhaliza ye?? Macam tu la kenyataan orang bila bertanya saya dari mana, tapi saya ni duk kat Temerloh. Kuala Lipis kampung Siti tu jauh gak la dengan Temerloh ni, mane pernah tengok lagi rumah die jadi post ni saya nak ajak terjah rumah-rumah beliau.

Siti Nurhaliza rupa-rupanya ada 4 buah rumah kesemuanya, banyakkan. Tapi tak kisah la kan. Orang banyak duit, boleh beli banyak rumah. Jom kita tengok antara rumah Dato' Siti Nurhaliza.

 Yang ni dekat Kuala Lipis.rumah mak Dato' Siti

 Yang ni dekat Cameron Highlands


 Yang ni dekat Cheras



 Yang ni dekat Bukit Antarabangsa 

18SG - Ajaran Sesat Membunuh dan Memakan Daging Manusia??

Ketika menyaksikan gambar ini, saya berharap bahawa semua ini adalah bukan gambar nyata dan hanya gambar kejuruteraan atau hoax saja. Kerana jika gambar-gambar ini benar dan memang sebuah kenyataan bererti manusia sedang menghadapi tragedi yang sangat memilukan, dimana manusia menyembelih, menguliti dan memasak daging manusia seperti melakukannya terhadap binatang dan selepas itu mereka memakannya bersama-sama dalam suasana pesta.

Dari sumber yang saya baca, bahawa kejadian ini berlaku di Thailand. Sumber tersebut menyatakan bahawa ini adalah sebuah ritual sesat pemuja Iblis yang berlaku di negara tersebut

Sila pembaca menilainya sendiri, namun kalau dilihat dari detail gambar-gambar yang ada terlihat bahawa gambar-gambar ini adalah gambar yang sangat realistik, susah bagi orang untuk merekayasa gambar hingga jadi gambar seperti ini. Sila anda menilainya sendiri dan simpulkan sesuai yang anda fahami tentang fotografi. Jika para Pembaca ada yang mempunyai maklumat tentang gambar ini sila tuliskan di ruangan komentar dari posting ini.

























Beza Nilai RM50 Dulu & Sekarang..

Barang makin naik,  RM50 sekarang dah macam RM5 je, true story...

Thursday, November 29, 2012

Jadual Pembayaran Gaji Penjawat Awam 2013


Untuk penjawat-penjawat awam di luar sana tu, jadual pembayaran gaji kepada semua kakitangan awam bagi tahun 2013 telah pun dikeluarkan. Huhu. Fresh lagi ni tau!;) Saya share di sini untuk makluman anda. So far, ni comfirm but if ada pertukaran atau pindaan akan dimaklumkan kemudian. 

Keputusan Malaysia vs Laos 28 November 2012 - Piala AFF Suzuki 2012


Keputusan Malaysia vs Laos 28 November 2012 - Piala AFF Suzuki 2012

Keputusan Malaysia vs Laos 28 November 2012 - Piala AFF Suzuki 2012 | Berikut merupakan keputusan terkini/penuh perlawanan Malaysia vs Laos Piala AFF Suzuki 28 November 2012. Perlawanan ini akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada jam 8.45 malam.

Keputusan perlawanan akan dikemaskini secara livescore sehingga tiupan akhir wisel permainan.

Live Streaming Malaysia vs Laos

KEPUTUSAN MALAYSIA vs LAOS 28 NOVEMBER 2012
MALAYSIA
 FT
LAOS
4
VS
1
Goal By:
- Safiq 15'
- Safee Sali 66'
- Wan Zack Haikal 75'
- Muhymeen 79'
Goal By:
- Khone 38'


Perlawanan antara Indonesia vs Singapura sudah pun berakhir, di mana Indonesia berjaya menundukkan Singapura dengan jaringan 1-0. Malaysia wajib menang perlawanan ini untuk membuka peluang ke pusingan seterusnya.

