Nikmat dan rezeki yang diberikan Allah SWT terhadap hambaNya, termasuk yang bukan Islam bertepatan dengan sifat Al-RahmanNya. Bermakna Dia akan memberi kebaikan terhadap mereka yang sentiasa berusaha.
Namun ada hari-harinya kita berdepan dengan masalah kewangan sehingga perbelanjaan tertentu terpaksa dipotong dan rasa seperti tidak ‘cukup’.
Sebagai umat Islam, terdapat beberapa amalan dan doa murah rezeki yang boleh diamalkan malah amat disukai Allah SWT. Berikut adalah antara amalan dan doa supaya rezeki kita dilancarkan dan melimpah ruah. Sesungguhnya rezeki Allah itu sangat luas dan tidak menjadi persoalan sama ada rezeki itu sedikit atau pun banyak. Yang penting sekali rezeki yang diperolehi itu diberkati, halal dan sentiasa rasa mencukupi walaupun ia sedikit.
Sentiasa beristighfar
Solat 5 waktu
Sentiasa bersedekah
Sentiasa mendoakan kesejahteraan ibubapa
Memudahkan urusan orang lain
Ya Allah,
Berikanlah kepada kami rezeki yang luas
Kurniakanlah kepada kami rezeki yang Halal lagi baik tanpa memberatkan kami
Ya Allah,
Jika rezeki kami ada di langit makaturunkanlah
Jika ada di bumi maka keluarkanlah
Jika jauh maka dekatkanlah
Jika dekat maka mudahkanlah
Jika sedikit maka banyakkanlah
Jika banyak maka berkatilah
Agar kami dapat menolong anak-anakyatim, fakir miskin, dan mereka yang dalamkesusahan dan kedaifan.
Ya Allah,
Kabulkanlah doa kami
Amin Ya Robbal ‘Alamin.
Perbuatan berbentuk rintihan hamba kepada Allah SWT kerana kesal dan mengakui dosanya. Allah SWT amat suka dan kasihan kepada mereka yang sering bertaubat. Allah SWT akan memberi rezeki kepada mereka yang sentiasa beristighfar seperti yang dijanjikanNya di dalam sebuah hadith :
“Barang siapa memperbanyakkan istighfarmaka Allah SWT akan menghapuskansegala kedukaannya, menyelesaikan segalamasalahnya dan memberinya rezeki dariarah yang tidak disangka.” (RiwayatAhmad, Abu Daud, an-Nasa’I, Ibnu Majahdan Al-Hakim dari Abdullah bin Abbas .a.).
Jika mahu rezeki sentiasa masuk dan mendapat keberkatanNya, pastikan anda tidak tinggal solat 5 waktu, malah lebih elok jika mampu menunaikan secara berjemaah.
Firman Allah SWT dalam hadis qudsi yang bermaksud :
“Wahai anak Adam, sempatkanlah untukmenyembahKu nexcaya Aku membuathatimu kaya dan menutup kefakiranmu.” (Hadis Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majahdan Al-Hakim dari Abu Hurairah R.A).
Tahukah anda, mereka yang gemar bersedekah hartanya tidak berkurangan bahkan semakin bertambah. Sentiasa ikhlaskan hati ketika bersedekah tanpa mengharapkan sebarang balasan.
“Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkanoleh) orang-orang yang menafkahkanhartanya di jalan Allah adalah serupadengan sebutir benih yang menumbuhkantujuh bulir, pada tiap-tiap bulir seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagisiapa yang Dia kehendaki. Dan Allah MahaLuas (KurnianNya) lagi Maha Mengetahui.” (Al-Baqarah: 261).
Janganlah kita menjadi golongan anak derhaka yang mengabaikan ibu bapa dan hanya mengingati mereka ketika berdepan dengan kesempitan hidup. Berbaktilah kepada mereka selama mereka masih hidup dan sentiasa mendoakan kebaikan buat ibu bapa.
Sabda Rasulullah SAW:
“Apabila hamba itu meninggalkan berdoakepada kedua orang tuanya nescayaterputuslah reseki (Allah) daripadanya.” (Riwayat Al-Hakim dan Ad-Dailami).
Sentiasa ada kebaikan untuk kita apabila kita berbuat baik terhadap orang lain. Malah Allah SWT akan permudahkan pula urusan kita. Justeru itu, sentiasalah memudahkan urusan orang lain, lebih-lebih lagi mereka yang di dalam kesusahan.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Siapa yang menunaikan hajat saudaranyamaka Allah akan menunaikan hajatnya.” (Hadis Riwayat Muslim).
Selain amalan, umat Islam digalakkan sentiasa berzikir dan mengamal sertamenghafal doa murah rezeki.
Asma’ul Husna boleh dijadikan sebagai doa murah rezeki seharian kerana ia menenangkan, menjernihkan dan melunakkan hati serta mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu. Selain membantu melapangkan rezeki, ia juga membantu ‘memaniskan’ iman.
Surah Al-Ikhlas juga boleh diamalkan sebagai doa murah rezeki. Sebagaimana Hadis Riwayat At-Tabrani yang bermaksud:
“Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlasketika masuk rumah maka berkat bacaanmenghilangkan kefakiran dari penghunirumah dan tetangga”.
Surah Al-Waqi’ah juga punya ‘khasiatnya’ tersendiri dalam usaha untuk melapangkan rezeki.
“Barangsiapa membaca surah Al-Waqi’ahsetiap malam, maka tidak akan menimpakepadanya kepapaan. Dan surat Al-Waqi’ahadalah surat kaya, maka bacalah dan ajarkanlah kepada anak-anak kamu.” (Hadis Riwayat Al-Baihaqi dalam Syu’ab Al-Iman).
Selain itu, perbanyakkan membaca “La Hawla Wala Quwwata Illa Billah” yang bermaksud “Tiada daya dan tiada kekuatankecuali dengan pertolongan Allah semata-mata.”
Begitu juga dengan membaca “La IllahaIllallah Al Malikul Haqqul Mubin” yang bermaksud “Tiada Tuhan yang disembahmelainkan Allah, Allah yang Maha Benarlagi Maha Nyata.”
“Barangsiapa setiap hari membaca La illahaillalla al malikul haqqul mubin maka bacaanitu akan menjadi keamanan daru kefakirandan menjadi penenteran dari rasa takutdalam kubur.” (Hadis Riwayat Abu Nu’aimdan Ad-Dailami).
Juga, anda boleh amalkan membaca doa murah rezeki ini:
Semoga Allah SWT sentiasa kabulkan doa dan hajat kita semua, malah sentiasa permudahkan urusan seharian kita dalam mencari rezeki yang berkat dan halal.
P/S : Blog secara rasmi telah berpindah ke total new akaun sbb tiada penaja dah. Kalau ada mungkin ada comeback. Kalau 😂. Salam raya dari azimaris. 2001-2019.
Assalamualaikum..
ReplyDeleteSalam ukwah dari saya untuk anda..
Jom follow blog https://www.iyaseo.id/
Tinggalkan komen dan saya akan cuba membalas komen anda..
Saya akan berusaha membalas kunjungan anda jika berkesempatan..
Komen yang baik2 sahaja ye..
Semoga ikatan ukhwah kita akan berterusan..
Terima kasih sekali lagi..ya