Highland Tower Berhantu?

Tragedi Highland Towers merupakan tragedi runtuhan 1 dari 3 blok kondominium di Taman Hillview, Ulu Klang, Selangor, pada 11 Disember 1993. Tragedi tersebut adalah satu-satunya tragedi bangunan runtuh yang pertama dan terburuk setelah Malaysia mencapai kemerdekaan. Seramai 48 orang terkorban dalam tragedi yang menyayat hati ini. Highland Towers merupakan tiga blok pangsapuri 12 tingkat yang dinamakan Blok 1, Blok 2 dan Blok 3.
Musim tengkujuh di Malaysia iaitu bulan November dan Disember membawa hujan lebat melampau setiap tahun dan boleh menyebabkan banjir , banjir kilat dan tanah runtuh. Blok 1 Highland Towers runtuh selepas hujan yang turun 10 hari berturut-turut menyebabkan gelongsoran tanah selepas tembok penahan tempat meletak kereta kondominium itu runtuh. Kadar air luar biasa menyebabkab tahap kelembapan tanah, kekuatan struktur tanah, keseimbangan kandungan bendalir di dalam tanah dan pelbagai lagi perkara yang berkaitan.Hutan Hujan Khatulistiwa yang padat memenuhi Banjaran Titiwangsa dengan daunnya yang lebar serta berakar tunjang, sekali gus mampu menampung dan menerima taburan hujan yang lebat dan bertindak sebagai pemangkin kepada tanah. Apabila tidak ada tanaman tutup bumi, air akan meresap ke dalam tanah dan menjadi pelincir kepada gelongsoran tanah dan bangunan di atasnya.
Kawasan yang bertanda o merah merupakan khemah khemah bagi petugas penyelamat termasuklah setesen TV tempatan,Bomba,Polis,Jabatan Ukur dan Pemetaan dan badan badan kebajikan
Picture
Picture
Kerja pemantauwan pegerakan bangunan Highland Tower bagi Block A & B.Bacaan pegerakan di ambil setiap 15 minit dan dijalankan 24 jam
Picture
Picture
Picture
Berihat selepas menjalankan kerja2  cerapan.
Picture
hampir sebulan selepas kejadian
Picture
Pasukan Penyelamat sedang mencari mangsa di bawah runtuhan bangunan.
Picture
Runtuhan bangunan Highland Tower
Picture
Anak lelaki tunggal bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia Datuk Musa Hitam, Carlos Rashid dan isteri, Rozita Datuk Abu Bakar terbunuh. Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang selepas disembahyangkan di Masjid Jamek Kampung Barupada 21 Disember 1993.
Picture
Yap Kien Seng (18) . Dr Mohd Shah Mahmud yang melakukan bedah siasat menyatakan punca kematian adalah traumatic asphyxia akibat tertimbus di bawah bangunan yang runtuh.
Wanita Korea, Jung Soon Bahk, 45, selain Daryl Koh Wai Kin, 3, Yap Hsiao Mei, 18 dan ibu Yap, Wong Mee Thai, 35, serta Douglas Ong Tee Ming, 17 . Ahli patologi juga pakar runding di Bahagian Forensik Hospital Besar Kuala Lumpur, Dr Mohd Shah Mahmud mengesahkan kematian kematian mengejut sebagai punca.
TAHUN 2013 : Genaplah angka keramat 20 tahun kejadian Highland Tower yang mengorbankan 48 nyawa. Suatu tragedi menyayat hati yang menyentap naluri, menyentuh snaubari dan meluluhkan hati seluruh rakyat Malaysia. Merupakan suatu kawsan kejiranan yang elit, Highland Tower menjadi pilihan kebanyakan warga asing untuk tinggal di situ. Walaupun Highland Tower diklasifikasikan sebagai apartment, namun kedudukannya yang strategik menjadikan ianya menarik dan selesa untuk didiami.Mungkin ramai yang tidak ambil tahu dan peduli mengenai Highland Tower ini. Namun hati kecil aku terdetik untuk terus mengkaji sejarah dan ingin aku berada di sana jika diberikan peluang untuk menjelajah dan meneroka apa itu Highland Tower. Setiap hari, lepas pulang dari kerja, saban hari aku melihat dari MRR 2 atau di Jalan Datuk Keramat menghala ke Ukay Perdana, tersergam 2 buah blok usang Highland Tower. Hati kecilku memberontak dan ingin ke sana. Namun ditahan oleh orang kesayanganku. Apakan daya, nasihatnya perlu aku ikuti. Diriku bukan sihat sangat nak kesana. Nanti lain jadinya. Apa pun terima kasih sayang kerana mengambil berat perihal diriku.Apakah rahsia di sebalik Highland Tower ini ? Apakah yang dapat aku singkapkan ? Sejak aku temui tampalan daripada Abg Mazidul di blognya berkaitan entiti yang wujud di Highland Tower, hatiku bergelodak ingin ke sana. Apa yang dipaparkan oleh Abg Mazidul amat menarik minat diriku untuk menjelajah setiap inci ruang yang ada di Highland Tower. Wah! Aku mohon berkongsi link blog Abg Mazidul untuk anda semua tatap penemuan yang ada di Highland Tower.Di sini aku berikan link untuk anda sama - sama meneroka...Rahsia di sebalik runtuhan Highland Tower 20 tahun lalu.......

Gambar Entiti Paranormal Dirakamkan Di Highland Towers:
Seperti pembaca ketahui, saya dan kru pengkaji kes paranormal 666 berkunjung ke Highland Towers pada tengah malam 2 Julai lalu.

Kisahnya di sini.

Tengah hari tadi, saya dihubungi Azree Ja'far, dan memaklumkan saya berita menarik. Apapun sebelum itu mari bersama kita teliti gambar saya rakam menggunakan camera Canon Power Shot G12 di ruang unit di blok kondominium masih tegak berdiri.

