Saturday, February 18, 2006

Komik Alam Perwira, Ji Fat, Tidak Dilupa, Biduanda Layang.....Aaaaah Mengimbau Nostalgia....



AKU rasa ramai di antara kita yang suka baca komik kenal dengan komik di atas ni. Komik Alam Perwira karya pelukis Hong Kong, Tony Wong ni cukup popular dalam pertengahan hingga akhir tahun 90-an dulu.

Selain Alam Perwira, karya Tony Wong lain yang turut popular ialah Jejak Wira, Anak-Anak Wira dan Dewata Raya. Ini termasuk Pedang Setiawan karya Ma Wing Shing yang gempak dengan karakter Penjejak Awan, Penjejak Badai dan Pendekar Tanpa Nama.

Pedang Setiawan pernah difilemkan di Hong Kong iaitu Storm Rider lakonan Aaron Kwok dan Ekin Cheng.

Ketika komik ni mencetus fenomena dulu, aku masih lagi sekolah rendah kat Raub. Tak salah aku daripada beribu-ribu student lelaki yang duduk di sekolah atau universiti, hampir 90 peratus gilakan komik ni!

Tapi tukang belinya tak ramai, tukang baca dan tukang pinjam paling ramai. Biasa la tu...

Errr... aku tak pernah berada dalam kategori tukang beli masa tu, tapi aku cukup arif dengan komik-komik tu. Heheh.

Secara kebetulan, masa aku sekolah dulu clasmate aku suka bwak komik ni ke sekolah untuk di baca secara mencuri2 di dalam kelas ketika cikgu sedang mengajar...hikhik..


Jadi kelas aku tu penuhlah dengan macam-macam komik dan tentulah menjadi port budak-budak untuk lepak sambil baca/pinjam komik tu hampir setiap masa dan setiap hari!

Aku ingat lagi kalau si Din balik bawak komik Hong Kong issue terbaru setiap minggu, kitorang yang ada dalam bilik darjah masing-masing berebut nak ambil turn selepas dia!

"Aku nombor dua!"

"Aku nombor tiga!"

...Dan seterusnya. Sapa cepat dia dapat.

Bukan budak-budak bilik darjah aku je tapi jugak bilik darjah lain yang sibuk tumpang baca komik-komik tu. Ada yang sementara nak ke bilik air, singgah kat bilik darjah aku dulu baca komik. Syaratnya baca kat situ je, bawak balik jangan!

Fenomena komik Hong Kong ni buat kitorang betul-betul terpengaruh dengan karakter-karakternya. Alam Perwira dengan watak seperti Ji Fat, Ji Kao, Tok Jiang, Maharaja Zhao, Rahib Esa, Tok Harimau Bintang, Ifrit Utama, Biduanda Layang, Nenek Merbuk, Budak Petir Tunggal dan macam-macam le lagi memang cukup popular.

Walaupun popular, tapi bagi aku komik ni sebenarnya kelakar. Bukan kelakar apa, tapi sebab apabila ia ditranslate ke Bahasa Melayu, susunan ayatnya yang kadang-kadang skema dan overbuatkan ia jadi kelakar!

Paling popular ialah nama-nama hikmat yang digunakan watak-watak tu semasa bergasak. Antaranya Hikmat Alam Semesta, Lima Guntur Membelah Neraka, Api Syurga Meragut Lalang, Seribu Bayang Syaitan, Hikmat Laut Biru Nila dan macam-macam la lagi. Aku tak tau la sapa punya idea ni tapi kadang-kadang macam entah hapa-hapa! Hahah!

Ia juga banyak menggunakan perkataan aura dalam hikmat-hikmat pendekar tu. Aura Biru Nila la, aura itu dan aura ini. Tak salah aku komik ni lah yang mempopularkan perkataan aura kat sini. Sebelum tu rasanya jarang orang guna perkataan tu.

Selain tu dialog-dialog yang digunakan agak skema dan tak natural. Ye la, sebab translate kan. Antara dialog yang paling aku ingat :

"Apabila keranda dibawa, barulah bercucuran air mata!" Macam pelik kalau dalam bahasa Melayu, mungkin ia direct translationdari bahasa Kantonis.

Selain tu, bunyi effect tumbukan, penerajang, apa semua tu pun kelakar. Bukannya ditulis Dush! Kaboom! Prak! Debush! Dusyum! atau Crash!... Tapi Hong! Po! Hu! Wah! Chu! Yak! Peng! Sha! Zi! dan entah apa-apa la lagi!

Apapun, bagi aku apa yang membuatkan komik-komik ni menjadi tarikan ialah lukisannya yang detail, jalan cerita menarik dan karakter-karakter yang kuat.

