Komik Alam Perwira - kenangan watak antagonis terhebat

MEMORIAL WATAK ANTAGONIST - Alam Perwira.


Sudah sekian lama tak cerita tentang komik ini. Anda boleh baca tentang sinopsis komik Alam Perwira pada pos lama saya kira-kira 10 tahun lepas. Wow lama tu. Baca DI SINI. Kali ini cerita tentang watak-watak antagonisnya iaitu watak jahat dalam komik ini.

Keberkesanan watak2 mereka ciptaan Sifu Tony begitu diingati sehingga kini oleh pembaca.Bukan sahaja peminat komik Alam Perwira, tapi juga peminat komik lain.

Pertarungan maut mereka sering saja terbayang hingga kini.

Paling kita tidak boleh lupa pertarungan Ifrit Utama dan juga pertarungan Tok Bulu Hijau vs Tuan Punya Kota Khayalan.
Oleh itu mari kita imbas sedikit biodata mereka.

1.Ifrit Utama.

🔹Jangkaan Umur : 50-60 thn.
🔹Status : Mahaguru Diraja.
🔹Pertalian Terdekat : Maharaja Zhou.(Murid).
🔹Kelas Kehebatan : Kelas S (kekuatan Iblis or Dewa).
🔹Hikmat : Hikmat Iblis warisan daripada Ifrit Besar.
🔹Rekod Pertarungan Hebat : Vs Rahib Esa di Istana Kota Chaoge.
🔹Kemunculan pertama : semasa berjumpa Maharaja Zhou didalam gua.
🔹Hayat Terakhir : Meninggal dunia setelah memindah jiwa kedalam tubuh Jikao.(hikmat Pengikis Jiwa-Pemindahan Jiwa).

2.Maharaja Zhou.

🔹Jangkaan Umur : 30-40 thn.
🔹Status : Maharaja China.
🔹Pertalian Terdekat : Daji (Gundik No-1 Maharaja).
🔹Kelas Kehebatan : Kelas S (kekuatan Iblis or Dewa).
🔹Hikmat : Hikmat Iblis warisan daripada Ifrit Utama.
🔹Rekod Pertarungan Hebat : Vs Jifat di Kubu Nenek Moyang Maharaja.
🔹Kemunculan Pertama : semasa sedang ‘bermesra’ dengan Daji dikamar raja.
🔹Hayat Terakhir : Membakar diri diatas Altar Rusa.(Menamatkan Diri).

3.Tuan Punya Kota Khayalan.

🔹Jangkaan Umur : 60-70 thn.
🔹Status : Tuan kepada Kota Khayalan.
🔹Pertalian Terdekat : Naga Hijau (anak lelaki) dan Sang Pipit Merah (anak perempuan).
🔹Kelas Kehebatan : Kelas A (kekuatan superhuman).
🔹Hikmat : Hikmat Cermin Sakti kayangan -Dewi Nuwa.
🔹Rekod Pertarungan Hebat : Vs Tok Bulu Hijau di Istana Kota Khayalan.
🔹Kemunculan Pertama : Semasa Perkenalan Arc Kota Khayalan.
🔹Hayat Terakhir : Dibunuh anaknya Naga Hijau selepas parah berlawan dengan Tok Bulu Hijau.

4.Tok Bulu Hijau.

🔹Jangkaan Umur : 60-70 thn.
🔹Status : 3 Pembesar Utama Disekolah Guruh & Halilintar.(Mahaguru).
🔹Pertalian Terdekat : Bapa Saudara Duke Ji Chang dan Budak Petir Tunggal (anak).
🔹Kelas Kehebatan : Kelas A (Kelas Superhuman).
🔹Hikmat : Hikmat Paluan Petir Tunggal- Sekolah Guruh & Halintar.
🔹Rekod Pertarungan Hebat : Vs Tuan Punya Kota Khayalan.
🔹Kemunculan Pertama : Semasa Ji Chang melawat ke penjaranya.
🔹Hayat Terakhir : Mati semasa vs Maryal Yao.

