Kehebatan Pawang Nong




Biodata Pawang Nong

Pawang Nong atau nama biasa Haji Nong Taib Bin Santan. Beliau juga adalah orang kuat Mat Kilau. Pernah terlibat dalam tugas penting semasa keganasan komunis. 

Pawang Nong mempunyai dua orang isteri serta dikurniakan 11 orang anak hasil perkahwinan beliau iaitu isteri pertama iaitu Patam Mat Sama yang dikurniakan 8 orang anak iaitu 4 orang lelaki dan 4 orang perempuan. Bersama isteri kedua yang bernama Hajah Halimat Binti Mak Long, Pawang Nong dikurniakan 3 orang anak iaitu 1 lelaki dan 2 perempuan.

Pawang Nong dilahirkan di Kampung Sempiat,Tanjung Besar, Benta Kuala Lipis pada tahun 1874. Pawang Nong meninggal dunia pada 10 November 1977 di Kampung Ulu Cheka.Sekarang kita boleh melawat kubur Pawang Nong di perkarangan masjid Kampung Ulu Cheka, Jerantut, Pahang. Sekitar kampung Ulu Cheka ini masih banyak terdapat waris-waris Pawang Nong.

Zaman Jepun, Komunis & Orang Minyak

Pawang Nong pernah berjaya menangkap orang minyak yang berluluasa di sekitar Ulu Cheka dan Damak.Ketika zaman penjajahan tentera Jepun, Pawang Nong berjaya memagari kawasan perkampungan dari Kampung Damak sehinggalah ke kampung Ulu Cheka sehingga tidak dilihat atau dicerobohi oleh tentera Jepun.Cerita lisan yang penah diceritakan akan kehebatan beliau bila mana beliau penah di tangkap oleh tentera komunis diikat dengan rantai bersama anaknya ketika belia hanya membiarkan sahaja sehingga beliau dibawa kesatu tempat mungkin sudah melewati batas kesabarannya beliau dengan sekali sentap sahaja rantai besi yang mengikatnya telah lucut drp tangannya.

Kehebatan anaknya ketika tidak kurang hebatnya dengan sekali tepukan pada meja yang dibuat daripada kayu telah seakan hancur berkecai. Pada masa yang sama juga komunis sudah tidak berkata apa-apa semuanya meninggalkan dua beranak tersebut.

Kehebatan lain yang penah diceritakan kisah beliau boleh meminjam peralatan seperti pinggang mangkuk daripada org halus (org bunian) utk kegunaan penduduk kampungnya bila mana mereka ingin membuat majlis kenduri dan sebagainya. Malangnya tradisi ini tidak dapat diteruskan walaupun ketika hayat beliau masih ada kerana perjanjianya dengan makhluk tersebut telah dilanggar, pinggang mangkuk yang pecah mesti dipulangkan macam mana sekali pun keadaanya, ada diantara penduduk tidak mengindahkan perkara ini ada di antara mereka terus membuangkannya sahaja lantaran mereka sendiri yang menlanggar perjanjian ini walaulupun telah dinasihakan oleh beliau. Kisah ini cukup terkenal suatu ketika dahulu, kini ia lenyap begitu sahaja.

Sebuah sekolah di Jerantut mengabadikan nama beliau

Di atas jasa-jasa dan kehebatan serta penghormatan kepada beliau pihak Inggeris ketika telah menganugerahkan dua Bintang kebesaran Kerajaan Britsh kepadanya. Anugerah bergitu tinggi nilanya kerana tidak semua org mampu untuk memilikinya. dan di atas sumbangan bakti beliau sebuah sekolah telah mengabadikan nama beliau sekolah di kampungnya di beri nama Sekolah kebangsaan Pawang Nong Ulu Cheka Jerantut.

Pawang Nong Mengubat Penyakit

Pada tahun 1962 (jika tak silap). Pada suatu ketika telah berlaku musim "hawar" melanda kawasan Ulu Cheka dan kampung sekitar. Hj Nong Taib bin Santan atau Pawang Nong telah memulakan "mentera" menghalau makhluk halus yang dikatakan sering menggangu penduduk mukim berkenaan yang membawa wabak penyakit. Oleh kerana terlalu lama berlaku, Allahyarham berjaya "menghalau" makhluk halus dengan izin Allah SWT. Upacara tersebut diadakan dirumah salah seorang penduduk tempatan di Kg. Tanjung Puteri, Ulu Cheka bernama Hj Imam Noor. Apa yang menakjubkan, ketika "menghalau" lampu rumah dipadamkan, cuma diterangi dengan api lilin yang dipegang oleh beliau. 

Semasa menghalau, Allahyarham telah melakukan lompatan menghadap ke arah pintu besar rumah tersebut menyebabkan rumah bergegar. Lantas menyatakan di sana "ada kuman". Hadirin yang agak ramai kelihatan terkejut juga.  Diluar rumah kelihatan gelap gelita manakala pokok-pokok sekitar rumah bergoyang seolah-olah ditiup angin yang kencang. Dengan izin Allah SWT, itulah sebahagian ilmu dimiliki Allahyarham bernama Hj Nong Taib atau Pawang Nong dianugerahkan kepadanya.

Ini bukanlah sejarah, tetapi hanya ingatan tetapi bukan dongeng. Kehebatan Allahyarham bukan sahaja boleh menghalau komunis tetapi juga "makhluk gangguan"...

Wallahualam bii sawob...
Azim Aris

Setiap orang ada pendapat tersendiri. Apa pula pendapat anda? Kongsikan artikel ini untuk manfaat serta layari juga blog utama saya : CIKGUZIM

Post a Comment

Previous Post Next Post