Ok. Tamat imbas kembali.





ji fat (hero dlm komik ni)


duke ji chang (bapak si ji fat)


ji kao (abang si ji fat)


orang2 kuat duke ji chang


maharaja zhou (org jahat)


antara orang2 kuat maharaja zhou


sami besar


sami roh


tuan punya kota khayalan
(antagonis yg paling faveret)


sang pipit merah
anak tuan punya kota khayalan
(daya tarikan komik ni! cair aku dibuatnye dulu! lg2 scene time die mandi)



sang naga hijau
anak tuan punya kota khayalan

(karektor yg paling aku minat skali, segak bgaya)



sang harimau putih
anak murid tuan punya kota khayalan



sang kura hitam
anak murid tuan punya kota khayalan




ifrit utama
tok guru maharaja zhou



rahib esa
tok guru ji fat



sang harimau muda
anak murid ji fat



tok bulu hijau



tok harimau bintang



tok waja cacat



tok rajawali




Selain itu terdapat ramai watak yang hebat-hebat lagi. Yang lawaknya terdapat pelbagai nama watak dan nama hikmat yang selalu tertukar-tukar contohnya macam Hikmat Cermin Sakti Kayangan jadi Hikmat Cermin Cakerawala, Hikmat Alam Semesta Terbalik jadi Membalikkan Bumi dan Angkasa, Ji Kao jadi Ji Hao, Suku Baidi jadi Suku Mara dan banyak lagi..

Namun ia tidak menjejaskan kesedapan cerita ni. Kalau korang baca betul-betul dari episod 1 sampai episod akhir 163, jalan ceritanya digarap dan dirancang dengan teratur dan teliti dari Ji Fat dilahirkan bersama batu delimanya sehinggalah beliau menewaskan Maharaja Zhou yang amat zalim dan keji dalam sejarah China itu.

Kalau dalam internet ni terdapat koleksi Alam Perwira dari pelbagai sumber dan yang dalam versi Indonesia pun ada berjudul Legenda Putra Langit dan Genta Nirwana. Apalagi, jom la baca sekarang. 

Zaaass kita layaaann..

Mari baca sinopsis cerita Alam Perwira:


Pada pemerintahan Maharaja Zhou, dinasti Shang mengalami zaman pemberontakan rakyat yang tidak puas hati dengan corak pemerintahan yang bersifat zalim, kejam, brutal, gila seks, cukai tinggi (lintah darat), pilih kasih dan semua sifat yang jahat. 

Jifat yang lahir daripada keluarga bangsawan (Duke Ji Chang) pemerintah bahagian barat China dibawah kuasa Maharaja Zhou ditakdirkan dapat menumpas pemerintahan zalim Maharaja Zhou tersebut. Ji Fat menjalani dan menghadapi kehidupannya dengan penuh kesabaran serta mengalami pelbagai kesusahan dan kecelakaan yang menimpanya.

Setelah menilik mimpinya (tilikan bintang), maharaja Zhou telah sedar ancaman dan bahayanya Ji Fat di dalam pemerintahannya. Lalu baginda memerintahkan Duke Ji Chang mempersembahkan Ji Fat ke istana sebagai ganti tawanan terhadap abangnya, Ji Kao yang tinggal di kediaman istana.
(sebenarnya...dia tu nak bunuh Ji Fat). Akan tetapi Duke Ji Chang yang terkenal dengan sikapnya yang taat setia kepada Raja telah melangsungkan upacara pemujaan terhadap Ji Fat selama tujuh malam untuk menjauhkan bahaya yang akan menimpa anaknya itu setelah dia juga menilik petanda-petanda semasa Ji Fat dilahirkan.

Bermula daripada pemujaan terhadap Ji Fat sehinggalah perjalanan ke istana, Ji Fat diduga dengan penuh pancaroba. Ji Fat telah mempelajari "Hikmat Alam Semesta" daripada bapa saudaranya Rahib Esa disamping tunjuk ajar bapanya sendiri. Malahan semasa di Kota Khayalan, Ji Fat turut juga mempelajari "Hikmat Kubah Berdarah", sejenis hikmat yang dikuasai oleh Tuan Punya Kota Khayalan, memperolehi Hikmat Pembalikan Bumi dan Angkasa oleh Rahib Esa dan juga Hikmat Pedang Kayangan. Ji Fat dibantu oleh Tok Jiang atau Jiang Ziya yg terkenal dalam sejarah purba China (pakar Ilmu Limunan) dan anaknya Jiang Chong, Tok Bulu Hijau, Ji Kao (abangnya yang dipengaruhi roh Ifrit Utama) dan lain-lain lagi.

Akhirnya pertarungan dengan Maharaja Zhou tidak dapat dielakkan lagi setelah berjuta-juta rakyat mati termasuklah jaguh-jaguh handalan seperti Ji Kao,Tok Bulu Hijau, Duke Ji Chang, Rahib Esa, Arya Mara, Ifrit Utama, Siluman Angkasa dan lain -lain lagi dalam pertempuran yang menggegarkan bumi dan angkasa.

Ji Fat yang ditemani oleh Pedang Kayangan berazam akan menghapuskan Maharaja Zhou yang zalim bagi membebaskan rakyat daripada kuasa zalimnya di samping melunaskan hutang darahnya atas kematian kaum kerabatnya.

Kata kunci : komik alam perwira, alam perwira tony wong, lagenda putra langit, genta nirwana, alam perwira download, baca komik perwira online, dewata raya, senjata misteri, jejak wira, dendam kesumat, wira sakti, pedang setiawan, lingkaran terkunci, medan tempur, alam perwira ji fat

Santai Azim Aris

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...