Gambar berikut dirakamkan di antara jam 2.32 dan 2.34 pagi.
Picture
Picture
Picture
Picture
Picture
Melalui pengalaman, ingin saya kongsikan bersama semua pembaca, lazimnya kehadiran orbs dianggap sebagai isyarat jelas kewujudan entiti paranormal lain.

Blogger, Green Apple Ku menghuraikan informasi berhubung 'orbs' dalam tampalannya awal hari ini, klik di sini.

Pada ketika rakaman dilakukan,  saya masih ingat, Rahmat Mokhtar menjerit ...

"Huh! Tengok bacaan IR Thermometer jadi gila!"

Suhu asas, kira-kira 80°F menurun secara mendadak. Perhatikan bacaan pada skrin Infrared, IR Thermometer, dipegang oleh Rahmat.
Picture
Picture
Picture
Untuk rekod, pengkaji paranormal percaya, jika suhu naik atau turun secara mendadak dengan julat plus minus 10°F, itu isyarat jelas kewujudan entiti paranormal di kawasan sekitar.

Mari kita teliti gambar dirakamkan Azree di ruang sama.
Picture
Picture
Picture
Picture
Picture
Gambar sama saya paparkan dalam bentuk night vision dan heat sensor mode.
Picture
Picture
Seingat saya, pada ketika rakaman dibuat, tiada kapal terbang melintas di ruang udara di atas blok kami tinjau.

Lebih ganjil, entiti berwarna putih itu kelihatan 'dibasahi' warna merah di bahagian kelihatan seperti kepala, hujung kanan.

Untuk rekod, antara 48 mangsa terkorban dalam tragedi 11 Disember 1993, bayi berusia 6 bulan dan warga emas, 76 tahun.

Kru 666 tidak berhasrat membuat sebarang spekulasi berhubung identiti entiti terbabit tetapi kami memohon pembaca beragama Islam untuk menyedekahkan bacaan Al-Fatihah kepada semua mangsa beragama sama maut dalam kejadian ngeri itu.

Al-Fatihah.

Kisah Seram :

Hal ni dah banyak tahun dah berlaku.time malam tu kitaorang pergi melawat highland Tower, konon nk tgok misteri tempat tu la.time tu malam jumaat.kitaorang pergi satu kereta, aku duduk depan, driver tu kawan aku.belakang cousin aku dgn member aku dua org.sampai tu keadaan ok ja. kitaorg berpecah jalan2.area tu, snap gamabr lagi.20minit tu kitaorg nak balik dah. jumpa kat kereta, so semua setuju.yg kawan aku sorang nama Afiq. dari dalam kereta senyap ja.sampai highland tower pun still senyap ja, dah nk balik pun senyap lagi.so kitaorg x kisah la. dah kitaorg turun, kitaorg pergi lepak kat satu kedai mamak ni. dah mamak ambik order member akusi Afiqyg senyap ni x order apa2. pelik sungguh perasaan kami semua.selalunya dia fevret la nasi mamak ni.sebelum air yg kitaorg order sampai. phone cousin aku berbunyi.yg call tu member kitaorg Afiq yg senyap tu.then cousin aku tanya Afiq ni, “knapa ko call aku ni?”afiq ni tgok cousin aku pastu pandang bawah.cousin aku pon jawab la call tu.alagkah terkejutnya cousin aku apabila afiq ni cakap.”korang kat ne? knapa korang balik tinggalkan aku?” siap maki2 lagi.cousin aku cakap, kat kitaorg ” geng, Afiq kat highland tower lagi la.” yg sebelah kau ni bukan Afiq.x sempat order kitaorg sampai, kitaorg chow, si Afiq hantu ni pun follow naik kereta sampai highland tower.bayangkan time dalam kereta siap bau wangi2 lagi,bau kemenyan lagi, dalam hati jgn cakap la, doa macam2 baca, berbuih mulut2 sampai highland tower, si afiq hantu turun kereta dah jalan 5-6 langkah mcm tu, terus ghaib. then the real Afiq sampai, cousin aku tarik tangan Afiq ni masuk kereta turun terus pergi kedai mamak tadi.sampai kedai mamak td, baru real Afiq tahu kisah sebenar.
pergh. itulah pengalaman pertama dan terakhir aku ke highland tower.

Sumber : http://marwani.weebly.com/2/post/2013/03/sejarah-highland-tower.html
Azim Aris

Setiap orang ada pendapat tersendiri. Apa pula pendapat anda? Kongsikan artikel ini untuk manfaat serta layari juga blog utama saya : CIKGUZIM

7 Comments

  1. Allahualam ,Ya Rab lebih mengetahui :)

    ReplyDelete
  2. Takutnya baca cerita kawan tu..... pergh mmg seram tu..,

    ReplyDelete
  3. Seram giler.. boleh pulak dia ikut smpai kedai mamak.. ya allah apa la korang menggatal ke tempat tu hahahaa.. :D

    ReplyDelete
  4. sedih pulak bila kenangkan kejadian highland tower ni

    ReplyDelete
  5. masa ni umur aiza 10 tahun.. al-fatihah kepada semua mangsa..
    p.s: aiza dah masukkan dalam bloglist lelaki..

    ReplyDelete
  6. erkkk...boleh plak afiq hantu ikut balik semula ke HT. haaa tu lah, yg hangpa pi gatai nk ke HT tunjuk terror tu watpa? ni lagi satu kisah kat JB, VN yg dak sengal perbodohkan 1 Malaysia, CiM marah btul pasal hal tu. apsal laaa gi nyebok2 sgt nak tengok hantu. psyco ke ape??

    hihi...emosi plak

    ReplyDelete
Previous Post Next Post