Teknik SEO : 6 Cara Mendapatkan Keyword Berkualiti | mesra SEO


Tahu tak keyword ni apa? Ok pengenalan pasal keyword ni akan diterangkan di bawah. Pernah hairan tak ada blog yang tak mempunyai layout yang cantik, takde info yang menarik tetapi mempunyai pengunjung yang ramai dalam satu-satu masa? Pernah dengar tentang keyword mesra seo? Ok jom kita teruskan dengan tajuk utama kita sebagaimana tajuk entry ini.

Apa itu SEO dan keyword mesra SEO?

Seo adalah Search Engine Optimization iaitu berkait rapai dengan search engine google,yahoo,msn dan lain-lain lagi. Ramai blogger cuba mempelajari teknik SEO ini untuk menjadi untuk menjadikan blog mereka mesra SEO. Kelebihan mempelajari teknik SEO adalah blog anda akan tersenarai dalam TOP 10 di Google Search Engine. Jadi cuba dalami ilmu SEO dan jga tentang keyword mesra SEO sebab ilmu mengenai SEO ini sangatlah luas.

Pengenalan keyword mesra SEO :

Keyword ni adalah kata kunci jika dalam bahasa melayu di mana jika kita konklusikan apa yang ada dalam entry kita, dan ia akan bertumpu kepada satu BENDA UTAMA sahaja. Cuba bayangkan kenapa anda tulis sesebuah entry? Ok sebagai contoh entry anda pasal “Maharaja Lawak Minggu Ke 10″ dan anda pusing apa pun dalam entry anda ia akan menceritakan pasal Maharaja Lawak tersebut. Jadi anda boleh selitkan “Video Maharaja Lawak Minggu 10″ sebagai kata kunci anda. Anda juga boleh pecah kan kepada “Video, Maharaja, Lawak, Minggu, 10″ sebagai kata kunci. Jadi untuk mendapatkan keyword mesra SEO anda mestilah menjadikan diri anda sebagai orang yang tgh search dekat google dan bukan sebagai penulis semata-mata. Cuba pikir apa yang mereka akan taip di google dan itulah yang dinamakan sebagai keyword mesra SEO .

Apakah kepentingan keyword mesra SEO?


Rata-rata semua blogger tahu bahawa blog yang keyword mesra seo adalah blog yang terpapar di dalam “Top 10″ page 1 Google. Jadi untuk mendapat tempat di situ pengguna blog haruslah memiliki keyword atau kata kunci yang mantap dan unik. Rajin-rajin la mengkaji tentang keunikan kata kunci mesra seo bagi mendapat tempat di Google. Saya percaya anda apabila search sesuatu di google anda tidak suka memasuki page 2 dan seterusnya bukan? Jika tidak menepati apa yang anda cari, anda akan menukar kata kunci yang lain pula. Jadi di sini jelas menunjukkan betapa pentingnya sesebuah keyword mesra SEO .


Teknik belajar keyword mesra SEO dan teknik SEO ini adalah menjadi asas yang penting bagi setiap blogger. Para blogger mesti tahu macamamna nak mendapatkan pengunjung setiap hari melalui entry-entry yang disiapkan. Jangan cepat cemburu jika blog atau web anda tiada pengunjung, berusahalah untuk mendalami ilmu SEO dan cara mendapatkan keyword mesra SEO ini kerana semakin banyak pengetahuan anda mengenai SEO, semakin senang anda mendapatkan traffik yang tinggi untuk blog anda.

Bagaimana cara membuat keyword mesra seo ??

Jadi saya akan terangkan 6 teknik terbaik untuk mendapatkan keyword mesra SEO

1) Apabila anda membuat sesebuah entry pastikan bahawa entry anda melebihi 250 patah perkataan. Ingat!! jangan copy dari mana-mana website yang ada.Pastikan ia original anda punya entry sebab pihak goole tidak akan index entry yang sama dengan website lain, jika ada pun mungkin entry anda akan berada di belakang entry original tersebut.

2) Pastikan anda meletakkan gambar dan juga alternate teks. Apa itu alternate teks? Bagaimana cara membuat alternate teks? Alternate teks adalah keyword di sebalik gambar anda. Contohnya jika gambar anda melambangkan keindahan KLCC di waktu malam, jadi letakkan keyword yang sesuai di sebalik gambar anda.

Contoh : alt=”keindahan klcc waktu malam”.

Lihat contoh gambar di bawah ini :


Mesra SEO 300x287 Teknik SEO : 6 Cara Mendapatkan Keyword Berkualiti

3) Jangan meletakkan terlalu banyak pengulangan kata kunci. Peratusan yang terbaik untuk sesebuah kata kunci adalah 3% dan 4% sahaja. Jangan melebihi 5% kerana google tidak akan mengindex page anda. Jadi sewajarnya anda gunakan sebaiknya kata kunci di dalam setiap entry anda. Contoh kata kunci adalah “barang buatan Malaysia” anda boleh tukarkan kepada “barang ciptaan Malaysia” atau sebagainya yang hampir sama maksudnya. Jangan guna “barang buatan Malaysia” terlalu banyak.

4) Rajin-rajin la menggunakan Bold , Italic dan Underline dalam entry anda. Tetapi jangan sesuka hati bold perkataan yang tiada kaitan dengan keyword utama anda. Pastikan ia ada kaitan dengan kata kunci yang anda gunakan.

5) Keyword pendek. Maksud keyword pendek ini adalah keyword di mana jumlah perkataan anda letak tidak terlampau banyak. Keyword mesra seo yang terbaik adalah 1-5 perkataan sahaja. Jangan terlalu panjang sebab susah untuk google index. Tapi…….. Anda boleh meletakkan lebih dari satu keyword mesra seo pada setiap entry anda. Bagi pengguna wordpress terdapat 1 plug-in iaitu All In One SEO pack. Jadi pengguna wordpress boleh meletakkan lebih dari satu keyword pada bahagian keyword. Letak “,”untuk mengasingkan keyword anda.


6) Gunakan tag, dan dalam setiap entry anda. Letakkan tag ini pada setiap sub title anda. Ini amatlah penting bagi meningkatkan kemampatan keyword atau dikenali sebagai “Keyword Density”. Blog yang mesra SEO selalunya mengandungi tag seperti ini.

Jadi tutorial mengenai teknik membuat kata kunci yang mesra SEO tamat di sini.

Azim Aris

Setiap orang ada pendapat tersendiri. Apa pula pendapat anda? Kongsikan artikel ini untuk manfaat serta layari juga blog utama saya : CIKGUZIM

Post a Comment

Previous Post Next Post