Jawatan Kosong Penangkap Tikus Di Terengganu



Berita baik kepada seluruh warga Kuala Terengganu yang berminat untuk membuat kerja-kerja part time sebagai penangkap tikus dengan upah sebanyak RM2 bagi tikus yang berjaya ditangkap hidup-hidup ataupun yang telah mati.

Tawaran akan dikemukakan oleh Majlis Bandaraya Kuala Terengganu tidak lama lagi. Tujuan penangkapan tikus ini dibuat adalah untuk :-
  1. Bandaraya Kuala Terengganu bebas dari ancaman tikus,
  2. supaya rakyat tidak terancam dengan haiwan perosak ini yang boleh membawa penyakit merbahaya seperti kencing tikus,
  3. menjaga imej Bandaraya Kuala Terengganu supaya bersih dari Tikus
  4. memberi pendapatan sampingan kepada penduduk.
Menurut Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said, kempen penangkapan tikus ini akan dilaksanakan di daerah-daerah yang lain sekiranya ianya memberi kesan yang positif.
Azim Aris

Setiap orang ada pendapat tersendiri. Apa pula pendapat anda? Kongsikan artikel ini untuk manfaat serta layari juga blog utama saya : CIKGUZIM

Post a Comment

Previous Post Next Post