Selalu diingat-ingatkan didalam kehidupan ini janganpernah kita melupakan dua kata-kata ajaib iaitu terima kasih dan maaf. Mungkin bagi anda perkara ini remeh tapi tahukah anda bahawa hanya dengan mengucap maaf pada perempuan dengan tulusanda sudah membantu memanjangkan usianya.Mengucapkan 'maaf' mungkin sangat sukardilakukan oleh banyak orang terutama perempuan dan tidak terkecuali lelaki sendiri.
Tapi saintis Massachusetts University membuktikanmemohon maaf yang ditujukan pada seorang perempuan boleh meningkatkankesihatannya terutama jantung. Perempuan yang mengalami perlakuan kasar atau menyakitkan dari orang lain boleh menyebabkan peningkatan tekanan darah yang boleh meningkatkan risiko serangan jantung atau stroke. Namun ketika mendengarkata 'maaf' dapat menurunkan tekanan darahnya, iaitu tekanan darahnya akankembali normal sekitar 20 peratus lebih cepat.
Sebaliknya tekanan darah laki-laki akan 20 peratus lebih lama untuk pulih setelahmendengar permintaan maaf kerana mendapat perlakuan tak selesa. Perkara ini menunjukkan seseorang laki-laki cenderung bekerja lebih keras setelah mendengar pengakuan bersalah.
Kajian ini dilakukan saintis di University of Massachusetts Medical School diWorcester, AS. Penyelidik mengukur tekanan diastolik dari 29 laki-laki dan 59perempuan.
Kedua-dua kumpulan secara individu diminta untuk menyelesaikan ujian matematikdalam masa lima minit. Selama mengerjakan ujian, peserta diinterupsi sebanyaktiga kali oleh penyelidik sambil marah dan menyuruhnya untuk lebih cepat dalam mengerjakan tugasnya.
Pada akhir ujian, para responden mengatakan, "Anda jelas tidak cukup baik".Namun, dua minit kemudian penyelidik meminta maaf atas kekerasan yang terjadipada setengah dari peserta laki-laki dan perempuan.
Peserta perempuan yang menerima permintaan maaf menjadi lebih cepat tenang,sementara kaum laki-lakinya justru menjadi lebih gelisah.
"Hasil kajian ini menunjukkan bahawa ada manfaat yang berpotensi bagi kesihatan seseorang perempuan atas permintaan maaf," ujar salah seorang penyelidik,seperti dipetik dari Telegraph
Tekanan darah yang diukur dalam kajian ini adalah tekanan darah diastolik, iaitutekanan dalam darah antara degupan jantung atau tekanan dalam arteri-arteri ketika jantung berehat setelah kontraksi. Jika terlalu tinggi boleh meningkatkankemungkinan stroke atau serangan jantung pada orang tersebut.