Thursday, July 14, 2016

10 Orang Terkaya Di Malaysia - Yang no. 1 Mengejutkan!!

*10 org terkaya di Malaysia ...*
*Cuba teka siapa number 1???* Jelosnyeeeeee..... huh!!!

10.Datuk Mokhzani Mahathir
-Naib Pengerusi Eksekutif Sapura Kenchana Petroleum, memiliki kekayaan RM4.22b💷💳
9.Puan Seri Lee Kim Hua
-Kumpulan Genting, memiliki kekayaan RM7.47b
8.Tan Sri Lim Kok Thay
-Kumpulan Genting, memiliki kekayaan RM9.43b
7.Tan Sri Syed Mokhtar
-Memiliki yayasan Bukhary, memiliki kekayaan RM11.07b
6.Tan Sri Lee Shin Cheng
-101 groups, memiliki kekayaan RM13.12b
5.Tan Sri Quek Leng Chan
-Hong Leong Group, memiliki kekayaan RM14.11b
4.Tan Sri Teh Hong Piow
-Tokoh perbankan Public Bank, memiliki kekayaan RM18.07b💷💴💸
3.T Ananda Krishnan
-Ahli perniagaan, memiliki kekayaan RM33.19b💴💵
2.Tan Sri Robert Kuok
-Hartawan Malaysia yang berpangkalan di Hong Kong,memiliki kekayaan RM54.48b 💶💷💳💳
*1.Org yg solat subuh berjemaah*
*-Memiliki kekayaan yg melebihi dunia dan segala isinya 🌍🌎🌏*
*Dari Aisyah ra, bahwa Rasulullah SAW bersabda, “Dua rakaat shalat sunnah fajar, lebih baik daripada dunia dan segala isinya.” (HR. Muslim, Turmudzi, Nasa'i & Ahmad)*

Tuesday, July 12, 2016

Jom Cuba Ubat Batuk Dari Nenas InsyaAllah Lebih Berkesan Hilangkan Batuk




Ramai kita diluar sana akan mencari ubat membeli ubat-abat di farmasi atau kedai jika di jangkiti batuk, ada antara kita memilih ubat yang diperbuat daripada bahan semula jadi dan ada antara kita memilih ubatan kimia.



Bagi mereka yang mahu menggunakan ubat batuk bebas bahan kimia atau ubatan moden, ubat batuk yang dibeli di kedai dipercayai menggunakan bahan tradisional pun kita tidak tahu adakah ianya 100% bahan tradisional bebas kimia, jadi alangkah baiknya jika kita hasilkan sendiri ubat batuk di rumah yang sudah pasti bebas dari bahan kimia.



Dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook di mana beliau berkongsikan cara-cara untuk menghasilkan ubat batuk organik menggunakan buah Nanas.

Jom kita baca perkongsian dan cara-cara menghasilkan ubat batuk berkenaan.



Ada 3 jenis nenas yang sering didapati di pasaran Malaysia. Nenas madu, nenas sarawak/paun dan nenas moris. Boleh guna mana-mana jenis nenas. Saya guna nenas madu kerana kualiti dan khasiatnya. Ia juga lebih nusantara




1. Buang kulit nanas dan durinya. Ini biasa dibuat oleh semua orang jika nak makan nenas kan.






2. Potong cube, senang nak blend. Kalau ada fruit processor lagi senang. :-) saya guna blender biasa sahaja. Bahagian tengah nenas saya tidak blend sekali. Sebab niat nak beri jus ni sekali dgn madu. :-) Nak blend juga boleh kerana ada khasiatnya. Potong sedikit bhgn tengah dan join sekali dlm blender.






3. Blend sampai halus. Tapis.






Ini hasilnya.'






4. Tapis lagi dengan penapis yg lebih halus. Buih-buih jus nanas ini juga adalah hampas yang halus, bila lalu di tekak rasa nak terbatuk. Jadi tapis molek deh.






5. Masukkan dalam botol yg kedap udara untuk disimpan di dalam peti sejuk. Saya pakai botol jem. Pastikan tiada karat di penutup botol ye'






6. Siap dimasukkan dlm botol. Ini tanpa madu. Nak beri pada anak barulah beri dengan madu. Gunakan jus ini untuk 3 ke 4 hari berturut turut. Kemudian tak perlu simpan lagi, boleh dibuang. Almaklumlah ubat semulajadi tiada bahan pengawet, ia boleh rosak. Sebaik sahaja anak pulih dari batuk dan selsema, jus ini tidak diperlukan lagi. Jangan sayang dan simpan lama ya, kot2 anak batuk lagi boleh guna. Jangan! Jika anak batuk untuk masa akan datang, sila buat jus yang baru lagi fresh.






7. Guna picagari utk beri pada si manja. Sinergikan dgn madu supaya ia balance. Tidak bersifat panas dan tidak bersifat sejuk. Madu tidak dicampur di dlm botol jus tadi sebaliknya ia hanya masuk dlm picagari ketika ingin diberikan kpd anak.






8. Berikan pada si kecil. Untuk bayi, dosnya beginilah mcm dalam gambar. Untuk kanak2 boleh double dos. Untuk dewasa boleh minum 1 cawan jus nenas letak madu. Nenas makan terus cicah madu pun boleh kalau org dewasa. Disamping bau nanas yang sedap, rasanya juga sedap.






