Din Beramboi Meninggal Dunia


Pelawak popular dan penyampai radio Era, Mior Ahmad Fuad Mior Badri meninggal dunia di Hospital Selayang, lewat malam tadi.

Allahyarham yang dikenali sebagai Din Beramboi menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU) pukul 12.30 malam.

Menurut adik Allahyarham, Rozana Mior Badri, semua ahli keluarga berada di sisi Allahyarham kecuali ayahnya yang tidak dapat hadir.

Katanya, Allahyarham meninggal dunia akibat demam denggi berdarah yang menyebabkan beberapa organ badannya gagal berfungsi.

‘‘Jenazah abang saya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Taman Ehsan, Kepong di sini sebelum solat Jumaat,’’ katanya ketika ditemui di hospital itu, malam ini.

Afdhlin Shauki : Inalillah..... Pada 12.30 malam, kawan kita Din Beramboi telah meninggalkan kita dan pulang ke rahmatullah

Shahriza Mahmud : Innalillah...Takziah buat isteri,anak-anak dan keluarga Allahyarham abang Din..Isteri dan anak-anak sebenarnya sudah dimaklumkan seawal petang semalam mengenai situasinya.Mereka tabah dan sedar semuanya ketentuan Illahi.Walaupun payah,mereka terpaksa pasrah dengan berita yang disampaikan doktor sebelum pemergiannya.

Begitu juga rakan-rakan yang sudah bersedia sejak petang semalam. Itu yang tidak dapat kami sampaikan kepada semua kerana masih mengharap. Sekitar jam 12.30 pagi Jumaat dia telah kembali menemuiNYA..Al-Fatihah..

Azim Aris

Setiap orang ada pendapat tersendiri. Apa pula pendapat anda? Kongsikan artikel ini untuk manfaat serta layari juga blog utama saya : CIKGUZIM

Post a Comment

Previous Post Next Post