Wednesday, December 30, 2015

Seloka Guru




Seloka Guru
Puas bercuti timur dan barat
lenguhlah sendi dan sakit urat
nak bangun pagi rasa tak larat
tiba-tiba mesti pergi mesyuarat.
Terimalah tugas bermacam amanah
ada yang terima tanpa kerenah
ada merungut sumpah seranah
diberi tugas dibuat tak pernah.
Pegang kelas dan persatuan
tugas digalas penuh tumpuan
tak kira lelaki atau perempuan
buatlah walau tanpa persetujuan.
Buku rekod buku kedatangan
semua perkara ditulis tangan
walaupun kecil diabai jangan
risau g.besar beri jelingan.
Minggu pertama semuanya kalut
cabaran bertambah kena bergelut
mulalah bercakap berbuih mulut
janganlah sampai cakap melalut.
Nazir nak datang minggu pertama
G. Besar arah beri kerjasama
paniklah guru baru dan lama
berilah alasan demam selsema.

Selamat kembali bertugas guru!

Sunday, December 27, 2015

Nabi 25 Rasul Dalam Bahasa Arab, Inggeris dan Ibrani

Aziz Desa Meninggal Dunia


"Yang jauh kita dekatkan. Yang dekat kita rapatkan. Yang rapat kita mesrakan. Yang mesra kita serasi-serasikan" - Aziz Desa

Bekas wartawan Berita Harian (BH) dan bekas pengacara TV3, Aziz Desa, 50, meninggal dunia kira-kira jam 10.50 pagi ini dipercayai akibat masalah buah pinggang kronik dan penyakit kencing manis.


Perkara itu disahkan sendiri oleh adik kandungnyanya, Azri Desa ketika dihubungi sebentar tadi.

Bekas selebriti TV3 sebelum ini pernah terlantar di Hospital Langkawi (HL) buat kali keempat awal tahun ini.

Januari lalu, doktor mengesahkan, penyakit buah pinggangnya berada pada tahap serius.

Aziz yang pernah mengacarakan beberapa program TV termasuk Nasi Lemak Kopi O dan Malaysia Hari Ini serta terkenal dengan slogan 'Cermin-cerminkan diri anda'.

Thursday, December 3, 2015

Selamat Bercuti Sekoloh!!

Assalamualaikum lama tak menulis di sini. Selamat bercuti sekoloh la yakk jangan nakal-nakal hiasi diri dengan budi pekerti.

Santai Azim Aris

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...