5.Marsyal Yao.

🔹Jangkaan Umur : 40-50 thn.
🔹Status : Ketua Marsyal Diraja.
🔹Pertalian Terdekat : Biduanda Siluman (anak lelaki) ,Biduanda Layang dan Biduanda Tebuan (anak perempuan).
🔹Kelas Kehebatan : Kelas S (kelas iblis & dewa).
🔹Hikmat : Hikmat Membunuh Dewa -Siluman Angkasa.
🔹Rekod Pertarungan Hebat : Vs Duke JiChang di Istana Wilayah Chi Barat.
🔹Kemunculan Pertama : semasa misi menyerbu ke istana Wilayah Chi Barat.
🔹Hayat Terakhir : Mati tertusuk Pedang Angkasa semasa vs Jifat.

6.Tok Harimau Bintang.

🔹Jangkaan Umur : 60-70 thn.
🔹Status : Ketua Sekolah Gunung Harimau & Naga.
🔹Pertalian Terdekat : Tok Jiang (abang seguru) dan Tok Waja Cacat dan Tok Rajawali (adik).
🔹Kelas Kehebatan : Kelas A ( kelas superhuman).
🔹Hikmat : Hikmat Api Dari 9 Lapisan-Sekolah KunLun.
🔹Rekod pertarungan Hebat : Vs Rahib Esa.(kekalahan Rahib Esa).
🔹Kemunculan Pertama : semasa bertapa dibawah larva gunung berapi.
🔹Hayat terakhir : mati hancur luluh dibawah Gaya ke-4 :Gunung Menggentarkan Hantu & Dewa ..yang dilancarkan Jifat.

7.Arya Mara.

🔹Jangkaan Umur : 40-50 thn.
🔹Status : Jaguh Terhebat di wilayah Chu Selatan.
🔹Pertalian Terdekat : Dara Ayu (anak perempuan).
🔹Kelas Kehebatan : Kelas A (kelas superhuman).
🔹Hikmat : Hikmat Cahaya Mara.
🔹Rekod Pertarungan Hebat : Vs Jikao di Istana Chu Selatan.
🔹Kemunculan Pertama : semasa arc memasuki Wilayah Chu.
🔹Hayat Terakhir : Dibunuh Duke Chu Selatan selepas parah ditewaskan Jikao.

8.Jikao.

🔹Jangkaan Umur : 20-25 thn.
🔹Status : Putera Pertama Wilayah Chi Barat.
🔹Pertalian Terdekat : Abang Jifat dan Jichang (bapa).
🔹Kelas Kehebatan : Kelas S ( kelas iblis & dewa).
🔹Hikmat : Hikmat Iblis warisan Ifrit Utama.(pindahan jiwa).
🔹Rekod Pertarungan Hebat : Vs Maharaja Zhou+Marsyal Yao.
🔹Kemunculan Pertama : semasa dipanggil Maharaja Zhou mengadap di istana.
🔹Hayat Terakhir : Mati terkena Hukuman Tuhan semasa Vs Maharaja Zhou+Marsyal Yao.

Kredit to Scibukai Hafizal, Lagenda Manhua.

Tahukah anda komik Alam Perwira ini adalah berdasarkan cerita yang benar-benar berlaku pada zaman dahulu di China. Watak Ji Fa (Ji Fat), Maharaja Zhou, Ji Kao, Duke Ji Chang bukanlah rekaan semata-mata.

Dalam komik, jalan ceritanya diubah sedikit dan wataknya juga ditokok tambah mengikut kreativiti. Boleh tonton video di bawah ini :

 
Jangan lupa SUBSCRIBE juga ya! 
Azim Aris

Setiap orang ada pendapat tersendiri. Apa pula pendapat anda? Kongsikan artikel ini untuk manfaat serta layari juga blog utama saya : CIKGUZIM

Post a Comment

Previous Post Next Post