Wednesday, April 29, 2015

Manfaat dan Khasiat Ikan Patin Untuk Kesihatan

Anda suke ikan patin Temerloh di Pahang? Temerloh tu tempat saya. Bila singgah Temerloh moh bolot ikan patin bebanyok. Nak tau ngape moh koi kabo ke aok.
Jika anda menyukai masakan ikan patin, itu adalah salah satu hal yang positif karena ikan patin mempunyai kandungan gizi yang sangat baik bagi tubuh manusia sehingga manfaat ikan patin untuk kesihatan tubuh manusia. kandungan protein kelas tinggi, vitamin dan mineral yang sangat baik terdapat pada ikan ini.  Selain itu kandungan lemak pada ikan ini relatif rendah.Kandungan gizi berupa lemak tak tepu pada ikan ini sangatlah bagus.
manfaat ikan patin
Ikan patin

Manfaat Ikan Patin

Rendahnya Kandungan Kolesterol
Selain untuk memanjakan mata bagi yang memelihara ikan ini, manfaat ikan patin untuk kesihatan sangatlah banyak. Rendahnya kadar kolesterol pada ikan patin menjadikan ikan ini sangatlah sihat untuk dimakan. Juga bagi anda yang diet dan mengurangi kadar kolesterol, anda dapat menggunakan ikan ini kerana rendahnya kandungan kolesterol.
Mencegah Penyakit Jantung Koroner
Kandungan lemak tak tepu pada ikan ini sangatlah bagus untuk mencegah penyakit kardiovaskular. Lemak tak tepu juga sangat bermanfaat menekan/menurunkan kolesterol total dan kolesterol LDL pada darah. Hal ini dapat mencegah penyakit jantung koroner.
Kaya Akan Nutrisi
Manfaat ikan patin yang baik bagi tubuh tidak lepas dari kayanya kandungan nutrisi pada ikan patin ini. Nilai kandungan gizi berupa protein haiwan yang terkandung pada ikan patin memiliki kelebihan lebih besar dari pada protein yang dihasilkan oleh ikan air tawar jenis lain. Dengan kayanya kadar nutrisi pada ikan patin maka manfaat ikan patin bagi tubuh manusia semakin baik.
Itulah manfaat ikan patin bagi kesihatan manusia. Moh lah weh gemar makan ikan, dapatkan manfaat ikan patin dengan memasukkan menu ikan patin dalam menu makan aokme sekelian yakk

Tuesday, April 28, 2015

Asal Usul Nama Pahang dan Sejarah Pahang

benderanw7.jpg

ASAL USUL NAMA PAHANG

Pada zaman dahulu Negeri Pahang Darul Makmur mempunyai berbagai nama. Pengarang China menyebutnya sebagai Pang-Hang, Peng-Heng, Pang-Heng, Pong -Fong, Phe-Hang, Pang-Kang dan lain-lain. Pada tahun 1225 Chao Ju-Kua telah mengarang sebuah buku bernama Chu-Fan-Chi, beliau menyatakan di antara beberapa buah negeri yang ditakluki di bawah kuasa San-fo-chi ialah negeri yang bernama Peng-keng. Peng-keng itu ialah Negeri Pahang Darul Makmur.
Orang Arab dan orang Eropah zaman dahulu menyebut Pam, Pan, Phang, Paam, Pao, Paon, Phaan, Paham, Fanhan, Phang dan Pahagh. G.R. Tibbetts, seorang ahli sejarah yang mengulas kisah yang ditulis dengan huruf Arab dalam buku karangan Mas’udi itu pada pendapat Tibbetts ialah Pahang. Dia lebih setuju menyebut perkataan Fanjab itu sebagai Fanhan, Panghang atau Panhang. Semuanya itu dimaksudkan Pahang. Ada setengah pendapat menyatakan Pahang berasal dari bahasa Siam asli ertinya timah. Orang Siam asli yang dulunya mendiami negeri ini dengan membuka lombong bijih timah terutama di Sungai Lembing.
Mengikut cerita orang tua-tua Melayu pula, pada zaman dahulu di Sungai Pahang iaitu bertentangan dengan Kampung Kembahang, ada sebatang pokok kayu mahang yang besar rebah melintang menyeberangi sungai itu. Dari pokok mahang itu kononnya berasal nama Negeri Pahang Darul Makmur itu. Gelaran tua bagi Negeri Pahang Darul Makmur itu ialah Inderapura, disebut Pahang Inderapura. Bandar Dirajanya terkenal hingga sekarang iaitu Pekan dan ibu negeri pada zaman dahulu iaitu Kuala Lipis. Sebelum ditakluk oleh kerajaan Melayu Melaka ia dikenali sebagai Pura.

