Wednesday, April 21, 2010

UIAM ~ Lambang Cinta Yang Lara...



Ahh lama rasanya tidak menulis di dalam blog ini semenjak bulan 4 ini datang bertamu. Iyalah bulan ini bulan exam maklum sahajalah sedang berada di akhir pengajian ini dan pada hari ini (20 April 2010) keputusannya telah pun diumumkan dengan rasa penuh debaran.

Yelah! Manalah tahu kot2 ada yang silap. Kita ni manusia biasa kan? Tapi alhmdulillah setelah penat menanti dari pukul 5 tadi hingga senja menanti..
Result aku boleh lah biasa-biasa jer. Sedaplah juga untuk menjadikan tatapan kebanggaan untuk anak cucu aku nanti. Hahaha..Justeru itu juga ia menandakan tamatlah sudah pengajian aku ini sebagai graduan di UIAM dalam ijazah sarjana muda. Niat dihati ada juga nak berminat nak sambung tapi biarlah dahulu kerna ingin mencuba berkerjaya terlebih dahulu. Nak kawin pula ni haha..

Justeru itu aku sudah lah terpisah dengan UIAM stelah hampir tepat 6 tahun pengajian dari April 2004 saaaampai lah April 2010. Lamanya?? Huhuhu selama itu jugalah banyak perkara suku duka yang sudah aku tempuh dan hadapi mengajar diri supaya berdikari..Memang banyak pengalaman manis untuk dikenangi macam sinaran mentari memancar di taman hati..

Jadi, terpaksalah aku mengucapkan selamat tinggal kepada UIAM dan 'pelangi' yang jarang muncul di situ tapi sering aku tunggu kemunculannya. Memang indah! Hahaha aku memang jiwang jangan marah brother & sister sekalian. Jadi, aku pun menjadikan UIAM sebagai lambang cinta yang lara.. Bye UIAM dan wahai dikau pelangi yang begitu cantik mewangi membuatkan daku sering termimpi nanti panjang umur kita ketemu lagi InsyaAllah :') .......
........................................................
..............................................
....................................
...........................
...................
........

No comments:

Santai Azim Aris

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...