Misteri Bahtera Nabi Nuh


KAPAL mewah Titanic pernah diuar-uarkan sebagai kapal terhebat dalam sejarah yang tidak akan tenggelam.

Malangnya, kapal milik syarikat perkapalan Ireland itu karam akibat terlanggar bongkah ais di Lautan Pasifik pada 14 April 1912, iaitu kira-kira sebulan selepas dilancarkan.

Kapal gergasi setinggi 18 meter (m) dari paras air ke geladak itu mempunyai ukuran panjang 269m dan lebar 28m. Beratnya ialah 4.6 juta kilogram (kg).

Hakikatnya, Titanic bukanlah kapal tercanggih pertama yang pernah dibina manusia. Beribu-ribu tahun sebelum itu, pengangkutan air terbesar pertama di dunia telah dicipta oleh Nabi Nuh.

Mengikut sejarah, Nabi Nuh dikatakan hidup selama 950 tahun. Baginda mempunyai isteri bernama Waliyah serta empat anak lelaki iaitu Sam, Ham, Yafith dan Yam.

Nabi Nuh diutus Allah SWT untuk menyeru umat manusia kepada mentauhidkan Allah dan meninggalkan perkara-perkara mungkar.

Malangnya, umat manusia ketika itu membantah seruan Nabi Nuh dan mencabar kekuasaan Allah. Kisah Nabi Nuh ini ada diceritakan dalam surah Hud ayat 25 hingga 31.

Lantaran mereka terus berdegil, Allah menurunkan malapetaka berupa banjir besar.

Sebelum bala itu diturunkan, Allah mewahyukan kepada Nabi Nuh supaya memberitahu umatnya agar menyediakan sampan tetapi ia disambut dengan cemuhan dan ejekan termasuk oleh isterinya, Waliyah.

Baginda kemudian membina kapal bersama-sama pengikutnya. Setelah siap, mereka bersama segala jenis haiwan secara berpasang-pasangan masuk ke dalam bahtera tersebut.

Kapal pertama
REPLIKA kapal Nabi Nuh yang dicipta oleh seorang usahawan Belanda, Johan Huibers di Tibet.

Tidak lama selepas itu, ditakdirkan hujan turun mencurah-curah sehingga menenggelamkan bumi.

Kehebatan kapal yang dibina oleh Nabi Nuh itu bukan calang-calang. Ia mempunyai tiga tingkat dengan bahagian bawah dimuatkan segala spesies haiwan.

Di tingkat dua ditempatkan manusia sementara tingkat paling atas diletakkan pelbagai jenis burung.

Ia turut dinaiki 80 pasangan pengikut Nabi Nuh yang menjadikan jumlah keseluruhan manusia yang menaiki kapal itu 160 orang.

Saiznya sebesar sebuah padang bola sepak. Bumbungnya seluas 20 padang bola keranjang dan keluasan dalamannya cukup untuk memuatkan 170 gerabak kereta api.



Ia memerlukan sebanyak 9,000 hingga 13,000 batang balak untuk membinanya yang dianggarkan seberat 4.1 juta kg.

Mengikut seorang pakar teologi Amerika Syarikat (AS), Dr. John Whitcomb dipercayai kira-kira 3,700 haiwan mamalia, 8,600 jenis itik dan burung, 6,300 jenis reptilia dan 2,500 jenis amfibia menaiki kapal Nabi Nuh itu.
Kerja - kerja ukuran dibuat

Katanya, berat kesemua haiwan itu mungkin mencecah 24 juta kg.

Sekiranya Titanic yang tenggelam ditemui di dasar laut sekitar 600 kilometer (km) ke selatan Newfoundland, Kanada, lokasi sebenar kapal Nabi Nuh berlabuh masih menjadi misteri.

Seorang juruterbang tentera Turki pada tahun 1959 telah merakamkan gambar berbentuk bahtera 24km dari Gunung Ararat, Turki.
Gunung Ararat di Turki di  rakam dari angkasa.

Gunung Ararat di Turki sentiasa diselimuti salji.

Gambar berbentuk bahtera 24km dari udara di Gunung Ararat, Turki..

Gambaran artis bentuk sebenar  rangka bahtera tersebut.


Gambar itu disiarkan oleh majalah Life pada tahun 1960.

