Thursday, August 16, 2012

Harga Baru Rokok RM7 Sekotak


Harga Baru Rokok RM7 Sekotak: Kementerian Kesihatan Malaysia telah menetapkan harga rokok sekotak adalah RM7 bermula bulan september ini.
Kerajaan menetapkan harga minimum bagi semua jenama rokok ialah RM7 mulai 1 Sept dan hanya membenarkan syarikat rokok mengeluarkan 20 batang rokok dalam satu paket.
Datuk Seri Liow Tiong Lai yang merupakan Menteri Kesihatan Malaysia memberitahu, pihak kerajaan turut memansuhkan semua jenis diskaun yang ditawarkan oleh syarikat rokok. Selain itu, kerajaan juga turut menetapkan pengeluaran satu karton rokok hanya mengandungi 10 paket.
Untuk tahun lepas, harga minimum rokok ditetapkan RM7 bagi 20 batang apabila Kementerian Kesihatan menguatkuasakan Peraturan Harga Minimum Rokok dan Larangan Promosi Harga menerusi Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau. - Harga Rokok RM7 Sekotak

No comments:

Santai Azim Aris

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...