Prosedur Perkahwinan


Wah, nampaknya dah lama juga ye saya tidak kongsikan artikel berkaitan hubungan suami-isteri dan perkahwinan bersama anda. Ok, dalam post pada kali ini saya akan kongsikan salah-satu topik penting untuk setiap bakal pengantin yang akan melangsungkan perkahwinan mereka. Ianya ialah prosedur perkahwinan di Malaysia.

Ia berkaitan dengan langkah-langkah yang perlu di ambil untuk berkahwin dari segi urusan rasmi. Ia lebih kepada urusan rasmi yang melibatkan pendaftaran, penyediaan dokumen dan urusan di Jabatan Agama Islam. Berikut adalah langkah-langkah tersebut mengkut turutan:-

1. Sediakan dokumen-dokumen rasmi secukupnya. Dokumen-dokumen tersebut adalah:
  • Salinan IC
  • Salinan Surat Beranak
  • Salinan Surat Nikah Ibubapa
  • Salinan IC wali
  • Gambar pasport bersongkok/bertudung
  • Salinan Sijik Kursus Pra-perkahwinan
  • Kebenaran majikan bagi anggotan Polis dan Tentera
  • Surat pengakuan bujang dari majikan atau Ketua Kampung (lelaki sahaja)
  • Surat cerai jika pernah berkahwin sebelum ini
2. Menghadiri kursus pra-perkahwinan.
3. Dapatkan wali.
4. Menjalani ujian HIV. Prosedur ini wajib dilakukan hanya di hospital kerajaan sahaja.
5. Permohonan kebenaran berkahwin di Jabatan Agama Islam Negeri.
6. Pendaftaran perkahwinan anda selepas majlis akad nikah. Prosedur ini hendaklah dilakukan dalam masa 7 hari dari tarikh anda bernikah.

Itulah dia beberapa langkah dan prosedur yang wajib anda lalui jikalau ingin berkahwin. Anda boleh rujuk Jabatan Agama Islam Negeri masing-masing anda untuk maklumat lanjut.

Semoga artikel prosedur perkahwinan saya ini dapat mendedahkan kepada anda tentang apakah persediaan yang perlu anda ambil sebagai bakal pengantin baru. Jika anda rasakan artikel ini bermanfaat, boleh kongsikannya bersama rakan-rakan anda di Facebook. Klik butang berwarna biru “Share” di atas (sebelah kanan imej artikel ini).

Kata kunci: prosedur perkahwinan di Malaysia, cara daftar kursus kahwin, malam pertama, gambir, panduan kursus kahwinkursus kawin, kursus perkahwinandaftar kursus kahwin, sijil kursus kahwin, persiapan perkahwinan, kenduri kawin, pakaian pengantin, majalah pengantin, kawin-kawin, kawin lari
Azim Aris

Setiap orang ada pendapat tersendiri. Apa pula pendapat anda? Kongsikan artikel ini untuk manfaat serta layari juga blog utama saya : CIKGUZIM

Post a Comment

Previous Post Next Post