PAHANG ZAMAN PRA-SEJARAH

Penyelidikan telah dibuat oleh ahli kaji purba secara ilmiah di beberapa tempat di Negeri Pahang Darul Makmur iaitu di gua-gua batu, di gunung-gunung, di tempat berhampiran dengan sungai, di tanah perlombongan lama dan juga di tempat lapang. Jumpaan benda purba terdiri daripada batu, tembikar, gangsa dan besi kuno buatan orang zaman purbakala.
Tempat tersebut ialah di gua batu kapur seperti Kota Tongkat, Kota Gelanggi dekat Jerantut; Gua Kecil, Raub; Gunung Senyum; Bukit Chintamanis, Karak; Sungai Lembing, Tersang, Kuala Lipis Sungai Selinsing, Sungai Tui, Nyong, Teluk Lubuk Puai, Batu Pasir Garam, Bukit Jong dan Kg. Padi di persimpangan Sungai Tembeling dan beberapa tempat lagi di sepanjang Sungai Pahang. Antara benda purba yang dijumpai tertanam dalam tanah di negeri ini ialah barang dan perkakas yang dibuat daripada batu oleh orang zaman batu pertengahan (mesolithic). Barang-barang tersebut ialah kapak genggam, beliung dan pahat.
Ahli kaji purba menyatakan manusia zaman batu pertengahan yang mendiami Negeri Pahang Darul Makmur tinggal di gua batu dan gua-gua di gunung-ganang negeri ini dan mereka adalah kumpulan yang mula-mula datang ke Semenanjung Tanah Melayu dan Tanah Besar Benua Asia. Rombongan Melayu Proto mendiami Semenanjung termasuk Pahang dan pulau-pulau Nusantara ialah dalam lingkungan 3,000 atau 2,000 sebelum Masehi.
Dari aspek pertanian, barang dan perkakas buatan orang zaman batu akhir yang telah dijumpai dalam tanah ialah benda yang berupa mata lembing, pisau, sabit, cangkul, tenggala dan lain-lain perkakas ganjil yang dibuat daripada besi zaman dahulu. Tempat yang dijumpai terutamanya di tepi Sungai Lembing, Teluk Lubuk Puai Jong tepi Sungai Lipis. Di Kampung Batu Pasir Garam di tepi Sungai Tembeling, dijumpai pecahan muka gendang zaman dahulu yang diperbuat daripada gangsa. Gendang gangsa ini digunakan oleh orang yang memakai kebudayaan gangsa. Dr. Linehan berpendapat gendang gangsa ini ditukangi di Indo-China dan dibawa dari negeri Funan ke Ulu Tembeling antara kurun Masihi ketiga iaitu dibawa bersama-sama dengan perkakas dari besi kuno (tulang mawas).
Mengikut ahli kaji manusia dan ahli sejarah, orang Melayu pesisir (DeutroMalays) ialah nenek moyang orang Melayu yang tinggal di daerah pantai Semenanjung Tanah Melayu. Pendek kata pada zaman dahulu kala selain daripada orang asli iaitu orang Semang dan puaknya di Negeri Pahang Darul Makmur telah didiami oleh manusia yang disebut dalam ilmu sejarah sebagai manusia zaman batu pertengahan, zaman batu akhir atau permulaan zaman gangsa lagi.
montajpelanconganhj6.jpg

PEMERINTAHAN NEGERI

Menurut riwayat tua pemerintahan negeri ini dijalankan dengan cara pemerintahan beraja dari semenjak zaman dahulu kala membawa ke masa sekarang. Keturunan raja Melaka itulah yang lama sekali berkuasa di Negeri Pahang Darul Makmur dan pemerintahan daripada waktu itu memakai gelaran Sultan dan keturunan ini memerintah lebih dari 200 tahun semenjak daripada raja bernama Sultan Mahmud Shah yang masyhur di dalam Sejarah Marhum Mangkat Dijulang dalam tahun 1699.
Setelah itu pemerintah Pahang pindah kepada keturunan Bendahara Tuan Habib Abdul Majid, Bendahara Padang Saujana Johor. Dari titisan keluarga dan zuriat ini juga telah menjadikan Negeri Pahang Darul Makmur terputus dari takluk Riau dan telah menubuhkan satu pemerintahan merdeka, berkuasa penuh sebelum ini, menjalinkan persahabatan dengan Sultan hinggalah sekarang ini.
* KDYMM Sultan Pahang
* Y A B Menteri Besar
* Y B Setiausaha Kerajaan Pahang

KDYMM SULTAN PAHANG

Pertama: KDYMM Al Marhum Sultan Ahmad Al Muadzam Shah Ibni Al Marhum Bendahara Ali (1882 ~ 1914)
Kedua: KDYMM Al Marhum Sultan Mahmud Ibni Al Marhum Sultan Ahmad Al Muadzam Shah
(9 Mei 1914 ~ 19 Jun 1917)
Ketiga: KDYMM Al Marhum Sultan Abdullah Al Mu’tassim Billah Ibni Al Marhum Sultan Ahmad Al Muadzam Shah
(19 Jun 1917 ~ 22 Jun 1932)
Keempat: KDYMM Sultan Sir Abu Bakar Ri’ayatuddin Al Muadzam Shah Ibni Al Marhum Sultan Abdullah Al Mu’tassim Billah (22 Jun 1932 ~ 7 Mei 1974)
Kelima: KDYMM Sultan Haji Ahmad Shah Al Musta’in Billah Ibni Al Marhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al Muadzam Shah (7 Mei 1974 ~ Sekarang)

PENGERTIAN SEBENAR MENGENAI BENDERA NEGERI PAHANG

Hitam adalah warna kebesaran Bendahara melambangkan bahawa pada suatu ketika dahulu pemerintah di Negeri Pahang adalah seorang yang bertaraf Bendahara.
Putih adalah melambangkan raja. Tambahan warna putih di atas hitam ini membawa makna bahawa Negeri Pahang adalah negeri yang mempunyai kedaulatan sendiri dan pemerintahan beraja. Ini juga membawa erti bahawa negeri ini ada mempunyai keistimewaan-keistimewaan, undang-undang, adat istiadat, adat resam, tatasusila serta kuasa-kuasa yang tertentu yang ada pada raja sebagai sebuah negeri yang beraja dan berdaulat.

