Saturday, October 12, 2013

Cara Tukar Tayar Kereta


Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

Jack untuk mengangkat kereta
Pemutar jack untuk mengangkat kereta sehingga sebati
Spanar untuk melonggarkan nuts sehingga cukup rasa
Tayar spare 



1) Mula-mula buka bonet kereta, dan cari alatan untuk menukar tayar seperti "jack", dan pemutar skru. Biasanya terletak di bawah karpet bonet belakang kereta, bersama dengan tayar spare. Dan juga park kereta anda di permukaan yang tegap macam jalan tar ke, simen, so time naikkan kereta nanti taklah terbenam. 


2) Buka penutup rim jika ada. Longgarkan penutup rim dengan mengumpil menggunakan skru driver, lakukan dengan berhati-hati bagi mengelakan kerosakan pada rim. Atau jika anda gagah, guna tangan pun boleh


3) Longgarkan "nuts" pada rim menggunakan spanar melawan arah jam.Tak perlu buka habis, cukup sekadar longgarkan beliau


4) Pasangkan "jack" untuk mengangkat kereta anda. Kedudukan "jack" diletakkan kira-kira 2 jengkal dari tayar. Pastikan "jack" masuk ke tulang kereta, dan ayuh saya putar halim mengikut arah jam. Putar sehingga tayar kereta cukup sebati untuk dikeluarkan.


Sesi men-jack kereta sedang dijalankan. Tetiba tangan aku banyak bulu-bulu kan, nampak nau gambar cilok google. 


5) Buka nuts pada rim, dan boleh lah tukarkan tayar anda yang bocor itu dengan tayar spare yang disediakan. Size tayar spare tu memang kecil dari tayar normal sampai aku pun macam scary cukup kukuhkan tayar itu untuk menampung berat kereta ini -__-"


6) Bila tayar spare sudah diletakkan, pasangkan kembali "nuts" dengan tidak terlalu ketat. Turunkan "jack", dan baru ketatkan nuts itu tadi. Pijak dengan kaki untuk memastikan cengkaman skru cukup kuat.

Video di bawah boleh membantu dengan lebih jelas lagi :

 

Nota : pastikan tayar ganti ada angin, selalu2 la cek tekanan angin tayar ganti tu ye

kredit : http://manyusoef.blogspot.com/2013/01/cara-tukar-tayar-kereta.html

10 comments:

Yumida Huda said...

wah beznye kalau pandai tukar tayar sendiri
peralatan tu ada yg yumida x kenal sgt..hihi

Jay Ar said...

Bukan nak menghina wanita, tapi satu fakta yg sukar dipertikai ialah jarang2 nampak wanita menukar tayar kereta mereka sendiri. Entah mengapa??

hainom OKje said...

Hehe....mcm resepi nk masak je AA....
kerja ni semua okje serah pada somi kalau somi tak de, serah pada abe pomen!

Mohd Selim Zainal said...

Assalammualaikum..azim,

Terima kasih atas penerangan tukar tayar nie,,, nampak senang kalau xder pengalaman susah gak... bagi mselim3 kita kena berani mencuba..
katakan kalau tayar pancit tgh2 hutan tak kan nak panggil pomen gak kan...nak tak nak kena buat sendiri..

mselim3

Muhammad Khairuddin Lim said...

Saya dah masuk anda ke dalam bloglist sya. Salam Hari raya aji.

Muhammad Khairuddin Lim said...

selamat hari raya haji

mytayardotcom PJ said...

Nak cari tayar? Cuba website http://mytayar.com

Ada >50 kedai di Klang Valley yang feed harga kat website. Harga yang dipaparkan dah masuk balancing dan valve. Free alignment kalau beli 4 tayar. Confirm tak kena tipu dengan kedai sebab semua terms + conditions dah dijelaskan di website.

Anda hanya perlu masukkan spec tayar terus ke website. Website akan menunjukkan info mengenai offer dari Network Workshops kami. Anda boleh pilih apa yang penting untuk anda samada harga, lokasi, jenama atau model tayar.

Kita akan pantau kedai supaya mereka tak menipu customer website. Anda hanya perlu bayar 5% deposit online. Lepas tu website akan hantar email info mana nak pergi. Balance 95% bayar terus kat kedai.

Aishah Aini said...

Kat mana nak beli peralatan tukar tayar ni?

Aishah Aini said...

Kat mana nak beli peralatan tukar tayar ni?

Azim Aris said...

Aisyah Aini : peralatan ni dh disediakan...ada dalam bonet bhagian bawah biasanya atau bawah tempat duduk depan

Santai Azim Aris

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...