Apakah Khasiat Daging Burung Merpati?


Bagi penggemar daging burung, mungkin burung merpati bukanlah asing bagi mereka selain burung puyuh. Namun, tahukah anda apakah khasiat burung merpati? Sebenarnya ia banyak digunakan oleh bijak pandai Islam dan Melayu dahulu kala. Daging burung merpati mengandungi protein, lemak, kalsium, fosforus dan kalori. Sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutama kanak-kanak.Ketahui apakah khasiat di bawah ini.
Khasiat Daging Burung Merpati
Cara nak menikmati daging burung ini boleh pelbagai mengikut kreativiti masing-masing. Nak buat barbecue  atau buat gulai semua boleh. Tapi satu cara yang sangat-sangat digalakkan terutama bagi wanita ialah buat sup burung merpati.
Dikatakan amalan makan burung merpati yang jantan, dapat membantu mengubati penyakit-penyakit berikut:
  •     penyakit lembik.
  •     penyakit kebas-kebas badan.
  •     penyakit lumpuh.
Menurut orang tua-tua dulu, amalan makan burung merpati betina pula ialah:
  •     Menguatkan tenaga jimak
  •     Dapat memanjangkan umur. InsyaAllah… apa pun kena ingat lah bahawa ajal dan maut nie ketentuan Ilahi…
Khasiat Sup Burung Merpati Untuk Wanita
Menurut ceritanya, arwah nenek che petua nie boleh dikatakan macam bidan kampung lah. Kebiasaannya kalau ada yang ada kemaslahan kesihatan tu terutamanya berkaitan sakit orang perempuan selalunya diaorang akan datang mendapatkan nasihat dan rawatan daripada arwah nenek.
Menurut ibu che petua, kalau ada gadis yang mengalami masalah selaput dara terkoyak, makanya nenek akan syorkan gadis tu makan sup burung merpati. Kalau korang nak tau kes-kes sedemikian memang ada berlaku terutama kepada anak dara yang terlalu aktif dengan sukan lasak atau contohnya tersadung masa naik basikal dan aktiviti yang seangkatan dengannya.
Untuk menilai tahap keberkesanannya pula, ibu che petua pun tak dapat beri jawapan dengan pasti. Katanya mungkin berminggu dan mungkin ada yang sampai sebulan dua.Cuma katanya orang yang mengalami masalah tu boleh merasai bahawa selaputnya daranya telah pulih kembali selepas mengamalkan makan sup burung merpati nie 2-3 kali seminggu.
Azim Aris

Setiap orang ada pendapat tersendiri. Apa pula pendapat anda? Kongsikan artikel ini untuk manfaat serta layari juga blog utama saya : CIKGUZIM

Post a Comment

Previous Post Next Post