Sunday, September 1, 2013

Awas Kopi Ubat Kuat Beracun

Kementerian Kesihatan seperti yang dilaporkan oleh Berita Harian mengesan 40 jenis minuman segera dijual di pasaran mengandungi bahan beracun dan kimia seperti Sildenafil, Tadalafil, Verdabafil dan Sibutramine yang boleh membawa maut jika diambil tanpa pengawasan doktor. 


Kebanyakan produk itu didapati dicampuri bahan racun berjadual yang digunakan sebagai perangsang seks dan bahan pelangsing yang kebanyakannya dibungkus di kilang haram di negara ini. Kebanyakan produk haram ini dijual secara terbuka oleh peniaga warga asing.

Yang berikut ialah senarai kopi yang didakwa beracun. Kopi ini dikatakan telah diuji oleh Bahagian Penguatkuasaan Farmasi Kementerian Kesihatan :
  • Cafe Abang Yes,
  • Candi Gold,
  • Candy 193,
  • Extend Up Energy Drink,
  • Extremen,
  • Extrewomen,
  • Goji Guarana,
  • Goji Guarana Extra,
  • Goji More,
  • Goji Yumberry,
  • Guara Cafe,
  • HBW Ice Lemon Tea,
  • Hotton Vitality Candy,
  • Ie2 O,
  • King Cappucino,
  • Knight Cofee.
  • Kolek Cafe Power Plus,
  • Kopi Angguk,
  • Kopi Asmara,
  • Kopi Bagus AAA,
  • Kopi Campuran Kedai Kopi Ali Bagus,
  • Kopi Pahlawan,
  • Kopi Super Angguk,
  • Kopi Tenaga Tok Lebai Plus,
  • Maca Max,
  • Macagin Ginseng Candy,
  • Mentalk Candy,
  • Nexus MXP,
  • Night Cafe,
  • Red Energizer Candy For Men,
  • Royal Beverage Maqrifatun,
  • sasanergy Drink,
  • Trica Jus,
  • Tri-Max,
  • True SR,
  • vigor Candy,
  • Vitca-F,
  • Vitca-M,
  • Winnie Beauty V1,
  • XKL Sky Fruit Juice Premix.

P/s: Kalau mahu "power", cubalah cari iktiyar yang selamat. Kalau ada masalah batin, cubalah bertanya dengan doktor yang bertauliah. Takpun jaga pemakanan, kawal kolestrol, gula dan darah. Bersenam selalu, senaman batin pun bukan susah sangat nak wat. Kompem power mcm Saleh Yaakop haha.

1 comment:

mujahidah maisarah said...

allahuakbar.baru taw.. kopi che nah xde ek?alhamdulillah.

Santai Azim Aris

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...