Tiga puluh tahun kemudian, seorang ahli teologi AS, Edward Crawford menemui struktur berbentuk bahtera yang tertanam dalam ais pada ketinggian 4,200m di Gunung Ararat, yang diyakininya sebagai bahtera Nabi Nuh.

Sementara itu, sekumpulan penjelajah diketuai ahli arkeologi AS, Bob Cornuke, menemui lapisan kayu yang mengeras seperti batu pada ketinggian 3,900m di Gunung Suleiman, Iran pada tahun 2006.

Terbaharu, pada April 2010 sekumpulan penjelajah China dan Turki mendakwa mereka mungkin telah menemui bahtera itu di sebuah lereng curam di Gunung Ararat.

Lokasi

Jurucakap pasukan berkenaan, Yeung Wing-cheung memberitahu, beberapa binaan kayu yang mereka temui di lokasi itu didapati berusia 4,800 tahun berdasarkan ujian penentuan tarikh karbon iaitu sama usianya dengan zaman banjir besar pada era Nabi Nuh.
GAMBAR yang disiarkan agensi berita AFP pada Selasa lalu 
menunjukkan seorang anggota ekspedisi melihat dinding kayu 
yang dipercayai kandang haiwan di dalam bahtera 
Nabi Nuh di Gunung Ararat, Turki.


PEGAWAI Turki, Murat Guven  
menunjukkan spesimen kayu berusia 4,800 tahun  
yang didakwa tinggalan bahtera Nabi Nuh.


Keputusan hasil ujian makmal kayu itu tidak diketahui sehingga hari ini.

Beberapa pakar Barat pula mengatakan, kapal itu dibina di Shuruppak, sebuah bandar yang terletak di selatan Iraq, manakala pakar sejarah Tunisia menemui sebuah sauh di Khairouan, Tunisia beberapa tahun lalu yang dipercayai digunakan kapal Nabi Nuh.
Sauh yang dipercayai digunakan pada kapal Nabi Nuh.

Negara yang sedang mengalami pergolakan politik, Syria mengatakan ia memiliki sebuah 'batu nisan' Nabi Nuh di Gunung Lebanon yang berukuran 36 meter panjang.

Pendapat lain mengatakan lokasinya ialah di Armenia dan Yemen.

Menurut seorang penulis terkenal Mesir, Muhammad Isa Dawud dalam bukunya Siapakah Penghuni Bumi Sebelum Manusia, bahtera Nabi Nuh tiada di Gunung Ararat.

Katanya, Ararat ialah salah sebuah gunung di banjaran yang memanjang di tiga buah negara iaitu Armenia, Turki dan Iraq. Sementara Bukit Judie (atau Gunung Judie) merupakan salah satu gunung di banjaran tersebut.

"Hal itu hanya 'permainan' pihak Barat supaya pengkaji Islam tidak ke lokasi lain yang mungkin menjadi lokasi sebenar kapal bersejarah itu terdampar.

"Pihak Barat mengkaji semata-mata berdasarkan kitab Taurat," katanya.

Bukit Judie terletak dekat Sungai Mausul, Iraq yang jaraknya hanya 200 meter dari Gunung Ararat.

Menurut seorang pendakwah bebas, Datuk Mohd. Daud Che Ngah, al-Quran telah menjelaskan lokasi kapal Nabi Nuh dibina dan berlabuh iaitu di Bukit Judie.

"Malah, lokasinya tidak jauh dari Gunung Ararat. Jadi perlu ada penyelidikan yang lebih mendalam bagi mengenal pasti lokasi sebenarnya.

"Negara Turki, Iraq dan Armenia terletak berdekatan jadi lokasi kapal itu mungkin di sekitar ketiga-tiga negara itu," katanya.

Cerita Mohd. Daud yang sering melawat Turki, rakyat negara itu dengan bangga mengatakan kapal Nabi Nuh berlabuh di Turki.

"Tetapi kawasan tersebut iaitu Gunung Ararat dan Bukit Judie merupakan kawasan yang dilarang masuk.

"Mungkin ada rahsia besar yang sedang diterokai," ujarnya.
Azim Aris

Setiap orang ada pendapat tersendiri. Apa pula pendapat anda? Kongsikan artikel ini untuk manfaat serta layari juga blog utama saya : CIKGUZIM

Post a Comment

Previous Post Next Post