Nama Orang Zaman Sekarang

Hari ini mungkin ramai org menamakan anak-anak mereka dgn nama yang cantik-cantik dan nama-nama yang agak panjang bukan apa, nyer cantum nama mak ayah tok nenek semua ada dalam satu nama anak atau cucu mereka itu dan terkadang ada nama yang di mulakan dgn PUTERI, INTAN dan sebagainya sebagai contoh namanya Puteri Intan Nor Adila Yanti Bt Mamat Nor. Apa yang pasti dengan nama yang agak panjang ini bukan sahaja susah jika mahu berurusaan secara rasmi seperti nikah kawin dan sebagai ketika mati pun disebut nama sedemikian maksudnya nama itu kita tak tahu lagi, kalau-kalau ada taksirannya dan maksudnya jika baik ok lah jika sebaliknya macam mana? jika diamat-amati nama ini jika digunakan semasa usia kanak-kanak atau seawal 20an ok lagi tapi kalau dah tua-tua rida esok tak kena rasanya.

Sebagai contoh kala dia gi Hospital disebut oleh jururawat nama macam kat atas tu tiba-tiba bangun org tua yang dah umo 60tahun bonggok siap pakai tongkat lagi goner tu?? Puteri Intan...peh...sekali ingat sape rupanya tok wan doh....haru juge...apa pun sebaiknya biarlah jika ingin memberi nama anak-anak ini nama sepanjang zaman maksudnya sesuai dgn apa jua zamannya. Nama juga amat memainkan peranan dalam kehidupan seseorg itu dan tanggungjawab ibubapanya jua memberi nama-nama yang baik dan sempurna.

U/p: nama kat atas itu sebagai contoh sahaja tiada kaitan yang hidup atau pun dah tiada.
Azim Aris

Setiap orang ada pendapat tersendiri. Apa pula pendapat anda? Kongsikan artikel ini untuk manfaat serta layari juga blog utama saya : CIKGUZIM

Post a Comment

Previous Post Next Post