Seloka Guru




Seloka Guru
Puas bercuti timur dan barat
lenguhlah sendi dan sakit urat
nak bangun pagi rasa tak larat
tiba-tiba mesti pergi mesyuarat.
Terimalah tugas bermacam amanah
ada yang terima tanpa kerenah
ada merungut sumpah seranah
diberi tugas dibuat tak pernah.
Pegang kelas dan persatuan
tugas digalas penuh tumpuan
tak kira lelaki atau perempuan
buatlah walau tanpa persetujuan.
Buku rekod buku kedatangan
semua perkara ditulis tangan
walaupun kecil diabai jangan
risau g.besar beri jelingan.
Minggu pertama semuanya kalut
cabaran bertambah kena bergelut
mulalah bercakap berbuih mulut
janganlah sampai cakap melalut.
Nazir nak datang minggu pertama
G. Besar arah beri kerjasama
paniklah guru baru dan lama
berilah alasan demam selsema.

Selamat kembali bertugas guru!
Azim Aris

Setiap orang ada pendapat tersendiri. Apa pula pendapat anda? Kongsikan artikel ini untuk manfaat serta layari juga blog utama saya : CIKGUZIM

Post a Comment

Previous Post Next Post