Tuesday, August 14, 2012

Hantu Budak Terakam Dalam CCTV


Hantu Budak Terakam Dalam CCTV :Satu objek kecil seperti hantu budak kecil yang dilihat melayang-layang terakam di CCTV.
Hantu Budak Terakam Dalam CCTV
RAKAMAN kamera menunjukkan satu bentuk ganjil melompat di atas kereta.
Kerana kerap terjadi pencerbohan di kereta dan kawasan rumah mereka, pasangan suami isteri ini memasang CCTV untuk melihat apakah sebenarnya yang telah berlaku, namun mereka terkejut bilamana terlihat objek seakan-akan hantu budak kecil yang melayang-layang diatas kereta mereka.
LONDON : Sepasang suami isteri di Clifton yang memasang kamera litar tertutup (CCTV) untuk menangkap penceroboh terkejut apabila ia merakam apa yang mereka percaya hantu kanak-kanak melompat di atas kereta mereka.
Lisa Rigley, 44, dan suami, Phil, 51, memasang kamera itu di luar kediaman mereka selepas berlaku beberapa pencerobohan terhadap kereta mereka.
Lisa, sedang menunjukkan video hantu budak
Lisa, ibu dua anak itu berkata: “Saya sungguh terkejut. Saya melihat rakaman itu dan ia adalah imej seorang kanak-kanak yang berusia empat atau lima tahun.
Tetapi selepas menyaksikan rakaman itu mereka melihat bentuk ganjil terbang ke jalan masuk ke rumah mereka dan memanjat kereta itu. Ia kemudian hilang sebelum muncul semula di seberang jalan.
CCTV yang dipasang
‘Seorang jiran datang dan bertanya sama ada kami boleh melihat rakaman itu kerana dia kehilangan beberapa barang di depan lamannya.
“Kami melihat rakaman itu untuk melihat kemungkinan ada orang melintasi pintu pagar kami ketika kejadian curi itu dan nampak hantu itu melompat di atas kereta kami.
CCTV Rakam Hantu Budak

“Ia sungguh menyeramkan. Ia kelihatan seperti Casper the Friendly Ghost tetapi ia melompat-lompat di atas kereta kami. Ia sudah pasti hantu.” Suaminya berkata: “Saya tidak percaya pada hantu tetapi rakaman itu sungguh ganjil.”

No comments:

Santai Azim Aris

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...