MyKad anda rosak? eh..sekarang buat gantian secara online la..kenapa tak percaya?? Perkara ini di nyatakan oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusop.Permohonan gantian MyKad secara online ini boleh di lakukan secara talian di portal rasmi Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
Cuma tiga jenis gantian sahaja yang dibenarkan atau di sediakan melalui secara online ini iaitu disebabkan cip dan kad rosak, gantian MyKad biasa dan gantian MyKad hilang yang tidak melebihi lima kali.
pemohon boleh memohon gantian MyKad melalui portal JPN pada jam 8 pagi hingga 11 malam pada Isnin hingga Jumaat, jam 8 pagi hingga 2 petang (Sabtu) dan 8 pagi hingga 9 malam pada Ahad.
Cara pembayaran bayaran permohonan secara dalam talian boleh dilakukan dengan menggunakan kad kredit Visa dan Master Card.
Tags:
Umum