Lagu negeri Pahang

Ya Allah Yang Maha Kuasa
Lanjutkan usia Ke-bawah Duli Yang Maha Mulia
Dirgahayu Darul Makmur
Aman dan bahagia sentiasa
Ya Allah selamatkan Ke-bawah Duli Raja kami

Nota : Aku orang Pahang. Bye

Wednesday, April 15, 2015

Khasiat Air Detox dan Cara Membuatnya

Infused water membawa maksud  campuran air putih dengan buah-buahan dan dinikmati setelah dibiarkan selama 4 hingga 5 jam yang mana ianya mempunyai fungsi dan kesan kepada bahagian-bahagaian tertentu badan. so banyak lah fungsi yang boleh kita dapat dari infused water ini untuk kesegaran tubuh badan, seperti pencernaan, diet harian, kulit dan banyak lagi lah... Kesan kepada pengambilan air detox ini tidaklah dapat dilihat dalam masa yang singkat, so pengamalan yang berterusan perlu diamalkan oleh individu ianya disebabkan oleh minuman ini tidak mempunyai campuran bahan kimia atau lain2 perisa melainkan perisa asli daripada buahan yang kita guna pakai tadi....so nak cantik dan sihat.. masa dan kesabaran serta disiplin adalah diperlukan. Betul tak?
Di antara campuran yang popular diamalkan bagi Air detox ini adalah untuk tenaga dan cuci perut.

Oren, lemon, dan halia.

Buah Oren membantu dalam peredaran darah yang sihat, lemon membantu dalam pencernaan (menyegarkan nafas), dan halia adalah sistem imun booster terkenal.

Infused Detox Waters


Timun, raspberry dan anggur

Timun adalah penghidratan dan menyingkirkan toksin, Raspberi mempunyai ciri-ciri anti-radang, dan kandungan anggur  melawan kanser dan pembersihan kompaun.

Infused Detox Waters

Rhubarb, epal, dan Kulit Kayu Manis

Rhubarb mengandungi vitamin K untuk membantu pembekuan darah, epal mempunyai  mengekalkan kesihatan tulang dan tisu kesihatan, dan kayu manis adalah salah satu yang paling berkesan sebagai penggalak metabolisme.

Infused Detox Waters


Strawberry and Limau

Strawberi penuh dengan anti-oksidan, dan limau adalah sangat baik senjata anti-penuaan kerana sifat pemulihan untuk rambut, kulit dan kuku.

Infused Detox Waters


Nanas and mint

Nanas merupakan bahan anti-radang yang membantu melegakan sakit sendi dan artritis, dan mint menyokong sistem penghadaman dengan mengaktifkan kelenjar air liur dan enzim pencernaan.

Infused Detox Waters

Cara untuk buat air detox :
1. Potong bahan bahan mengikut citarasa 
2. Letakkan potongan tersebut di bawah jar, kemudian tambahkan ais diatas potongan bahan tersebut.
3. Masukkan air sehingga penuh 1 liter dan tutup.
4. Biarkan semalaman sehingga bahan sebati dalam peti ais.

Boleh minum bila bila masa sahaja macam minum air kosong cuma air detox lebih sedap berperisa :). Antara kebaikan air detox ni :
  • pH dan tahap gula dalam darah yang seimbang
  • yang dibersihkan dan kawal usus
  • penurunan berat badan (lemak, bukan air) 
  • beban toksin berkurangan 
  • sistem imun diperkukuhkan
  • elak sembelit 
  • kehilangan keinginan untuk gula dan perangsang yang lain
  • pembersihan sel dan pembinaan semula 
  • berseri dan kulit sihat
  • sakit berkurangan dan alahan 
  • tahap tenaga meningkat
Dah ada resepi ni kenalah try jugak kan. Sesiapa dah cuba? Mesti kagum dengan kesannya kan? so..nak kelihatan cantik, sihat dan bertenaga, apa kata kita pakat jadikan air detox ini sebagai amalan.

Thursday, April 9, 2015

Perkara Asas Yang Perlu Diketahui Mengenai Servis Kereta

Menghantar kereta ke bengkel untuk diservis adalah cara yang terbaik bagi mereka yang tidak mahir dalam proses penyelenggaraan kenderaan. Namun jika anda tersilap langkah dengan menghantar kenderaan anda ke bengkel yang "cekik darah" atau "bengkel jerung", pasti anda akan "disembelih" lantaran harga caj perkhidmatan yang adakalanya tidak munasabah dengan kerosakkan yang sebenar.

Berikut adalah 23 perkara asas tentang servis kereta yang biasanya dilakukan oleh sesetengah pengusaha bengkel baik pulih dan servis kenderaan kepada pelanggan yang kurang arif berkenaan dengan kerja-kerja penyelenggaraan :

1. Minyak hitam.
Minyak hitam yang bukan jenis sintetik perlu ditukar pada setiap perjalanan menjangkau 5,000km atau selama 3 bulan . Kalau minyak jenis sintetik, berkemungkinan dalam jumlah perjalanan 7,500km atau 10,000km.

2. Filter - sama seperti minyak enjin.
Minyak mineral biasa - 5000km
Minyak Synthetic - 7500km hingga 10000 km
Kebiasaannya, apabila tukar minyak enjin tu, maka tukarkan juga filter minyak tu sekali (oil filter)

3. Spark plug - 20,000 km perjalanan mengikut buku jadual penyelenggaraan.
Tapi jika anda menggunakannya sampai 30,000 hingga ke 40,000 km tidak menjadi masalah... Alatan ini bukan kritikal sangat. Tetapi kalau dah lebih 40,000 km tidak ditukar, "electrode" akan menipis, maka perlu ditukarkannya ...Harga untuk 4 biji adalah sekitar RM20.00 ke RM25.00.

