Kelebihan Samsung Galaxy Note 3

galaxy-note-3-3
Hari ini pada 20 September 2013, kita dapat melihat kelebihan Samsung Galaxy Note 3. Samsung Malaysia telah melancarkan dengan rasminya Samsung Galaxy Note 3. Secara ringkasnya spesifikasi Samsung Galaxy Note 3 ini ialah :
Galaxy Note 3
Rangkaian: 2.5G (GSM/ GPRS/ EDGE): 850 / 900 / 1800 / 1900 MHz, 3G (HSPA+ 42Mbps): 850 / 900 / 1900 / 2100 MHz, 4G (LTE Cat 4 150/50Mbps)
Prosesor: 2.3 GHz Quad-Core (LTE) / 1.9 GHz Octa Core (3G)
Paparan: 5.7-inci Full HD Super AMOLED (1920 x 1080)
OS: Android 4.3 (Jelly Bean)
Memori: 32/ 64 + microSD (sehingga 64GB), 3GB RAM
Saiz: 151.2 x 79.2 x 8.3mm
Berat: 168g
Bateri: Li-ion 3,200 mAh
Kelebihan Samsung Galaxy Note 3 ialah mempunyai paparan yang lebih besar dan jelas iaitu 5.7 inci Full HD Super AMOLED. Kalau layan movie HD kat sini pun kita akan rasa puas hati. Selain itu Samsung Galaxy Note 3 ini diperkemaskan dengan balutan kulit berwarna dibahagian belakang. Terdapat beberapa pilihan warna. Dengan adanya kulit ini HP korang akan lebih cantik dan tidak akan bercalar lagi.
Kelebihan Samsung Galaxy Note 3 yang sangat mengancam ialah teknologi S Pen terbarunya.
“Apabila S Pen disentuh pada skrin dan butang ditekan, satu menu dengan pilihan lima tugasan khas dipaparkan yang membolehkan pengguna menulis nombor telefon atau alamat untuk membuat panggilan, disimpan dalam telefon, menghantar e-mel atau mencari pada peta; membulatkan maklumat untuk disimpan atau melukis kotak untuk membuka aplikasi tertentu.” – metro
Kelebihan Samsung Galaxy Note 3 yang terakhir dapat saya senaraikan ialah peingkatan kuasa bateri sehingga 3200 mAh. Ini dapat dibuktikan dengan video boleh dimain empat jam lebih lama, iaitu peningkatan kira-kira 40 peratus.
Selain itu Samsung Galaxy note ini juga boleh disambungkan dengan Samsung Galaxy Gear (jam tangan). Lepas ni tak boleh dah nak pakai TISSOT, RADO atau Gshock. Ciri S Voice yang terdapat pada jam tangan Samsung Galaxy Gear membolehkan arahan suara diberi untuk membuat panggilan, menghantar pesanan, dan sebagainya. Kita tidak perlu mengeluarkan Samsung Galaxy note 3 anda dari beg atau poket seluar, hanya angkat tangan berhampiran telinga macam kita angkat telefon seperti selalu. Selain itu kita juga boleh mendail nombor terus daripada skrin Galaxy Gear.
Azim Aris

Setiap orang ada pendapat tersendiri. Apa pula pendapat anda? Kongsikan artikel ini untuk manfaat serta layari juga blog utama saya : CIKGUZIM

2 Comments

Previous Post Next Post