Keputusan Piala AFF Suzuki 28 November 2012
Perlawanan Kedua
Indonesia
1
VS
0
Singapura
- | HT | Andik Vermansah 88' (INA) | FT
Malaysia
4
VS
1
Laos
Safiq 15' (MAS) | Khone 38' (LAO) | HT | Safee Sali  66' (MAS) | Zack 75' (MAS) | Muhymeen 79' (MAS) | FT

Wednesday, November 28, 2012

Harimau Sembelih Laos 4-1


Logo Piala AFF
.
Keputusan Malaysia menentang Laos.

SKUAD Kebangsaan mempamerkan kehebatan luar biasa apabila  menundukkan Loas 4-1 dalam perlawanan kedua Piala AFF Suzuki di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam ini.

Dengan meraih kutipan tiga mata, harapan anak buah Datuk K.Rajagobal untuk menempah tiket ke separuh akhir Piala AFF Suzuki kembali terbuka.

Harimau Malaya yang dikritik kerana persembahan hambar pada saingan pertama bagaimanapun mempamerkan aksi garang sebaik sahaja perlawanan bermula.

Pada minit ke-11,  Safee Sali hampir membuka tirai jaringan, namun sepakan beliau tersasar ke kanan gol.

Selang minit kemudian,  gerakan cantik Kunanlan Subramaniam dari kiri ke kotak penalti dan membuat hantaran kepada Safee terus gagal membolosi gawang Laos.

Penantian gol Malaysia akhirnya tertunai apabila  sepakan percuma yang diberi kepada Harimau Malaya  di kotak penalti berjaya dilakukan baik oleh Safiq Rahim pada minit ke-15 untuk mendahului di depan.

Susulan gol pertama, Malaysia nyata bersemangat dan gerakan menarik Mat Yo yang membawa bola ke dalam kotak penalti untuk membuat hantaran kepada Safee,  sekali lagi gagal apabila percubaan penyerang pelita jaya itu tidak menepati sasaran.

Selepas itu, peluang baik Malaysia untuk menjarakkan kedudukan pada minit ke-29 menerusi  Mat Yo tidak berhasil apabila sepakannya dari kanan tersasar

Malaysia terus mengasak, Safee sekali lagi membuat rembatan dari luar kotak penalti tetapi masih tidak berjaya.

Kealpaan benteng pertahanan Malaysia akhirnya mengundang padah apabila jaringan Khonesavanh Sihavong menyamakan kedudukan pada minit ke-39.

Sepuluh  minit separuh masa kedua, Mat Yo hampir memberikan gol kedua buat Harimau Malaya, begitu pun  pengerakan cantik Mat Yo tepat kepada penjaga gol Laos.

Selepas itu, hantaran Mahali  kepada Safee dari sudut kanan terus tidak berhasil apabila  tandukan Safee tidak menepati sasaran.

Safee akhirnya berjaya menembusi gawang gol Laos hasil hantaran Wan Zack Haikal dari kanan sekali gus selesa mendahului 2-1.

Susulan itu, Malaysia terus ghairah menambah jaringan apabila Wan Zack Haikal meledakkan gol ketiga buat tuan rumah.

Pelawat bagaimanapun masih tidak berputus asa dan terus membuat percubaan bagi mendapatkan gol, begitu pun gagal membolosi gawang lawan.

Anak buah Rajagobal menutup tirai perlawanan dengan gol keempat menerusi Mohd Khyril Muhymeen pada babak terakhir perlawanan.
Sumber : sinarharian.com.my

Piala AFF Suzuki 2012 Malaysia Kalahkan Laos 4-1

Harimau sembelih Laos 4-1. Tamat sudah perjalanan episod ke 2 bagi pasukan Malaysia. Episod seterusnya bakal menanti. Ayuh kita tutup episod duka lalu.

Menjadi juara itu mudah namun mempertahankan kejuaraan itu memang susah. Setelah Dato' K Rajagobal ditembak dari segala penjuru kiri kanan atas bawah selepas kalah dengan Singapura 0-3, pasukan Malaysia akhirnya berjaya menebus kekalahan tersebut dengan menang bergaya menewaskan Laos 4-1 sebentar tadi.


