Pakar Gali Ambil Sampel Mayat Arafat


  • Foto
    Wartawan tempatan dan antarabangsa berhimpun beberapa meter dari makam Arafat (gambar kecil) yang digali semula di Muqataa, Ramallah Tebing Barat, semalam. - AFP
  • Foto
    Mufti Baitulmaqdis, Mohammed Hussein (berserban) meninggalkan Makam Arafat selepas sampel mayat beliau diambil, semalam. - AFP
Siasat sama ada bekas pemimpin Palestin dibunuh guna radioaktif

Ramallah: Pakar forensik mengambil sampel dari mayat pemimpin Palestin, Yasser Arafat yang dikebumikan di Tebing Barat semalam dalam usaha menyiasat sama ada bekas pemimpin Palestin itu dibunuh ejen Israel menggunakan bahan radioaktif beracun, Polonium yang sukar dikesan.
Penduduk Palestin menyaksikan pengebumian wira yang juga pemimpin mereka lapan tahun lalu tetapi teori konspirasi tidak pernah berakhir selepas kematiannya. 

Pihak berkuasa berkata mayat Yasser Arafat dikebumikan semula, beberapa jam selepas digali sebagai sebahagian siasatan kematian beliau.

Analisis pakaian 

“Sampel akan diambil berdasarkan protokol ketat dan ia kemudian akan dianalisis,” kata jurucakap Hospital Universiti Lausanne di Switzerland, Darcy Christen yang menjalankan ujian awal terhadap pakaian Arafat.

“Dalam usaha untuk melakukan analisis, memeriksa, melakukan pemeriksaan sekali lagi, ia akan mengambil masa beberapa bulan dan saya tidak fikir kita akan mengetahui sebarang keputusannya sebelum Mac atau April tahun depan,” katanya. 
Majistret Perancis membuka siasatan membabitkan kematian Arafat pada Ogos di Paris selepas sebuah institut Swiss berkata mereka menemui radioaktif polonium tahap tinggi pada pakaian bekas pemimpin itu yang diberikan balunya, Suha.

Meninggal dunia

Arafat, yang mengetuai Palestin dalam usaha untuk mendapatkan sebuah negara melalui perang selama beberapa tahun dan rundingan damai, mati di Paris ketika berusia 75 pada 2004 selepas menghidap sakit misteri.

Tiada bedah siasat dijalankan ketika itu atas permintaan Suha dan doktor Perancis yang merawatnya juga berkata mereka gagal untuk menentukan punca kematiannya.

Bagaimanapun dakwaan kemungkinan perbuatan khianat muncul dengan penduduk tempatan menyalahkan Israel yang mengepung ibu pejabat Arafat di Tebing Barat di Ramallah selama dua setengah tahun terakhir kehidupan beliau selepas tercetusnya kebangkitan Palestin. - REUTERS
Azim Aris

Setiap orang ada pendapat tersendiri. Apa pula pendapat anda? Kongsikan artikel ini untuk manfaat serta layari juga blog utama saya : CIKGUZIM

Post a Comment

Previous Post Next Post