4. Bateri kereta - 18 bulan hingga 2 tahun, terpulang pada cara penggunaan...Jika kita selalu buat pengisian semula airsuling tu, ianya boleh tahan sampai 2 tahun... kalau selalu lupa topup dan selalu kering..., dalam masa 6 bulan pun bateri boleh "kong".

Free maintenance battery lain pulak ceritanya...tak payah "top up" air , harga lebih mahal dari bateri biasa. Bila beli bateri, jangan main hentam aje, ini kerana di Malaysia banyak barang tipu...so , beli bateri dari jenama yg boleh dipercayai... BOSCH, CENTURY... tapi ada juga jenama yang tak terkenal tapi elok.

Bateri yang baik biasanya lebih berat dari bateri yang kurang baik. bandingkan bateri tersebut dalam kategori yang sama..kalau NS50 tu anda kena compare dengan NS50 dari jenama yg lagi satu! Kalau kancil tak silap aku pakai NS40 atau NS40L..

5. Timing belt - 60,000km untuk kereta proton Wira, Saga. Waja boleh tahan sampai 90,000km dan Honda CRV tahan sampai 160,000km. Jadi timing belt ini mengikut jenis kereta. Banyak pengguna tidak tahu akan hal ini. Apabila perjalanan sampai 60,000km terus tukar yanpa mengira kereta apa yang digunakan.

6. Clutch plat - Clutch plate ni ialah perkara subjektif. Biasanya ikut pengalaman, hanya tukar bila ada simptom "clutch slipping" berlaku sewaktu pemanduan kita.

7. Fuel Filter - Anda boleh menukarkannya apabila perjalanan kenderaan mencecah setiap sekitar 40,000km. Harga peralatan ini dalam sekitar RM15.00 hingga RM20.00..

8. Air Filter atau Filter Udara - di tukar setiap 20,000km. Tapi pada mereka yang tukar kepada K&N type, benda ni tak perlu tukar, cukup sekadar anda membersihkannya sendiri.

9. ATF - Automatic Transmission Fluid. Minyak ni memang penting bagi yang pakai AUTO. Dalam manual dia ada sebut setiap 20,000km tukar. Tapi boleh dilanjutkan hingga 30,000km kepada pengguna yang ingin berjimat. Minyak ni memang penting ditukar...jangan abaikan (contohnya tidak tukar lebih dari 30,000km) kerana kerosakan kepada AUTO gearbox perlu perbelanjaan yg besar. Kalau kita rajin tukar, kereta tak perlu Transmission Flush seperti yg disyorkan oleh sesetengah bengkel. Transmission Flush boleh pergi sampai 7-9 litre. Caj hanya sekitar RM200++. Jika anda selalu tukar ATF, hanya pertukaran biasa sahaja, budget kurang dari RM100...ikut saiz kereta.

10. Gear Oil - untuk mereka yg pakai manual gearbox. Kereta anda tak perlu pakai ATF, tetapi sebaliknya pakailah Gear Oil. Ia boleh tukar dalam 60,000km perjalanan sekali.

11. Brake Fluid dan Power Steering Fluid - Kalau rajin boleh flush keluar ganti baru setiap 60,000 km.

12. Radiator Coolant -sebotol RM8-RM15... selalunya warna hijau! 60,000km bolehlah tukar sekali.Kalau air radiator anda warna clear aje. Maknanya air paip biasa aje tu! Pakai coolant, enjin lebih cepat panas dan juga tak mudah mendidih!

13. Air-Cond Belt/ Alternator Belt - Belt-belt ni perlu ditukar sama waktu dengan timing belt, seandainya kita terlupa menukarkannya sewaktu servis sebelum-sebelum ni. Belt Air-con dan juga alternator mudah dikenal pasti akan perlunya ditukar atau tidak. Ini kerana belt-belt ni letaknya diluar dan boleh nampak. Kalau bahagian "ribs"nya dah ada"crack-crack" yang halus...maka eloklah ditukar belt tersebut. Jangan tunggu masa timing belt nak tukar, baru nak ditukar belt-belt ini.

14.Adalah diingatkan maintenance schedule yang ikut "km" atau masa"3 bulan" "6 bulan" dan seterusnya ni hanya memudahkan pengguna-pengguna kereta melakukan penyelengaraan atau dalam bahasa Inggeris dikenali sebagai "preventive maintenance"

Maksudnya, benda yang kita tukar tu belum tentu rosak, tapi kita dah tukar. Preventive maintenance ni mampu mengelak dari pengguna kereta menghadapi kerosakan yang kritikal dimasa akan datang! Tapi dalam dunia ni, mana ada yang perfect! Preventive Maintenance Schedule ni kalau kita ikut tanpa mengetahui sedikit sebanyak tentang fungsi atau sebab mengapa setiap alatganti tu perlu ditukar.

15.Contohnya, jika kita hanya mengikut sahaja apa yangg di syorkan oleh pembuat alat ganti, contohnya "shock absorber" perlu diganti setiap 20,000km, tentu kita tidak mampu mengikutnya! Jadi anda perlu ada asas ilmu seperti yang diterang kan di atas.

16. Minyak hitam mineral utk 5000km/3 bulan, minyak semi-sintetik utk 10,000km/6 bulan, minyak fully sintetik utk 15-20,000km/ 1 tahun. Berhati-hati ketika membeli minyak hitam di kedai spare part kerana terdapat minyak "cap ayam" yang disediakan oleh pengusaha atau mekanik bengkel.