AKSI pemain Malaysia, Khyril Muhymeen Zambri (tengah) ketika menjaringkan gol keempat pada perlawanan Piala Suzuki AFF 2012 menentang Laos di Stadium Nasional Bukit Jalil, sebentar tadi. Keputusan penuh Malaysia 4, Laos 1. - Foto AFP


Gol pertama dijaringkan oleh Syafiq Rahim melalui tendangan percuma yang bergaya, diikuti Safee Sali, Khyril Muhymeen dan Wan Zack Haiqal. Safee banyak mensia-sia peluang sekitar 7-8 cubaan cantik. Matyo kurang yakin membuat jaringan dan Wan Zack terbaik mlm ni. 

Perlawanan lebih 60% dikuasai oleh Malaysia dan diharapkan prestasi ini berterusan. Teruskan sokongan anda. Jangan hanya menang dipuji, kalah dikeji. Teringat lagi mase perlawanan tadi ade banner penonton tertulis:

 'SEBURUK-BURUK HARIMAU MALAYA, ORANG KITA JUGA'

Teruskan sokongan, syabas harimau malaya!

Rajagobal Ganti Apex Jadi Penjaga Gol

Khabarnya Apex dah merajuk dengan Rajagobal dan Dato' Rajagobal akan bertindak sendiri menjadi penjaga gol untuk perlawanan seterusnye. Wakakakak kerja sape la ni hahaha.

Rajagobal Masih Diberi Kepercayaan


K Rajagobal
K Rajagobal
TETAP menaruh kepercayaan terhadap kredibiliti Datuk K Rajagobal, bekas pemain kebangsaan, Hassan Sani beranggapan sejarah Piala AFF Suzuki 2010 tidak mustahil akan berulang.

Sedar banyak mata kini hanya tertumpu kepada kekurangan yang ada pada jentera pasukan Harimau Malaya itu, Hassan bagaimanapun tetap positif dan menyifatkan situasi tersebut sebagai adat perlawanan.

"Dalam saingan mesti ada kalah dan menang. Lagipun, adatlah bagi peminat, sekiranya menang kita akan dipuji, sekiranya kalah, kita akan dimaki.

“Bagi saya, skuad Harimau Malaya lambat panas, mungkin perlawanan kedua nanti mereka akan mengaum.
“Kita lihat pada 2010, Malaysia kalah 1-5 kepada Indonesia, kemudian kita seri dengan Thailand dan nasib membantu kita layak ke separuh akhir selepas Indonesia menang ke atas Thailand, jadi tidak mustahil sejarah akan berulang. Sama-sama kita lihat dan berdoa untuk negara,” katanya.
Turut enggan meletakkan kesilapan tewas 0-3 ke atas Singapura, Ahad lalu kepada Rajagobal, Hassan yang yakin jurulatih berusia 54 tahun itu mempunyai strategi tersendiri untuk mengharungi dugaan tersebut berkata: "Bukan salah Rajagobal, beliau sudah melakukan yang terbaik demi negara. Apa-apa pun, kita harus memberi semangat kepada mereka dan percaya mereka akan bangkit nanti."

Pakar Gali Ambil Sampel Mayat Arafat


  • Foto
    Wartawan tempatan dan antarabangsa berhimpun beberapa meter dari makam Arafat (gambar kecil) yang digali semula di Muqataa, Ramallah Tebing Barat, semalam. - AFP
  • Foto
    Mufti Baitulmaqdis, Mohammed Hussein (berserban) meninggalkan Makam Arafat selepas sampel mayat beliau diambil, semalam. - AFP
Siasat sama ada bekas pemimpin Palestin dibunuh guna radioaktif

Ramallah: Pakar forensik mengambil sampel dari mayat pemimpin Palestin, Yasser Arafat yang dikebumikan di Tebing Barat semalam dalam usaha menyiasat sama ada bekas pemimpin Palestin itu dibunuh ejen Israel menggunakan bahan radioaktif beracun, Polonium yang sukar dikesan.
Penduduk Palestin menyaksikan pengebumian wira yang juga pemimpin mereka lapan tahun lalu tetapi teori konspirasi tidak pernah berakhir selepas kematiannya. 

