Soalan Temuduga

Anda boleh ibaratkan pengalaman menghadiri temuduga sama seperti menyelam ke laut dalam. Apa saja mungkin terjadi. Anda mungkin terjumpa terumbu karang yang eksotik atau mungkin ditelan jerung!

Dah takut ke?
Tak perlu.

Walaupun setiap majikan adalah berbeza dan soalan temuduga adalah khusus untuk industri tertentu, masih ada soalan - soalan yang sesuai untuk semua bidang. Baca dan fahamkan soalan - soalan temuduga di bawah. Semua soalan temuduga yang saya kongsikan di sini adalah berdasarkan keperluan sektor swasta di Malaysia sahaja.

Fikirkan jawapan yang paling sesuai berdasarkan pengkhususan kerja anda (ini adalah permulaan yang baik untuk persediaan temuduga). Setelah itu, berlatih seolah - olah anda sedang diajukan soalan - soalan tersebut dalam temuduga. Anda boleh menggunakan bantuan beberapa perkataan yang power
Remember, practice makes perfect! Bakal majikan pasti tertarik dengan kebolehan anda untuk menjawab apa jua soalan yang diajukan. Di bawah saya berikan beberapa contoh soalan temuduga untuk lepasan ijazah dan yang berpengalaman.

Tell me about yourself. Ceritakan tentang diri anda
Anggaplah bahawa soalan ini membuka peluang untuk anda mempromosikan diri sendiri. Walaupun nampak mudah, tapi sebenarnya tidak. Jangan habiskan sepuluh minit untuk bercerita tentang butiran peribadi sahaja. Majikan tidak mahu tahu anda berasal dari mana atau di mana anda bersekolah. Hadkan jawapan kepada nama, umur, kediaman sekarang dan kelayakan tertinggi. Selepas itu tekankan pada kelebihan skil dan pengalaman anda. Habiskan jawapan anda dengan menyuarakan keinginan untuk berkhidmat kepada syarikat tersebut.

Why should we hire you? Kenapa mesti kami pilih anda untuk jawatan ini?
Jangan menjawab soalan ini secara umum seperti kebanyakan calon. Sejumlah besar calon akan memberikan jawapan hardworking atau honest. Jangan buat kesalahan yang sama. Serlahkan keistimewaan anda dengan menghuraikan tentang kualiti diri anda yang unik.

Why do you want to work here?Mengapa anda memilih syarikat ini?
Ini adalah salah satu soalan temuduga yang akan digunakan oleh majikan untuk memeriksa sama ada anda ada membuat sedikit homework. Anda tidak patut sama sekali menghadiri panggilan interview tanpa menyelidik tentang latar belakang, perkembangan dan bidang industri syarikat yang berkaitan. Sekiranya anda bersedia dengan maklumat - maklumat tersebut, majikan akan melihat anda sebagai seorang yang berinisiatif dan boleh diharap. Anda juga akan lebih bersedia jika ditanya soalan yang berkaitan dengan syarikat.

What is your greatest weakness? 
Apakah kelemahan anda yang paling ketara?
Soalan ini perlu dijawab dengan jujur. Tetapi pada masa yang sama, ceritakan bagaimana kelemahan tersebut menjadi kelebihan kepada anda. Contohnya, ceritakan bagaimana anda menghadapi masalah menyesuaikan diri dengan syarikat yang lepas dan apa langkah - langkah yang anda telah ambil mengatasi masalah tersebut. Ini akan mengambarkan anda sebagai seorang individu yang mampu mencari kelemahan diri sendiri dan berusaha memperbaikinya.

Why did you leave your last job? 
Kenapa anda berhenti dari tempat kerja yang lepas?
Walaupun kerjaya anda di syarikat yang lepas berakhir dengan dasyat (!), baik anda berhati - hati apabila menjawab soalan ini. Jangan ambil peluang ini untuk mengadu dumba. Ia memberikan imej yang tidak baik (bad impression) semasa temuduga. Jawab secara diplomatik yang mungkin. Sekiranya anda perlu ada menyatakan beberapa aspek negatif, pastikan anda tidak lupa menyertakan beberapa aspek yang positif juga.

Describe a problem situation and how you solved it. 
Huraikan suatu masalah yang pernah anda hadapi dan bagaimana anda menyelesaikannya.
Soalan temuduga ini memerlukan anda berfikir. Memang agak sukar untuk anda menjawab soalan ini, lebih - lebih lagi sekiranya anda seorang fresh graduate dan tidak mempunyai sebarang pengalaman kerja. Penemuduga ingin melihat kebolehan anda untuk berfikir secara kritikal tidak kira untuk apa situasi. Walaupun masalah yang anda hadapi cuma tidak cukup masa untuk belajar, terangkan langkah - langkah yang anda ambil untuk menyusun jadual harian anda. Ini akan menunjukkan bahawa anda adalah seorang yang bertanggungjawab dan boleh menyelesaikan masalah dengan baik.

What accomplishment are you most proud of?Apakah pencapaian yang paling anda banggakan?
Taktik menjawab soalan ini adalah dengan memilih pencapaian yang berkaitan dengan jawatan kosong yang anda pohon. Walaupun pencapaian anda yang terbaik adalah mendapat tempat pertama dalam peraduan memasak maggi peringkat negeri, tolong pilih pencapaian yang lebih berkaitan dengan kerjaya profesional anda. Fikirkan kualiti - kualiti yang diingini oleh majikan dan tekankan bagaimana anda boleh memenuhi kriteria tersebut.

What are your salary expectations? 
Berapakah gaji yang anda harapkan?
Soalan temuduga ini juga agak sukar, terutamanya bagi yang kurang pengalaman. Perkara pertama yang anda perlu lakukan sebelum sebelum temuduga adalah menyelidiki lingkungan gaji untuk bidang anda di Malaysia. Anda boleh mengunakan khidmat percuma Jobstreetuntuk tujuan tersebut. Jangan mengemukakan apa - apa soalan berkaitan gaji kepada penemuduga selagi penemuduga tidak berbuat demikian. Sekiranya penemuduga mengemukakan soalan tersebut, berikan lingkungan gaji yang anda inginkan, misalnya RM2000 - RM2500. Jangan berikan jawapan yang spesifik sehingga anda ditawarkan kerja.

==============
Azim Aris

Setiap orang ada pendapat tersendiri. Apa pula pendapat anda? Kongsikan artikel ini untuk manfaat serta layari juga blog utama saya : CIKGUZIM

Post a Comment

Previous Post Next Post