Bulan penuh. |
Lama tak bercerita berkenaan dunia angkasa lepas. Minat tue ader, tapi mengambil masa untuk membaca dan mencari maklumat.
Bulan berada lebih dekat
Buat pengetahun korang, pada 19 Mac 2011 ini, bulan berada lebih dekat dari jarak biasa orbit. Iaitu pada jarak 356 577 Kilometer berbanding jarak purata adalah 384 403 kilometer. Oleh kerana jarak yang lebih dekat dan juga masa itu juga bulan adalah bulan penuh, ia dipanggil sebagai "Supermoon". Aku tak berapa pasti berapa besar bulan yang kita boleh nampak semasa tue. Sebab kebanyakan foto kat internet nie bukan boleh percaya. Walaubagaimanapun, bulan yang korang bakal lihat nanti adalah lebih dekat dan besar dari biasa.
Kaitan dengan bencana alam
Sebab berkaitan dengan bencana alamlah yang membuatkan aku tertarik untuk mencari maklumat ekstra. Ada sumber mengatakan kedudukan bulan yang dekat menghasilkan tarikan graviti yang tinggi. Seperti mana kita tahu, tarikan graviti bulan mempengaruhi pasang surut air laut di bumi. Adakah akan terjadi kejadian tsunami pada masa itu? Aku pun tidak pasti. Beberapa bencana alam seperti hujan ribut, gempa bumi diramal akan berlaku pada masa tersebut.
Penafian Ahli Astronomi
Ahli astronomi menafikan bahawa fenomena Supermoon ini tidak akan mempengaruhi mana-mana bencana alam. Jadik, orang ramai tidak perlu risau akan kejadian ini. Dalam kata lain fenomena ini hanyalah bulan penuh yang biasa kita lalui setiap bulan. Pakar- pakar geologi dari USGS juga menyokong fakta sedemikian.
Perlukah bersedia?
Syukur kepada hadrat ilahi kerana negara kita masih selamat dari kejadian bencana alam yang tersangat extrim seperti yang berlaku di Jepun baru-baru ini. Tsunami yang berlaku di Jepun mengorbankan beribu-ribu manusia. Reaktor nuklear yang bocor baru-baru ini membawa kebimbangan kepada seluruh dunia.
Korang hanya perlu nantikan pengumuman dari badan-badan professional berkaitan untuk memastikan tahap Supermoon ini. Artikel di sini hanyalah sebuah perkongsian hasil dari pembacaan secara umum. Apa yang aku kongsikan bukanlah idea professional.
Tangkap Gambar
Bagi Astrographer, masa ini adalah peluang keemasan untuk mengambil gambar bulan yang ketika itu lebih dekat jaraknya. Harap-harap masa nie langit dalam keadaan cerah dan juga cuaca yang amat baik.
Tags:
Fenomena Alam