Cara Naik Traffik 1000 UV Sehari


Pertama sekali nak mengucapkan syabas bagi blogger-blogger yang mendapat traffik dari google setiap hari dan mendadak. Bagi yang kurang mendapat traffik dari google pula jangan risau kerana anda juga berpeluang menjadi seperti mereka. Ok sekarang nak bagi Tips Traffik naik 1000 UV Sehari, kalau ramai yang target 10k, kita target 1k dulu pun jadi la kan. Tak perlu nak tamak-tamak, kita start dari awal.

Antara tips Traffik Naik 1000 UV Sehari:

1)Jenis entry blog anda

Kenapa entry blog anda penting? Anda perlu tahu entry anda itu kategori apa kerana senang anda hendak bermain keyword. Contohnya jika entry anda berkaitan bola sepak, banyakkan keyword mengenai keputusan perlawanan dan huraikan mengenai perlawanan tersebut. Jika seseorang mencari di search engine dia akan mencari keputusan perlawanan dahulu serta lokasi dan pemain-pemain. Banyakkan menghuraikan mengenai perlawanan tersebut seperti siapa penjaring, corak permainan dan lain-lain. Bagi gosip artis pula, selitkan juga biodata dan pencapaian artis tersebut. Jika ada gosip hangat mengenai artis tersebut, jangan lupa selitkan sekali. Mana tahu ia akan menjadi keyword terhangat di carian google.

2)Taip Entry Panjang-Panjang

Kenapa? Sebab jika anda menaip lagi panjang, lagi besar kemungkinan entry anda akan mesra dengan search engine. Ia untuk membezakan entry yang copy paste dengan yang original. Kalau entry copy paste biasanya google akan letak yang original dahulu di atas dan berula disusuli dengan entry si peniru. 250 patah perkataan panjang? Tak panjang mana pun la. Jika anda mempunyai idea Traffik naik, naikkan income nuffnang ke, ini lagi senang sebab anda boleh mencapai 250 perkataan dalam masa yang singkat. Cuba terjah tengok ~

3) Kena Selalu Update

Malas ea?? Jangan la malas kalau nak banyak link anda diindex oleh google dan nak bagi Traffik naik mendadak. Buat entry banyak-banyak + keyword yang mesra SEO, pasti gempak punya. Tapi entry tu mesti berkualiti, jangan pula entry tu pasal yang bukan-bukan.

4) Blogwalking

Banyak faedah boleh dapat dari blogwalking ni. Selain jalan-jalan cari ilham nak tulis blog, anda juga boleh dapat backlink bila komen kat post seseorang. Backlink ni memang terbaik la, sebab ia akan kekal lama selagi orang tu tak delete post dia. Pastikan anda kerap blogwalking ke blog yang mempunyai PR2 dan ke atas. Tak pun terjah je blog popular seperti Ben Ashaari, Hanis Zalikha, Cik Epal, Fatin Liyana, Irine Nadia Marcello, Aizul Marcello dan Syafiq Rosli. Diaorang ni memang dah sah traffik unique visitor tiap-tiap hari 2k ke atas tanpa perlu blogwalking. Jadi kerap la masuk blog mereka dan komen entry-entry dan berkenalan dengan mereka nih. Pasti blog anda Traffik naik mendadak.

5) Belajar SEO ? Keyword Mesra Seo ?

Kalau ada masa yang banyak cuba try faham betul-betul mengenai Search Engine Optimization (SEO) nih. Keyword juga mesti yang mesra dengan search engine. Cuba try cari keyword yang macam mana dikatakan dengan mesra SEO. Nak bagi tips sikit pasal ni, keyword tu nanti cuba kaitkan dengan isu semasa yang berlaku sekarang. Contohnya pasal Adinda Evans baru-baru ni kan? Letak je keyword ni “hilang dara, tak suci, aksi lucah, gambar lucah” dan banyak lagi la keyword yang mantap. Sebab memang dah lumrah orang akan cari perkataan yang macam tu kat google. Nak belajar SEO boleh belajar dekat 2dayblogger takpun darxniq Hehe..

6) All In One Seo (khas untuk pengguna WP)

Jangan lupa install plug-in nih. Pada bahagian tajuk,pastikan ia mantap betul-betul. Tajuk pada entry yang atas sekali boleh letak main-main sebab ia akan keluar pada blog kita tetapi tajuk pada All In One Seo akan keluar pada search engine. Jadi pikir betul-betul sebelum letak tajuk kat All In One Seo anda. bahagian keyword pula jangan lupa letak kesemua keyword yang ada dalam entry anda. Contohnya macam ni, katakan entry anda mengenai perlawanan MU dengan Barcelona, jadi buat keyword anda seperti ini “perlawanan, MU, vs, Barcelona, keputusan” dan mcm2 lagi la.. letak tanda “,” dan lepas tu jarakkan satu space. dan letak keyword yang lain. Kalau pasal plug in ni boleh tanya kat wowberita.

7) Penggunaan Tag

Tag ini penting. Letak jer seberapa banyak tagged yang boleh. Tag ni akan jadi page baru kat google. Pernah cari kan satu tajuk patu dia akan keluar banyak tajuk dari entry yang sama? tu disebabkan tag. Jadi lagi banyak tag anda, lagi banyak page yang akan keluar di search engine terutama google.

Adoii, cukup la setakat ni bagi tips. Nanti habis pulak idea untuk tips akan datang. Ni pun dah dekat 700 patah perkataan. Bagi yang sudi membaca, terima kasih diucapkan.Sebenanrnya banyak lagi cara untuk bagi Traffik naik, namun hari ini setakat ini sahaja la. Kita akan berkongsi lagi nanti.

Azim Aris

Setiap orang ada pendapat tersendiri. Apa pula pendapat anda? Kongsikan artikel ini untuk manfaat serta layari juga blog utama saya : CIKGUZIM

Post a Comment

Previous Post Next Post