Botol mungkin ada cap jenama Castrol, Shell, Petronas, Eneos dan lain-lain. Tetapi dalam tu sebenarnya adalah minyak murah "made in china". Dlm satu hari ada beribu-ribu botol minyak hitam kosong wujud di bengkel-bengkel. Pengusaha bengkel tertentu mengarahkan pekerjanya untuk mengambil botol-botol kosong ini dan refill serta diletakkan seal baru supaya dapat mengaut keuntungan lebih. Adalah lebih selamat beli minyak di stesen minyak yang pasti tulen. Melainkan kalau betul-betul yakin dengan kedai spare part yang anda kunjungi itu.

17. Minyak gear manual ditukar setiap 40,000km untuk kereta baru (kurang 5 tahun), setiap 20,000km unttk kereta atas 5 tahun atau apabila gear shift rasa ketat. Paling bagus utk kereta lama - bubuh gearbox treatment. Minyak gear ATF - ditukar setiap 20,000km. Sama mcm di atas.

18. Flush? kalau dlm buku takde kata - maka tidak perlu. Air filter pun sama - 20,000km. Coolant - tukar tiap-tiap 20,000km. Nak tukar tiap-tiap 50,000km pun boleh dengan syarat guna air suling or RO water. Timing belt - ditukar setiap 80,000km. Tapi pernah terjadi stretch sampai 110,000km(Wira 1.6xli) tanpa masalah sebab menggunakan timing original Mitsubishi dan ia selalu inspect timing belt keretanya. Tiada merekah, "gigi" masih elok maka tak perludi tukar. Aircond belt, altrnator belt, power steering belt - tukar semasa tukar timing belt atau apabila nampak rekahan.

19. Water pump - ditukar apabila menukar timing belt untuk kali ke dua. Kataklah kita tukar timing belt setiap 80,000km, maka apabila kita menukar timing belt utk kali kedua pada 160,000km, elok tukar sekali water pump kerana hayatnya pun hampir tiba. Nak tukar water pump kena bukak timing belt. So kalau buat sekali, tiada caj tambahan. Spark plug - every 20,000km. Atau selagi plastik kat tgh tu masih putih dan tiada kesan terbakar. So kena check spark plug. Kalau spark plug berminyak - engine dah agak uzur dan kena overhaul sebab piston ring dah haus. Asap biru kat ekzos jugak adalah tanda piston ring haus dan minyak hitam terbakar. Walau bagaimanapun, ini bukan servis biasa. Dah kira kerja yang major juga. Head gasket - tukar apabila minyak leaking kat area tu. Atau sekiranya berlaku coolant loss akibat dari blown head gasket. Buat grind valve sekali. Org panggil nie top-overhaul.

20. Biasanya top overhaul tidak diperlukan kepada kereta bawah 7 tahun atau 200,000km. Tapi ada juga yang mencapai perjalanan dalam 7-80,000km atau kurang 5 tahun dah kena top overhaul sebab suka lenjan engine. Ini pun sudah dikira major work. Brake pad - tukar bila haus atau bila rasa brake kurang mengigit. Biasanya kereta 3-4 tahun sekali. Minyak brake - pun sama. Anyway brake belakang tahan lebih lama dari brake depan biasanya double. Bercakap tentang timing belt (juga dipanggil cam belt kerana ia memacu camshaft), ianya berbeza antara satu pengeluar ke pengeluar yg lain.

21. Pada asalnya, enjin pembakaran dalam menggunakan camshaft yg di letak di dalam blok enjin. Secara asasnyanya pertukaran timing belt pada setiap 100,000km mengikut ketetapan pengeluar di Jepun. Tetapi Jepun adalah negara bercuaca sederhana sejuk manakala cuaca di Malaysia lebih panas dan mampu mempercepatkan proses wear and tear timingbelt yang dibuat dari adunan getah, plastik dan fibre glass. Maka itu, adalah dinasihatkan pertukarannya dibuat lebih awal iaitu antara 90,000km. Bagi alat ganti timing belt berkualiti rendah, kita perlu menukar lebih awal, dalam sekitar 60,000km jarak perjalanan.

22. Sesetengah pengeluar seperti Alfa Romeo mencadangkan pertukaran timing belt pada jarak hanya 30,000km bagi semua enjin straight 4 twin spark dan juga enjin V6 bagi model sebelum tahun 1999. Pada tahun 1996 dahulu, ada juga pemilik bengkel memberitahu timing belt boleh tahan sampai 100,000km, tak perlu tukar pada bacaan 30,000km. Kemudian, kereta kena tarik masuk bengkel sebab timing belt putus dan enjin kena overhaul. Bacaan odometer ketika itu = 35,000km. Maka moralnya adalah kita perlu patuhi spesifikasi servis dan penyelenggaraan pengeluar. Banyak kenderaan zaman sekarang telah menggunakan timing chain sebagai ganti kepada timing belt. Ini termasuk Nissan, Honda dan Toyota .Toyota misalannya menggunakan timing chain bagi semua kenderaan penumpangnya iaitu :-

Camry ACV30 - enjin 2AZ-FE 2000cc
Corolla Altis ZZE121 - enjin 1ZZ-FE 1600cc
Vios NZE10 - enjin 1NZ-FE 1500cc

23. Model seperti CRV pada mulanya menggunakan timing belt, tetapi untuk CRV baru generasi kedua, Honda juga kembali memperkenalkan timing chain melalui enjin i-VTEC. ianya tidak memerlukan pertukaran biarpun sudah mencecah 500,00km lantas menjimatkan kos dan menjaga alam sekitar. Sekiranya mekanisme rantai mengeluarkan bunyi, hanya perlu tukar tensioner bearing dan segalanya pulih seperti sedia kala.

