Kena serang beb.
Dah lama dah. Memang patut kena balon dah. Masalahnya kita penyokong HM dengan RG ialah dia terlalu ego + berlagak + tak terbuka dengan kritikan meskipun kritikan membina + degil + ikut kepala dia jek.
Yang aku heran.. kritikan2 yang sampai ke rajagopal bukan seme kritikan menjatuhkan. Kritikan membina banyak je pun. Isu rajagopal pilih pemain ikut favourite dia bukan isu lama oke. Hehhe. Tapi apa tindakan pihak pengurusan? Apa tindakan rajagopal? Tah hapa2 punya alasan tah. Kali neh coach kena la lue kaw2. Gua pun sokong jek. Dari coach sampai ke tunggak FAM tue kasi rombak.
Tak dinafikan rajagopal ada banyak pengalaman dan membantu menaikkan nama harimau malaya. Tapi bila dah terlalu lama di atas sampai tak sedar2 apa yang orang bawah cakap pun tak guna juga.
Jasa2 rajagopal kita hargai je tapi buka ruang la dengar kritikan.. cuba baca dan fahamkan apa benda yang blog2 sukan tulis dalam tu.. sedetail2 dan sedalam2 kelemahan seme dinyatakan dan dicatatkan lebih2 lagi selepas perlawanan.. ada pernah terfikir nak terima point2 tersebut dan buat rombakan?