Pihak berkuasa berkata mayat Yasser Arafat dikebumikan semula, beberapa jam selepas digali sebagai sebahagian siasatan kematian beliau.

Analisis pakaian 

“Sampel akan diambil berdasarkan protokol ketat dan ia kemudian akan dianalisis,” kata jurucakap Hospital Universiti Lausanne di Switzerland, Darcy Christen yang menjalankan ujian awal terhadap pakaian Arafat.

“Dalam usaha untuk melakukan analisis, memeriksa, melakukan pemeriksaan sekali lagi, ia akan mengambil masa beberapa bulan dan saya tidak fikir kita akan mengetahui sebarang keputusannya sebelum Mac atau April tahun depan,” katanya. 
Majistret Perancis membuka siasatan membabitkan kematian Arafat pada Ogos di Paris selepas sebuah institut Swiss berkata mereka menemui radioaktif polonium tahap tinggi pada pakaian bekas pemimpin itu yang diberikan balunya, Suha.

Meninggal dunia

Arafat, yang mengetuai Palestin dalam usaha untuk mendapatkan sebuah negara melalui perang selama beberapa tahun dan rundingan damai, mati di Paris ketika berusia 75 pada 2004 selepas menghidap sakit misteri.

Tiada bedah siasat dijalankan ketika itu atas permintaan Suha dan doktor Perancis yang merawatnya juga berkata mereka gagal untuk menentukan punca kematiannya.

Bagaimanapun dakwaan kemungkinan perbuatan khianat muncul dengan penduduk tempatan menyalahkan Israel yang mengepung ibu pejabat Arafat di Tebing Barat di Ramallah selama dua setengah tahun terakhir kehidupan beliau selepas tercetusnya kebangkitan Palestin. - REUTERS

Laos Kata Nak Sembelih Harimau


 Rajagobal (kiri) bersalam dengan  Kimura pada sidang media di Hotel Palace of Golden Horses semalam. Malaysia bertemu Laos di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini.Rajagobal (kiri) bersalam dengan Kimura pada sidang media di Hotel Palace of Golden Horses semalam. Malaysia bertemu Laos di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini.
Pasti Malaysia tertekan selepas tewas kepada Singapura: Kimura

Kuala Lumpur: Laos berselera besar mahu menewaskan Malaysia pada perlawanan kedua, Kumpulan B Piala Suzuki AFF di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam ini. 
Selepas hampir memalukan Indonesia pada perlawanan pertama Ahad lalu yang berakhir dengan keputusan seri 2-2, pengendali Laos, Kokichi Kimura yakin anak buahnya mampu beraksi lebih baik menentang tuan rumah yang juga juara bertahan. 

Saya pasti Malaysia akan bermain 100 peratus, tetapi kami akan bermain 110 peratus" - Kokichi Kimura, Jurulatih Laos
“Saya pasti Malaysia yang tertekan selepas tewas kepada Singapura akan bangkit memburu kemenangan, tetapi kami sudah bersedia,” kata Kimura pada sidang media, semalam.

Aksi 110 peratus

“Malaysia dan Indonesia tidak banyak beza, saya mungkin akan melakukan sedikit perubahan taktikal untuk perlawanan ini.

“Saya pasti Malaysia akan bermain 100 peratus, tetapi kami akan bermain 110 peratus. Saya harap ia bakal menjadi permainan menarik dan kemenangan berpihak kepada kami,” katanya. 
Laos yang menduduki ranking ke-179 dunia melakukan kejutan pada perlawanan sulung kempen kali ini apabila dua kali mendahului Indonesia menerusi permainan pantas dan tersusun.

Kimura yang mula mengendali skuad Laos sejak Julai lalu mempertaruhkan barisan pemain muda pada kejohanan kali ini dan selepas aksi pertama Kumpulan B, kehadiran pasukan kerdil Asia Tenggara itu tidak lagi boleh dilabel sebagai pasukan belasahan.

Santai Azim Aris

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...