Allah SWT telah memaklumkan tentang pemakanan ini iaitu firman Allah yang bermaksud :
“ Hendaklah kamu makan apa yang elok daripada apa yang telah kami berikan kepada kamu”. (surah al-Baqarah,ayat 57)
Berikut beberapa makanan yang hendaklah kita berusaha mengelakkannya agar anda dan keluarga anda menjadi sihat sepanjang masa. Jangan sampai terkena penyakit baru nak sedar. Mencegah itu lebih baik daripada merawat. Antara makan yang patut dielakkan ialah :
1. Roti putih. Mesti ramai terkejut, kenapa saya masukkan roti putih? Sedangkan ramai ingat roti lebih baik daripada nasi? Betul ke lagi baik? Kalau kita bandingkan, kebanyakan roti putih dan roti serat, kandungan nutrisinya berbeza. Roti putih sekarang lebih pada gula segera. Makan sikit tak mengenyangkan. Kebanyakan yang ambil roti putih cenderung untuk makan lebih. Kalau begitu, lebih elok ambil nasi. Roti serat lebih baik daripada roti putih. Sila baca roti putih vs roti gandum penuh untuk lebih detail.
2. Marjerin. Kalau boleh, elaklah sebarang makanan yang menggunakan marjerin. Marjerin tinggi kalori, yang dihasilkan daripada lemak tepu. Penyakit jantung, dan sebagainya selalu dikaitkan dengan marjerin dan adik beradiknya, minyak sapi.
3. French Fries. French fries bukan seperti kentang sebenar. Ia tinggi lemak tepu dan juga karsinogen. Jadi jangan samakan makan french fries dengan makan kentang.
4. Biskut. Biskut juga bukan pilihan yang baik kecuali sebahagian fiber serat. Kandungan utama dalam kebanyakan biskut adalah gula segera. Makan sikit tak kenyang, sedar-sedar dah habis satu bungkus chipsmore.
5. Sosej. Mesti sedapkan makan sosej? Sampai ada yang ingat, itu protein. Tidak, yang sedap itu lemak. Lembut je rasa. Sosej dan burger sangat tinggi lemak. Ia diproses daripada campuran sisa-sisa ayam, bahagian lemak dan sebagainya dan akhirnya jadi bentuk yang comel untuk dimakan.
6. Cereal. Kebanyakan cereal sangat tinggi gula. Jika anda berniat untuk makan cereal, caricereal khas untuk diet. Terdapat pelbagai kini dalam pasaran.
7. Donut. Donut antara makanan yang boleh naikkan berat badan dengan cepat. Ia dipenuhi kalori daripada lemak tepu, gula, gula dan gula. Sebab itu sedap. Lagi-lagi sekarang ada kedai jual sekali 12. Bulat macam donatlah anda.
8. Makanan berlabel ‘sugar-free’. Walaupun ia berlabel ‘sugar-free’ tetapi ianya mengandungi pemanis tiruan. Pemanis tiruan tidak menaikkan berat badan tetapi merbahaya jika diamalkan selalu daripada aspek kesihatan. Gula tiruan yang biasa digunakan adalah aspartame.
Aspartame dikaitkan dengan pelbagai penyakit seperti brain tumor, kemurungan, sawan, migrain, sakit sendi, insomnia, PMS, dan senarainya berterusan.
Aspartame dikaitkan dengan pelbagai penyakit seperti brain tumor, kemurungan, sawan, migrain, sakit sendi, insomnia, PMS, dan senarainya berterusan.
9. Makanan Dalam Satu Kategori. Maksudnya, jangan hanya makan satu makanan yang majoritinya karbohidrat, atau mungkin air semata-mata. Makanan seimbang kunci kepada diet yang berjaya. Lihat piramid makanan.
10. Bihun. Ramai juga yang fikir, bihun itu pilihan yang baik. Bihun boleh menyimpan lebih banyak minyak berikutan ruang diantaranya yang halus, lebih-lebih lagi bihun goreng. Kalau diperah, minyaknya boleh digoreng semula barangkali.
11. Air Buah. Air buah yang dimaksudkan di sini adalah air buah dengan gula segera. Boleh dikatakan majoriti produk air buah dalam kotak dan botol dipasaran adalah gula segera. Sebab itu murah. Biasanya jus 100% berganda lebih mahal.
12. Sushi. Adakah sushi pilihan yang baik untuk diet? Tahukah anda shrimp tempura roll itu mencecah 540 kalori. Purata kalori dalam 1 menu sushi sekitar 250 kalori. Tapi cukup ke sikit itu? Belum campur dengan sosnya yang tinggi sodium. Elakkan sushi segera. Shashimi lebih baik.
13. Makanan Proses. Jika boleh, elakkan makanan proses dalam tin dan sebagainya. Dapatkan makanan segar yang baru dimasak.
14. Mee. Mee, mee segera? Apa kebaikannya? Gantikan dengan spagetti atau pasta. Lebih baik dan sedap jika sesuai dengan masakannya.
15. Makanan Tambahan. Jangan terkejut, jika saya masukkan makanan tambahan. Bukan nak kata makanan tambahan tak elok, tetapi ramai yang bergantung pada makanan tambahan semata-mata. Makan sekali sehari tapi, 10 kali minum protein. Perkataan ‘tambahan’ bermaksud tambahan, dan bukannya pengganti menu yang lain. Jika perlu nutrisi tambahan, baru ambil.
Perhatikan dan semak balik pemakanan ahli keluarga anda. Kalau ada mengambil makanan berikut dengan kadar yang banyak diharap dapat kurangkan secara beransur-ansur atau lebih baik idak langsung. Didiklah ahli keluarga anda pemakanan yang baik sebagaimana tuntutan agama.
Nota: Senarai diatas tidak termasuk lagi makanan berminyak, makanan segera, fastfood, air manis dan sebagainya yang memang terang-terang patut dielakkan.
informasi yg bgune..
ReplyDelete