Wednesday, March 20, 2013

Resepi Ayam Goreng Pedas Daun Kari


AYAM GORENG PEDAS DAUN KARI

Heyy memang best la resepi ni. Hari ini nak share sikit cara masak ayam goerng ni, selalu makan ayam goreng tepung. Sekarang cuba ayam goreng pedas daun kari pulak. Yummyyy...


Bahan:-
  • 1/2 ekor ayam - potong sederhana besar
  • 20 tangkai cili padi thai *
  • 2 tangkai cili merah * (yg ni lupa nak tulis masa mula2 publish td...soriiii..huhu)
  • 8 biji bawang merah *
  • 4 ulas bawang putih *
  • 1 inci halia  *  (tumbuk kesemua bahan bertanda * )
  • sedikit gula/madu
  • garam secukup rasa
  • 2 sudu besar kicap pekat
  • 3 tangkai daun kari
  • minyak untuk menggoreng
  • sedikit serbuk kunyit
Cara Memasak:-
  • Ayam dibersihkan, lumur dengan garam dan serbuk kunyit.  Goreng hingga 3/4 masak.  Angkat dan ketepikan.
  • Dalam kuali yang sama, keluarkan minyak dan tinggalkan lebih kurang 1/4 cawan.  Tumis bahan-bahan yang ditumbuk tadi hingga garing dan bau wangi.
  • Masukkan kicap dan gula secukup rasa (*boleh juga tukar dgn madu).
  • Kacau sebentar, masukkan daun kari yang telah disisihkan dari pelepahnya.
  • Akhir sekali masukkan ayam, sedikit garam (jika ayam yg digoreng tadi dah masin, x letak garam pun xpa) dan kacau gaul dalam bahan tadi biar bersalut.
  • Seimbangkan rasa dan tutup api.  Hidangkan dengan nasi putih.  SELAMAT MENCUBA...!


No comments:

Santai Azim Aris

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...