Sumber: provoox.blogspot.com 

Tuesday, April 7, 2015

Doa & Cara Elak Mengantuk



Semua orang, apabila memandu kereta terutama untuk perjalanan jauh seperti balik kampung berhariraya, travelling kerana tugas rasmi dan sebagainya, akan merasa mengantuk yang teramat sangat ketika memandu.

Hal ini boleh mengundang padah kerana hanya sedetik sahaja anda terlelap ketika memandu, kemungkinan untuk anda ditimpa kemalangan adalah 99% kerana ketika terlelap itu, otak anda tidak lagi berfungsi dan sedar, mata tertutup dan anggota tangan dan kaki tidak lagi dapat mengawal kenderaan yg dipandu.

Berdasarkan pengalaman saya, sepotong ayat Al Quran di dalam Ayat Qursi boleh dijadikan penawar untuk menghilangkan rasa mengantuk ini.

Selain itu boleh diamalkan mengantuk ketika belajar. Potongan ayat tersebut berbunyi :


” LA TAKKHUDZUHU SINATUW WALA NAUM…”

(maknanya: “[DIA - ALLAH] TIDAK MENGANTUK DAN TIDAK TIDUR”)
(Sepotong ayat daripada ayat Qursi)

Selain itu, amalan mustajab untuk mengelak berlakunya kemalangan adalah dengan membaca Ayat Qursi 3x sebelum memasukkan gear pertama mahu memulakan perjalanan anda ditambah dengan ayat berikut :

“BISMILLAHIL LADZI LA YADHURUHU MA’ASMIHI SYAIUN FIL ARDHI WALA FISSAMAA’ WAHUWASSAMIUN ‘ALIIMM” 3X.

Semoga Ayat-ayat ini boleh membantu dan boleh kita amalkan supaya kita lebih segar tidak mengantuk lagi untuk melakukan segala perkerjaan.

Sumber  

********************************************************

  10 Punca Mengantuk & Cara Mengatasinya

1. Tidak cukup tidur

Nampak jelas bukan? Anda mungkin tidak mendapat tidur yang cukup dan ini boleh mengganggu fokus dan kesihatan anda. Setiap malam anda disarankan tidur sekurang-kurangnya 7 hingga 8 jam setiap malam.

Jadikan tidur anda satu prioriti dan tetapkan jadual tidur. Tutup laptop. Jangan buka facebook, matikan segala gajet anda. Jangan minum kopi pada waktu malam. Tutup lampu ketika tidur. Masih menjadi masalah? Dapatkan nasihat doktor.

2. Tidur Apnea (Sleep Apnea)

Kadang-kadang anda fikir anda sudah mendapatkan tidur yang cukup tetapi masalah apnea ini pula yang mengganggu. Apnea ini adalah disebabkan saluran pernafasan anda tersekat ketika tidur. Menyebabkan anda berdengkur dan kemudiannya tidak bernafas. Selepas itu secara tiba-tiba anda terbangun sesak nafas. Setiap gangguan mengejutkan anda dari tidur tapi anda mungkin tidak sedar. Hasilnya, anda tidak dapat tidur yang berkualiti dan prestasi anda di siang hari merudum.

Biasanya dihidapi orang yang obese. Turunkan berat badan anda dan jangan merokok. Kedua-dua ini berpotensi anda mendapat apnea.

3. Tidak cukup tenaga

Makan terlalu sedikit, diet yang keterlaluan juga akan menyebabkan anda lemah. Diet yang seimbang membantu anda untuk mengekalkan tenaga dan juga paras glukosa dalam darah. Apabila paras glukosa dalam darah menjadi rendah, anda akan menjadi lemah dan boleh menyebabkan pitam.

Mesti, mesti dan mesti sarapan pagi! Ambil sarapan yang simple seperti beberapa keping roti atau telur separuh masak. Supaya tenaga anda dapat dibekalkan di waktu pagi. Waktu pagilah anda memerlukan tenaga yang berterusan untuk melakukan kerja. Untuk fokus pun anda memerlukan tenaga juga.

4. Kurang darah merah (anemia)

Dikalangan perempuan anemia merupakan penyebab utama mereka sering berasa lemah. Ini kerana mereka akan kehilangan darah ketika datang haid. Biasanya tahap besi (iron) dalam darah akan berkurang dan meletakkan mereka dalam keadaan berisiko. Sel darah merah sangat penting untuk membawa oksigen keseluruh organ. Lemah, sesak nafas, sering berdebar-debar, adalah simptom anemia. Pergi berjumpa doktor sekiranya anda mempunyai simptom-simptom tersebut.

Sekiranya disebabkan kurang besi dalam darah, dapatkan iron supplement di klinik-klinik atau makan-makanan yang mempunyai kandungan iron yang tinggi seperti daging merah, dan juga kekacang.

5. Tekanan Emosi

Setiap orang pernah mengalami tekanan. Tekanan emosi anda mungkin melihat sekadar memberi kesan kepada emosi sahaja, tetapi ia juga memberi kesan kepada fizikal juga. Lemah, sakit kepala, hilang selera makan adalah simptom yang sering berlaku akibat tekanan emosi.

Lakukan perkara-perkara yang mengurangkan stress seperti bersukan, bermunajat kepada tuhan atau bermeditasi. Jika tidak berkesan sebaiknya anda mendapat nasihat psikiatri. Psikiatri bukan hanya untuk orang yang bermasalah mental ya. Jika anda mempunyai masalah emosi yang tidak mampu ditanggung anda harus berjumpa dengan pakar psikiatri. Mereka mungkin akan memberikan ubat sebagai satu cara untuk mengubat masalah tersebut.

