Achik Spin Meninggal Dunia


Baru tadi petang aku tengok dia nyanyi kat dalam tv2 ... untuk rancangan hiburan bergandingan dengan Nana .. Siap mak aku kata dia makin gemuk ..tapi dia nyanyi tadi pun macam takde mood jer .. hurmm .. aku dok tengok je muka dia tadi .. tak sangka , rancangan tadi tu adalah kali terakhir aku tengok dia di tv semasa beliau masih bernafas...

Dari satu blog yang aku nampak hasil dari ping terkini di GB , mengatakan Achik Spin telah mengalami kemalangan dan meninggal dunia .. Aku tak pasti kesahihan berita tersebut .. Sbb tngok dalam blog je ni .. Korang baca la sendiri ek ... Kalau benar .. Al-fatihah buat roh beliau ..

Macam aku kata sebelum ni , kelopak mata kita ni pejam celik pejam celik ... satu hari nanti , ia pasti akan terpejam buat selama lamanya .. Yang rasa banyak dosa termasuk aku ni ... bertaubatlah ... kita tak tau bila kita akan mati ... entah sampai hari tua atau tidak ... entah sempat minta ampun ke tidak .. senantiasalah beristighfar ... meminta ampun pada NYA ...
Azim Aris

Setiap orang ada pendapat tersendiri. Apa pula pendapat anda? Kongsikan artikel ini untuk manfaat serta layari juga blog utama saya : CIKGUZIM

Post a Comment

Previous Post Next Post