Siapakah Yasmin Hunwick?

Sumber: nurizspace
Tak sangka berita yang saya baca ini mengenai salah seorang dari blogger yang pernah saya masuk membaca blog dia beberapa hari lalu. Walaupun saya bukan lah remaja lagi, disebabkan saya tahu juga sikit pasal  ‘boss’ saya , bapa kepada Yasmin, saya suka membaca blog anak ‘boss’ saya tu. Saya mencari juga namanya dan saya jumpa blognya pada tahun 2011, Yasmin Johan Eusoff  Hunwick  anak kepada Encik Johan Eusoff Abdullah, boss saya semasa di Langkawi dulu.

Bila dapat tahu nama Yasmin jadi trending di Twitter saya ingatkan kerana orang suka wajahnya yang comel dan namanya yang org putih, rupanya kerana berita tragis. Berulang kali saya sebut namanya sambil mengalir air mata ni..sebab saya tak percaya apa yang saya baca. Baru beberapa hari lalu saya ada masuk nak tgk apa Yasmin update di blognya.
Tajuk berita, 3 remaja maut dilanggar van di Langkawi keluar dalam akhbar, dan tak sangka salah seorang dari 3 remaja  itu ialah Yasmin. Mengikut cerita di twitter Yasmin jatuh dari motor dan dilanggar dengan van.
Petanda dia sebelum meninggal arwah Yasmin ada mengupload gambar di bawah ini di twitter dan namanya menjadi topik hangat di twitter kerana gambar ini. Arwah  seperti tahu saja dia akan pergi buat selamanya, dia seronok membaca buku 7 Malam Pertama di Kubur dan juga bercerita dia takut untuk tidur malam kerana sering bermimpi buruk.

Namanya antara trending topik di twitter



Yasmin Hunwick bukan popular macam Hanis Zalikha tetapi jika anda masuk dan baca cerita di blog peribadinya anda akan kenal siapa dia. Saya masih lagi terkejut dan tergamam dengan berita ini, bagaikan mimpi. Yasmin merupakan anak sulung keluarga cik Johan dan dia selalu memuatnaik gambar keluarga, bercerita tentang sekolah dan kawan2nya. Arwah ada memuatnaik video dia bermain dengan adik adiknya, video dia praktik latihan piano dan mcm mcm lagi.
Arwah Yasmin sangat berbakat dan comel. Memandangkan dia dari kacukan inggeris dan Melayu dia dilihat pelik di tempat dia tinggal, siapa sangka wajah comel anak kacukan Inggeris ni pandai bercakap loghat Kedah/utara pekat kerana  bapanya dari Penang.
Di twitter nama Yasmin J Hunwick kini menjadi trending, ramai yang bersimpati dan sedih dengang kehilangan Yasmin.
Yasmin berusia 17 tahun akan ambil exam SPM tahun ni . Dalam blognya arwah cerita, dia teruja kerana sudah pandai bertwitter dan sukakan instagram kerana mudah berkongsi gambar dengan rakan rakan di twitter.
Yasmin last post artikel di blognya pada 2 Jun
Dari FB ibu Yasmin:  “Salam semua di fb, di saat ini saya dan Johan tak dapat tidur mengenangkan permergian anak kami, Yasmin Johan ke rahmatullah pada jam 11.50 malam @ 3hb June 2012. Saya ucapkan ribuan terima kasih pada semua yg memberi ucapan takziah melalui fb dan mesej2 lain. Yasmin seorang anak yang baik, bijak, sopan santun dan amat cantik dimata kami dan seorang yg berakhlak tinggi. We will miss her dearly but we will never miss her in our prayers. We still remember her childhood, school days and as a daughter she made us proud. Semoga roh beliau berada disisi orang yg beriman.”
Video Yasmin berlatih piano
Video arwah di myspace
http://www.myspace.com/video/misschronicz/family-xp/59930907
Takziah kepada keluarga encik Johan Eusoff dan keluarga , Al Fatihah buat Yasmin semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang orang yang beriman.

Ini berita kemalangan 3 remaja perempuan dari akhbar Harian Metro
LANGKAWI: Tiga remaja perempuan maut dalam kemalangan membabitkan sebuah motosikal dan sebuah van di simpang lampu isyarat Lebuhraya Kuah di sini, tengah malam tadi.
Pegawai Penyiasat Polis Trafik Langkawi Insp Fairus Mohd Ghazi berkata ketiga-tiga mangsa iaitu Yasmin Suhari, 17, Nor Hazwani Mansor, 16, dan Nur Afipah Aaina Ridzuan, 19, berasal dari Kuah dan merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Mahsuri di sini.
“Mereka yang menaiki sebuah motosikal dari arah lampu isyarat Sungai Menghulu bertembung dengan sebuah van dari arah Batu Asah di simpang berkenaan kira-kira jam 12 tengah malam tadi,” katanya hari ini.
Katanya ketiga-tiga mangsa mengalami cedera parah di bahagian kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian.
Mayat mereka dibawa ke Hospital Langkawi untuk bedah siasat sebelum dituntut keluarga masing-masing hari ini, manakala enam orang yang menaiki van tidak mengalami sebarang kecederaan. – Bernama


Biodata Yasmin Johan Eusoff
Nama Sebenar : Yasmin Johan Eusoffe
Nama Famous Samaran : Yasmin J Hunwick
Tarikh Lahir : 22.2.1995
Asal : Georgetown, Penang
Menetap : Langkawi, Kedah
Status : Yang pasti aku tak kahwin lagi.
Seorang yang : periang , tidak suka perkara remeh temeh , suka berkawan , agak kasar , open-minded , pendiam pada mulanya berkawan tapi akan menggila kemudian , pemain piano , catur , arimathical ,cheerleader.
Tinggi : 164 cm
Berat : 43.2kg
Ciri ciri Fizikal : sangat kurus , berdarah kacukan melayu-inggeris , berjerawat pasir -..-
Facebook : Yasmin J Hunwick / Yasmin J Hunwick II
Blog Yasmin
misschronicz


Sedihnya, lupakan sedih seketika untuk misi dapatkan RM100000

Kata kunci: yasmin hunwick, yasmin j hunwick, takziah yasmin hunwick, blogger yasmin, yasmin hunwick kemalangan, her illusionist, yasmin hunwick trending dalam twitter, al-fatihah yasmin hunwick, siapa yasmin hunwick, takziah buat keluarga yasmin hunwick, biodata yasmin hunwick

No comments:

Santai Azim Aris

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...