Berdasarkan kajian yang dilakukan, buah nanas berupaya menyembuhkan batuk 5 kali ganda lebih berkesan daripada uabt batuk biasa yang di beli di kedai.



Memetik laporan preventdisease, para saintis membandingkan keberkesanan nanas dan ubat batuk dalam merawat batuk, ternyata pesakit yang mengambil jus nanas 4.8 kali ganda lebih cepat sembuh berbanding mereka yang mengambil ubat batuk biasa.



Namun kerana sifatnya yang agak tajam, disyorkan hanya diberikan kepada bayi berumur setahun dan ke atas, namun menurut puan Norashikin, jika risau untuk berikan nenas kepada anak bawah setahun, madu dan habatussauda sesuai digunakan untuk merawat batuk. - Siakapkeli.my



Monday, July 11, 2016

Bas Langgar 10 Kenderaan di Lebuhraya Plus


Ipoh, 10 Julai - Satu kemalangan yang membabitkan sebuah bas dan 10 buah kenderaan dilaporkan berlaku di Lebuh Raya Utara-Selatan KM265.8 selatan  (Menora-Ipoh) kira-kira jam 3 petang tadi.

Menurut video yang dikongsi oleh Bernama Radio, kelihatan bas itu merempuh kenderaan-kenderaan yang terlibat dari belakang.

Susulan kejadian, lebuhraya itu dilaporkan sesak teruk.

BH Online melaporkan, dua cedera dalam kemalangan tersebut.

Di dalam kejadian itu, kesemua 28 penumpang bas ekspress itu tidak mengalami sebarang kecederaan.

Komander Lebuh Raya Zon Utara, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Asisten Superintendan Hazil Reza Mohd Ghazali berkata, dalam kejadian itu bas ekspres berkenaan dipercayai mengalami masalah teknikal iaitu kegagalan brek lalu melanggar 10 kenderaan di sisi dan hadapannya.

Katanya juga, pihaknya sedang mengealpasti dan mejalankan siasatan sama ada pemandu bas itu mengantuk ketika kejadian sehingga mengakibatkan inside itu berlaku.

"Kami masih belum mendapat maklumat lengkap bas berkenaan menghala ke mana tetapi daripada maklumat awal ia datang dari arah utara menuju selatan. 

"Ketika ini semua kenderaan yang terbabit dalam kejadian itu sudah membuat laporan di Balai Polis Ipoh," katanya ketika dihubungi.

Menurut Reza lagi, mangsa yang cedera masih belum dapat dikenalpasti namun mereka dipercayai dari kenderaan yang pertama dilanggar.


Friday, July 8, 2016

IS Isytihar Perang Terhadap Malaysia, Indonesia?



PETALING JAYA, 5 Julai: Satu video memaparkan seorang lelaki bersenjata berdiri sambil dikelilingi oleh sekumpulan kanak-kanak dan seorang remaja yang dilihat memegang senapang AK-47.

Lelaki yang bercakap dalam bahasa campuran Melayu-Arab itu dilihat mengucapkan terima kasih kepada Allah kerana telah 'mempermudahkan perjalanan dan jihad kami' dan kerana melantik mereka sebagai 'tentera-tentera tauhid'.

Lelaki itu juga membuat seruan terhadap pihak berkuasa nusantara, terutamanya di Malaysia dan Indonesia.

"Ketahuilah ini...kami bukan lagi rakyat anda, dan telah membebaskan diri daripada anda," katanya sambil kamera menunjukkan seorang lelaki berdekatan memegang satu lagi pasport Malaysia.

"Dengan izin dan bantuan-Nya, kami akan datang kepada kamu dengan kuasa ketenteraan yang tidak boleh anda atasi.

"Ini adalah janji Allah kepada kami," katanya sebagaimana lapor mStar.

Ini adalah salah satu sedutan rakaman yang dilihat dalam salah satu klip video yang dikeluarkan oleh IS.

Lelaki itu turut merujuk kepada menjatuhkan kerajaan dan pemimpin-pemimpin yang tidak mengikut prinsip Islam untuk memberi laluan kepada Islam sebagai keutamaan.

Tidak lama selepas itu, dia melemparkan pasportnya ke tengah-tengah bulatan dan perbuatannya itu diikuti oleh kanak-kanak disitu.

Seorang budak lelaki melangkah ke hadapan bersama pemetik api di tangan dan membaca Bismillah sebelum membakar sekeping kertas putih yang dilipat.

Dia kemudian meletakkan kertas itu bersama dokumen yang dikumpul bertimbun, di mana ia disambut dengan sorakan dan nyanyian.

Adegan itu kemudian bergerak ke sebuah bilik darjah, yang menyaksikan kanak-kanak memakai songkok sedang membaca sesuatu semasa pelajaran agama sambil diawasi oleh orang dewasa yang menjalani latihan tempur di bawah pemerhatian yang lain.

Mereka juga melalui sesi pembelajaran di luar.

Dalam satu lagi klip di kawasan berpasir yang dikelilingi oleh pokok-pokok, kanak-kanak berdiri dalam barisan untuk mereka melepaskan tembakan menggunakan pistol separa automatik.

Sumber : mStar

Friday, July 1, 2016

Selamat Pulang Berayaaa

Hari ini hari Jumaat yang terakhir dalam Ramadhan 2016. So ramai yang nak balik beraya..selamat pulang berayaaaa....

Santai Azim Aris

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...