Gambar terkini gempa terbesar yang menghasilkan tsunami di jepun berlaku di barat Lautan Pasifik , 130 kilometer (81 batu) timur Sendai , Honshu , di utara Jepun yang mencetuskan tsunami setinggi enam meter. Jepun dilanda gempa kuat, berkekuatan 8.9 pada skala Richter. Sekurang-kurangnya 10 orang terbunuh akibat tsunami, 4 juta rumah tanpa elektrik, menghanyutkan kereta, trak, rumah dan bangunan di bandar berkenaan. Dengan gempa sekuat 8. 9 skala Richter, ia dijangka akan melanda kebanyakan negara kepulauan di Lautan Pasifik. Lapangan Terbang Sendai juga dibanjiri oleh tsunami dan ditutup sampai pemberitahuan lebih lanjut .
Sungguh menakutkan bersama-sama kita berdoa agar dijauhi segala malapetaka ini…
Gambar terkini tsunami di Jepun
Pakar-pakar nuklear dari Amerika Syarikat telah diterbangkan ke Jepun untuk membantu mengawal keadaan ini daripada menjadi lebih buruk. Kerana jika perkara ini tidak dikawal, dikhuatiri kesannya akan lebih dahsyat daripada akibat letupan reaktor nuklear di Chernobyl, Russia.