6. Penyakit hipotiroid

Anda mungkin akan perasan terdapat kalenjar yang membesar di bahagian halkum anda. Kalenjar tiroid ini berfungsi untuk mengawal metabolisma anda. Apabila kalenjar ini tidak dapat menghasilkan hormon tiroid dengan cukup, metabolima badan akan menjadi bertambah perlahan. Menyebabkan anda bertambah berat badan dan bermacam-macam lagi simptom lain.

Jumpa dengan doktor dan mereka akan melakukan ujian darah untuk mengetahui kadar hormon tiroid anda.

7. Terlalu banyak kafein

Kafein membantu anda segar, dan meningkatkan kadar konsentrasi apabila anda mengambil dos yang tidak keterlaluan. Terlalu banyak kafein di dalam kopi akan menyebabkan kadar degupan jantung bertambah, tekanan darah meningkat dan ada kajian mengatakan terlalu banyak kafein akan menyebabkan anda menjadi lemah.

Secara perlahan-lahan turunkan kadar ketagihan anda terhadap kopi. Penurunan secara mendadak menyebabkan anda kembali ketagih dah menyebabkan anda bertambah lemah.

8. Penyakit Kencing Manis

Walaupun kadar di dalam gula tinggi dalam darah, disebabkan sel-sel tidak dapat menggunakan glukosa dengan baik. Tenaga tidak dapat dihasilkan. Akibatnya anda akan cepat mudah letih. Cuba tanya ibu atau ayah anda yang mengalami kencing manis dan tanya kepada mereka sama ada mereka mudah letih atau tidak. Semestinya mereka akan mengatakan ya.

Jika sudah mengalami kencing manis, solusinya adalah dengan mengawal pemakanan dan bersenam. Dengan menurunkan berat badan sebanyak 10%, risiko untuk mengalami diabetes akan berkurang secara separuh.

9. Penyakit Jantung

Segala simptom penyakit jantung sudah saya ulas dengan lebih mendalam. Secara ringkasnya, anda akan mengalami simptom mudah penat dalam melakukan kerja-kerja walaupun anda berjalan dalam jarak yang dekat.

Perubahan gaya hidup adalah cara terbaik untuk mengelakkan penyakit jantung.

10. Dehidrasi

Mudah lemah mungkin disebabkan anda kurang minum air. Sama ada anda melakukan senaman ataupun bekerja di atas meja, badan anda sangatlah memerlukan air. Apabila anda dahaga, itu bermakna anda dehidrasi.

Minum air kosong sekurang-kurangnya 2 liter sehari. Sekiranya anda ke gym, minum air setiap kali anda melakukan senaman. Apabila rasa dahaga sahaja, terus minum seteguk dua. Apabila anda minum banyak air, air kencing anda akan kelihatan lebih jernih dan terang.

****************************************************


Cara Hilangkan Mengantuk  

Hampiri Kawasan Bercahaya
- Suasana pejabat yang sejuk dan bercahaya redup sudah pasti menyebabkan anda mudah rasa mengantuk. Jadi langkah pertama yang boleh dilakukan sekiranya anda rasa terlalu mengantuk ialah mencari tempat yang terang, misalnya, cahaya semula jadi di tepi tingkap. Cahaya yang lebih terang di percayai dapat mengembalikan kesegaran mata dan minda. Justeru, sekiranya rasa mengantuk, hampiri jendela atau pintu dan lintarkan padangan anda keluar seketika.

Basuh Muka
- Ia mungkin perkara terakhir yang sering dilakukan apabila terlalu mengantuk. Namun ia mungkin kurang praktikal untuk pekerja wanita yang sudah siap bersolek. Tetapi jika perlu anda tidak ada pilihan lain kerana ia adalah cara paling berkesan untuk kembali segar. Ada kajian menunjukkan terapi air yang mudah ini boleh membuatkan kita berasa lebih segar.

Wangian Aromaterapi
- Untuk menghilangkan rasa mengantuk di pejabat, anda juga boleh menyimpan minyak wangi atau wangian aromaterapi di pejabat. Tempatkan wangian tersebut di atas meja berhampiran meja kerja anda. Pastinya, semangat kerja anda akan kembali pulih kerana bau-bauan segar dipercayai dapat meransang deria bau sekali gus mengurangkan rasa mengantuk. Antara bauan yang sesuai ‘mint’ dan lemon.

Senyum Dan Lakukan Perkara Baik
- Senyuman bukan saja membuat orang berasa senang, tetapi ia juga mententeramkan perasaan kita. Selain itu, lakukan perkara baik dengan membantu orang lain. Peluang untuk berbuat baik sentiasa ada di keliling keliling kita, terpulang kepada anda sama ada mahu memanfaatkannya.

Dengar Muzik
- Muzik juga adalah penyelesaian terbaik bagi rasa mengantuk. Ada beberapa jenis bunyian ataupun muzik di katakan dapat meransangkan dan meningkatkan kewaspadaan serta ketajaman minda. Jadi tidak salah jika anda bekerja sambil mendengar alunan muzik asalkan ia tidak melekakan anda.

Senaman Ringan
- Senaman ringan seperti menggerakkan anggota badan seperti tangan, kaki, ‘mematah-matahkan jari’, menggelengkan kepala boleh anda lakukan untuk menghilangkanrasa mengantuk. Ramai bertanya kalau sudah letih bagaimana mahu bersenam? Rahsianya, apabila anda bersenam, badan mengeluarkan tenaga daripada lemak yang disimpan dan ia secara tidak langsung membuat anda berasa lebih segar dan fikiran tenang.

Pandang Pepohon Hijau
- Sekiranya pejabat anda mempunyai taman indah, manfaatkanlah peluang ini untuk menghilangkan rasa mengantuk anda. Keluarlah sebentar dari ruang kerja anda dan pandanglah pepohon hijau yang terdapat di dalam taman tersebut beberapa minit sebelum kembali semula untuk menyambung kerja. Nescaya mata anda akan kembali segar.

Segarkan Semangat Anda
- Pilihan untuk gembira, sedih, malas atau rajin ada di tangan kita. Keletihan fizikal tidak sama dengan keletihan mental. Biasanya keletihan mental membuat anda berasa tidak bermaya dan tiada semangat untuk melakukan sebarang perkara.

Urut
- Ada beberapa teknik untuk sistem tubuh anda kembali segar. Urut di bahagian telapak tangan, muka dan kepala. Dalam masa beberapa sahaja, anda akan berasa segar dan aktif semula.

Minum Banyak Air
- Air sangat penting untuk memastikan semua organ berfungsi secara optimum. Kekurangan air walaupun sedikit boleh membuatkan darah menjadi pekat dan memaksa jantung untuk mengepam lebih kuat. Tanpa disedari perkara ini menyebabkan kita terasa penat.

Amalkan Teknik Pernafasan Betul
- Tarik nafas dalam-dalam (hingga terasa udara masuk ke dalam perut), tahan seketika dan lepaskan perlahan-lahan. Ulang 10 kali. Apabila dalam keadaan tertekan, pernafasan menjadi cepat dan pendek. Akibatnya kurang oksigen dibawa masuk ke dalam badan yang membuatkan kita berasa cepat letih.

Bersihkan Meja
- Jika anda masih tidak dapat menumpukan perhatian pada pekerjaan anda, buat sesuatu kerja yang bermanfaat seperti membersihkan meja. Dengan cara ini anda tidak akan hanya duduk diam sahaja. Meja yang bersih dan teratur mencerminkan imej positif. Anda sendiri akan berasa puas dan selesa. yang dapat menggembirakan.

Berjalan-Jalan
- Jika di tempat kerja, berhenti rehat seketika dengan bangun dari tempat duduk untuk mengurangkan tekanan pada sesetengah anggota badan dan berjalan-jalan di kawasan pejabat anda sambil berinteraksi dengan rakan-rakan sepejabat.

Membaca Ayat Al-Quran
- Membaca sepotong ayat Al-Quran di dalam ayat Qursi boleh dijadikan penawar untuk menghilangkan mengantuk. Sebaiknya bacalaha keseluruhan Ayat Qursi tersebut kerana keseluruhan Qursi pun tidaklah panjang pun. Potongan ayat tersebut berbunyi…

“LA TAKKHUDZUHU SINATUW WALA NAUM…”

Maknanya: [DIA - ALLAH] TIDAK MENGANTUK DAN TIDAK TIDUR

**********************************************************

Tips Hilangkan Rasa Mengantuk Semasa Belajar

1. Pasang Niat
– Untuk apa anda belajar, kenapa pula anda belajar? Bila semua ini anda telah mampu jawab dengan jelas, jerit kuat-kuat dalam hati. Katakan dalam minda anda bahawa anda mesti belajar untuk menggapai matlamat anda itu. Tidak ada orang malas yang boleh berjaya. Matlamat yang benar-benar jelas akan membawa seseorang itu ke suatu tahap yang tidak pernah dijangka-jangka dan mampu menewaskan apa pun halangan yang ada di hadapannya. Mengantuk, bosan dan sebagainya bukanlah masalah.

2. Belajar dalam jangka waktu yang pendek
– Ini penting. Selepas 1 jam seeloknya, berhenti sekejap. Kalau 30 minit sudah rasa penat pun tidak mengapa, berhenti sejenak. Buatlah apa-apa hobi anda. Baca novel-novel, komik-komik, main game pun tak apa, asal anda mendapat semula semangat study anda. Amalkan tabiat begini selalu, dan anda akan rasa anda tidak akan jemu untuk menelaah buku-buku pelajaran anda.

3. Dapatkan tidur yang cukup 
– Ramai yang terlepas pandang mengenai hal ini. Tidak ada gunanya menelaah berjam-jam tetapi hasilnya sama saja dengan mereka yang menelaah hanya sejam. Apa bezanya? Belajar dengan berkualiti nilainya memang tidak sama dengan mereka yang belajar, tetapi tiada kualiti. Jika inginkan kualiti masa belajar, pastikan anda benar-benar segar dan cergas semasa belajar. Otak yang letih sukar untuk memproses segala maklumat yang dihantar kepadanya dengan berkesan. Jadi, pastikan anda mendapat tidur yang mencukupi. Ingat, tidur yang sempurna juga merupakan salah satu strategi untuk anda berjaya di dalam pelajaran.

4. Minum Air Masak (kosong) 
– Jadikan amalan minum air masak sebagai amalan harian. Makan buah-buahan selalu pun bagus. Tubuh yang kekurangan air akan lebih mudah untuk berasa letih. Letakkan sama air mineral di sebelah meja anda. Air ini akan membantu anda jadi penenang apabila anda gelisah. Jadikanlah ia suatu amalan dalam hidup anda, agar anda berasa lebih cergas dan lebih sihat dalam urusan harian

Sumber :http://darlingninie.blogspot.com/2013/07/doa-hilangkan-rasa-mengantuk-cara.html?m=1

Santai Azim Aris

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...